Saturday, 29 September 2018

Pertemuan Kavyan–DBP

Sesi pertemuan antara kelompok penulis kaum India (yang berkarya dalam Bahasa Malaysia, Tamil dan Inggeris) dengan Pengerusi Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) berlangsung di Bilik Mesyuarat Tun Perak, Aras 29, Menara DBP pada 29 September 2018.


Antara yang terlibat dalam pertemuan ini:

Dr Mohamed Hatta Shaharom (Pengerusi Lembaga Pengelola DBP)
Datuk Abang Sallehuddin Abang Shokeran (Timbalan Ketua Pengarah DBP)
Hajah Padilah Ali (Pengarah Jabatan Pengembangan Bahasa dan Sastera DBP)
Haji Razali Che Mat (Ketua Bahagian Pengembangan Bahasa Kebangsaan Pelbagai Kaum DBP)
Puan Zaharahanum Kamarudin (Editor Dewan Sastera)
Dr Krishanan Maniam (Jabatan Pengajian India, Universiti Malaya)
Encik Maartandan Suppiah (penulis esei dan kritikan)
Puan Nizha Periaswamy (penulis esei)
Encik Kaveinthran Pulanthran (OKU penglihatan)
Cik Thanusya Shanmugahantan (novelis)
Sdr. Uthaya Sankar SB (penulis)
Puan Rose Mary Doraisamy (guru)
Puan Megala Rajendran (pembaca)
serta beberapa pegawai DBP

[FOTO-FOTO DI SINI]


Sila KLIK DI SINI untuk maklumat awal berkaitan pertemuan ini.

Nota: Selepas mendapat tahu mengenai perkembangan positif berikutan pertemuan ini, Raja Rajeswari Seetha Raman didapati menghubungi beberapa orang untuk menyebarkan fitnah mengenai Kavyan. Siapakah wanita tidak bermaruah dan tiada integriti ini? [Baca di Sini]


Salah satu topik perbincangan adalah berhubung menggalakkan dan memupuk lebih ramai penulis kaum India menghasilkan karya Bahasa Malaysia. Majalah-majalah terbitan DBP bersedia menyiarkan karya bermutu seperti sajak, cerpen, esei dan kritikan.


BENGKEL PENULISAN KAVYAN


Sehubung itu, Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan) akan mengendalikan bengkel penulisan dalam kumpulan kecil bagi membimbing dan mengasuh individu yang berminat menghasilkan karya yang disasarkan untuk diterbitkan dalam majalah-majalah DBP.

Keutamaan bagi individu kaum India; tetapi Kavyan turut membuka pintu kepada sesiapa yang benar-benar berminat dan komited.

Antara perkara yang wajib dipatuhi:

Peserta dikenakan bayaran, dan bayaran penuh perlu dibereskan sebelum layak menyertai siri bengkel penulisan ini.

Peserta perlu komited untuk menyertai siri bengkel ini mengikut jadual yang ditetapkan.

Yuran tidak dikembalikan jika peserta gagal menyertai bengkel, atau jika gagal menghasilkan karya yang layak diterbitkan.

Lokasi bengkel adalah di Setia Alam, Shah Alam. (Untuk bimbingan di tempat lain, sila KLIK DI SINI.)

Bengkel dijalankan pada hari Ahad sebanyak 4 kali.

Masa bengkel adalah dari 9:00 pagi hingga 1:00 tengah hari (4 jam).

Siri pertama bengkel ini dijadualkan pada 28 Oktober, 4 November, 11 November dan 18 November 2018.


[LIHAT JUGA -- Sesi Penulisan Intensif pada 15-17 Disember 2018.]

Bayaran (yuran) adalah RM200 untuk menghadiri 4 sesi pertemuan.

Peserta perlu berminat menghasilkan karya Bahasa Malaysia.

Ini bukan bengkel untuk pembimbing mengajar anda sistem ejaan, tanda baca dan tatabahasa. [Panduan Manuskrip]

Peserta perlu komited untuk menulis mengikut jadual dan peraturan yang ditetapkan.

Peserta perlu membawa buku nota, komputer riba, bahan rujukan dan alat tulis sendiri.

Individu yang sudah pernah menghasilkan karya – tetapi mahu belajar dan menembusi majalah-majalah DBP – juga boleh menjadi peserta.

Bimbingan diberikan bagi menulis sajak, cerpen, rencana. Peserta boleh memilih salah satu, atau kesemuanya.

Terhad kepada 5 peserta sahaja bagi setiap siri.

Umur minimum 18 tahun.

Peserta akan dibimbing oleh Uthaya Sankar SB.

Pendaftaran ditutup apabila sudah cukup 5 peserta berbayar.

Manuskrip yang terhasil menerusi bengkel ini (dalam 4 sesi pertemuan) akan dipertimbangkan untuk disalurkan ke majalah-majalah DBP.


Kejayaan menghasilkan karya bergantung kepada komitmen dan kesungguhan peserta menghasilkan manuskrip serta menyerahkan hasil tulisan selewat-lewatnya pada 18 November 2018. (Karya lewat tidak dilayan kerana siri bengkel baharu akan dimulakan dengan peserta baharu.)

Sila hubungi infokavyan@yahoo.com.my atau WhatsApp 011-11411952 untuk mendaftar sebagai peserta.