5 Sept 2018

Kita dan Karya — 21 Oktober 2018


Apa?
Kita dan Karya
dan
Baca Novel Hanuman

Bila?
21 Oktober 2018 (Ahad)

Masa?
10:00 pagi – 1:00 petang [Waktu Kavyan]

Di Mana?
Ruang Aktiviti (tingkat atas)
10 Jalan Setia Gemilang BM U13/BM
Setia Alam, Shah Alam, Selangor

Panduan Waze
Econsave Setia Taipan

Panduan Facebook

Pengenalan
Sesi “Kita dan Karya” diadakan di Taman Tasik Kota Kemuning, Shah Alam pada 22 Julai 2018 dan 19 Ogos 2018 – Baca Maklumat di Sini. Acara pada 30 September 2018 berlangsung di Setia Alam – Baca Maklumat di Sini.

Siapa yang Wajar Hadir?
● Sesuai bagi kanak-kanak, remaja, belia, dewasa, ibu bapa, penjaga, guru, pelajar, mahasiswa, pengamal media, peminat sastera dan orang ramai yang mahu berhibur sambil menghayati karya sastera secara santai dalam suatu majlis ilmu.
● Penyertaan terbuka kepada semua tanpa batas kaum, agama, etnik, latar pendidikan, pekerjaan, pendirian politik dan sebagainya.
● Ibu bapa, penjaga atau pengiring yang akan berada di ruang aktiviti perlu turut mendaftar sebagai peserta.
● Penulis yang ada karya sendiri dipelawa membaca petikan karya, diikuti maklum balas daripada hadirin.
● Individu yang mahu  membaca petikan karya kegemaran boleh berbuat demikian dan berkongsi sedikit maklumat mengenai karya itu.
● Individu yang tidak mahu membaca petikan karya juga boleh hadir untuk mendengar bacaan oleh penulis/peserta lain.
● Lima individu diperlukan untuk membaca petikan novel Hanuman: Suara Hati (2013).
● Peluang untuk menanam minat membaca karya bermutu dalam diri dan ahli keluarga.
● Peluang bertemu kelompok penulis dan bakal penulis, serta berkongsi maklumat mengenai pelbagai program bahasa, sastera, kebajikan, seni dan budaya yang diadakan dari semasa ke semasa.

Bagaimana Mendaftar?
Kirim nama penuh, nombor telefon dan alamat e-mel ke infokavyan@yahoo.com.my atau WhatsApp/SMS 011-11411952 (Kavyan) atau WhatsApp/SMS 019-2671076 (Balkish).
Pendaftaran awal ini perlu bagi memudahkan penyediaan kudapan (makanan ringan) yang mencukupi dan tidak berlebihan (membazir).

Peserta yang Tidak Hadir
Bagi individu yang sudah mendaftar tetapi tidak hadir, maka tidak akan dipertimbangkan bagi mana-mana aktiviti anjuran Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan) selama enam bulan.

Tarikh Tutup
Mana-mana individu yang berminat menyertai Kita dan Karya serta Baca Novel Hanuman (21 Oktober 2018) perlu mendaftar selewat-lewatnya pada 14 Oktober 2018 (Ahad).

Kemudahan Akses OKU dan Warga Emas
Dukacita dimaklumkan bahawa acara dijalankan di tingkat atas. Peserta perlu menggunakan tangga dan tidak ada kemudahan lif. Maka, tidak sesuai bagi warga emas dan individu berkerusi roda. Atau individu yang malas menggunakan tangga.

Bahasa Pengantara
Acara dikendalikan dalam Bahasa Malaysia. Para peserta diingatkan supaya menghormati pendirian ini. Acara ini bukan tempat anda menunjukkan penguasaan Bahasa Inggeris.

Pengisian dan Atur Cara
Berikut adalah cadangan pengisian program bagi acara kali ini. Peserta diminta hadir mengikut masa yang ditetapkan [Waktu Kavyan] supaya tidak menyusahkan penganjur, tuan rumah dan para peserta lain.

[LIHAT FOTO DI SINI]

[TONTON VIDEO DI SINI]

10:00 pagi
Pengesahan kehadiran peserta berdaftar
Penyerahan teks kepada 5 peserta Baca Novel Hanuman

10:30 pagi
Sesi Kita dan Karya
Pembacaan teks dan perbincangan

11:30 pagi
Kudapan (makanan ringan)
Suai kenal secara santai dalam kalangan hadirin

12:00 tengah hari
Sesi Baca Novel Hanuman
Maklumat acara akan datang:
Kita dan Karya (November 2018)
Bengkel Penulisan Kavyan (Oktober-November 2018)

1:00 petang
Bersurai

Nota: Makan tengah hari tidak disediakan, tetapi ada restoran di tempat berhampiran.

Maklumat Lanjut
Jika ada sebarang pertanyaan, hubungi Cik Balkish (019-2671076), atau e-mel infokavyan@yahoo.com.my atau WhatsApp 011-11411952 (Kavyan).