20 Aug 2018

Kita dan Karya — 30 September 2018

Acara
Kita dan Karya
 Baca & Lakon

Tarikh
30 September 2018 (Ahad)

Masa
9:00 pagi – 1:00 petang

Tempat
Pusat Mencuci Kereta L.S. (Tingkat Atas)
10 Jalan Setia Gemilang BM U13/BM
Setia Alam, Shah Alam, Selangor

Panduan Waze
Econsave Setia Taipan

Panduan Facebook

Pengenalan
Sesi “Kita dan Karya” sudah diadakan di Taman Tasik Kota Kemuning, Shah Alam pada 22 Julai 2018 dan 19 Ogos 2018 – Baca Maklumat di Sini. Bagi acara seterusnya (30 September 2018), tumpuan adalah kepada aspek penghayatan karya sastera menerusi persembahan teks di depan khalayak, dan sesi lakonan berdasarkan teks bacaan.

Peserta Sasaran
Sesuai bagi kanak-kanak, remaja, belia, dewasa, ibu bapa, penjaga, guru, pelajar, mahasiswa, pengamal media, peminat sastera dan orang ramai yang mahu berhibur sambil menghayati karya sastera. Penyertaan terbuka kepada semua tanpa batas kaum, agama, etnik, latar pendidikan, pekerjaan, dan sebagainya. Ibu bapa, penjaga atau pengiring yang akan berada di tempat aktiviti perlu turut mendaftar sebagai peserta.


Yuran Penyertaan
Setiap peserta dikenakan bayaran RM10 bagi menampung kos bahan aktiviti, sarapan dan penyelenggaraan tempat aktiviti. Yuran penyertaan ini perlu dibayar sebelum tarikh tutup. Yuran tidak dikembalikan jika peserta gagal hadir.

Tarikh Tutup
Penyertaan ditutup pada 25 September 2018.

Cara Mendaftar
Deposit yuran RM10 ke akaun bank CIMB 8600565547 (Kavyan) dan kirim maklumat berikut melalui WhatsApp ke 011-11411952 – Nama Peserta, Tarikh dan Masa Bayaran.

Kemudahan Akses OKU dan Warga Emas
Dukacita dimaklumkan bahawa acara kali ini dijalankan di tingkat atas. Peserta perlu menggunakan tangga dan tidak ada kemudahan lif. Maka, tidak sesuai bagi Orang Kurang Upaya (OKU) dan warga emas.

Bahasa Pengantara
Acara dikendalikan dalam Bahasa Malaysia. Para peserta diingatkan supaya menghormati pendirian ini.


Pengisian dan Atur Cara
Berikut adalah cadangan pengisian program bagi acara kali ini. Peserta diminta hadir mengikut masa yang ditetapkan [Waktu Kavyan].

9:00 pagi
Pengesahan kehadiran peserta berdaftar
Penyerahan bahan aktiviti

9:30 pagi
Sesi membaca petikan karya
(Perlu serah nama di meja pendaftaran)

10:00 pagi
Pembahagian kumpulan lakonan
Perbincangan berkumpulan

11:00 pagi
Melawat Pusat Mencuci Kereta L. S.

11:30 pagi
Latihan lakonan berkumpulan

12:00 tengah hari
Persembahan lakonan
Sesi fotografi berkumpulan

1:00 petang
Bersurai

Nota: Makan tengah hari tidak disediakan, tetapi ada restoran di tempat berhampiran.

Maklumat Lanjut
Jika ada sebarang pertanyaan, hubungi Cik Balkish (019-2671076), atau e-mel infokavyan@yahoo.com.my atau WhatsApp 011-11411952 (Uthaya).