8 Oct 2013

Konvoi Rumah Ibadat IV

Tarikh: 12 Oktober 2013 (Sabtu)
Masa: 9.30 pagi – 2.00 petang
Tempat: Sekitar Jalan Ipoh dan Jalan Sentul, Kuala Lumpur
Peserta: Terbuka kepada umum
 
Pendahuluan
 
Walaupun masyarakat pelbagai kaum, etnik, budaya, adat dan agama tinggal bersama di negara ini sejak berkurun-kurun lamanya, persefahaman dan perasaan saling menghormati dalam kalangan Bangsa Malaysia sering dipolitikkan pihak berkepentingan.
 
Dewasa ini, pelbagai isu berbaur perkauman dan konflik agama disensasikan pelbagai pihak dan media. Gambaran negatif yang ditonjolkan ini tidak dipersetujui majoriti Bangsa Malaysia yang mengutamakan perpaduan dan integrasi.
 
Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan) berjaya menganjurkan Konvoi Rumah Ibadat di Kuala Lumpur pada 2 Oktober 2010 dan 2 Mei 2011. Pada 17 Februari 2013, konvoi dijalankan di Seremban dengan kerjasama Hidayah Centre Negeri Sembilan.
 
Konvoi Rumah Ibadat IV
 
Tarikh: 12 Oktober 2013 (Sabtu)
Masa: 9.30 pagi – 2.00 petang
Tempat: Sekitar Jalan Ipoh dan Jalan Sentul, Kuala Lumpur
Peserta: Terbuka kepada umum
 
Rumah-rumah Ibadat (berdasarkan keizinan diterima)
 
9:30 pagi - 10:15 pagi: Kuil Subramaniam Chettiar, Jalan Ipoh (Berkumpul di tapak letak kereta kuil - RUJUK PETA DI SINI SUPAYA TIDAK SESAT). Sesiapa yang tiba selepas 10:15 pagi akan terlepas peluang menyertai konvoi. Panggilan telefon untuk bertanya panduan jalan tentu tidak dapat dilayan.
10:30 pagi - 11:15 pagi: Gurdwara, Jalan Sentul
11:30 pagi - 12:00 tengah hari: Tokong Dewa Pengawal, Jalan Sentul
12:15 tengah hari - 1:00 petang: Masjid Al-Hidayah, Sentul
1:15 petang - 2:00 petang: Wat Buddha Sri Lanka, Jalan Sentul (tempat bersurai)
 
Tujuan Konvoi
 
Kunjungan ini dilakukan dalam usaha murni membantu meningkatkan persefahaman, perpaduan dan nilai persaudaraan dalam kalangan Bangsa Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum, etnik, budaya dan agama.
 
Peserta sendiri akan bertindak sebagai penyampai maklumat mengenai rumah-rumah ibadat yang dikunjungi supaya dapat dilakukan dengan cara yang mudah dan mesra.
 
Kunjungan ini diharapkan akan dapat menghindarkan segala salah tanggap dan pandangan tidak benar mengenai rumah-rumah ibadat pelbagai agama.
 
Peserta Konvoi
 
Rombongan ini boleh disertai peserta pelbagai kaum, etnik, budaya, bahasa dan agama yang berminat untuk mengeratkan perpaduan, persefahaman dan mengeratkan persaudaraan.
 
Peserta digalakkan membawa ahli keluarga kerana dapat membantu generasi muda menimba ilmu yang amat berguna ke arah pembinaan Bangsa Malaysia.
 
Kesemua peserta yang berminat akan diterima tanpa prejudis.
 
Kesemua peserta dalam rombongan ini tidak mempunyai apa-apa agenda politik. Sebaliknya ikhlas dalam memupuk perpaduan serta perasaan saling memahami dan menghormati.
 
Tidak ada had minimum dan maksimum jumlah peserta.
 
Tidak ada had umur minimum dan maksimum.
 
Para peserta perlu mematuhi peraturan dan norma di rumah-rumah ibadat yang dikunjungi.
 
Para peserta wajib berpakaian sopan dan sesuai.
 
Pengisian Konvoi
 
Kunjungan ke rumah-rumah ibadat seperti masjid, kuil, tokong, gereja, wat dan gurdwara secara berkonvoi.
 
Mendapatkan penerangan mengenai sejarah rumah-rumah ibadat dan agama berkenaan.
 
Melihat sendiri aktiviti di rumah-rumah ibadat berkenaan.
 
Berkongsi pengalaman menerusi perbualan dan dialog santai. [Rujuk: Pentingnya Dialog Antara Agama]
 
Peserta digalakkan merakan foto/video untuk dipaparkan menerusi laman rangkaian sosial seperti Facebook, Twitter dan blog. [TONTON VIDEO LIPUTAN BBC WORLD NEWS] - [LAPORAN DI MALAYSIAN DIGEST] - [LAPORAN BBC NEWS ASIA] - [CATATAN ARLENE TAN] - [CATATAN UTHAYA] - [LAPORAN UTHAYA] - [LAPORAN RITA JONG] - [LAPORAN DIYANA IBRAHIM] - [LAPORAN DI INDONESIA] - Baca juga: Meraikan Kepelbagaian di Pitt Street dan Dari Kubur Yahudi ke Gurdwara.
 
Maklumat Konvoi Akan Datang
 
Konvoi Rumah Ibadat V: Kuil [MAKLUMAT LANJUT DI SINI]
 
Nota: Maklumat konvoi turut dipaparkan di laman Projek Dialog -- LIHAT DI SINI. Laporan program ini disiarkan di Projek Dialog (13 Oktober 2013) - SILA KLIK DI SINI untuk membacanya. [LIPUTAN BBC WORLD NEWS] - [LAPORAN DI MALAYSIAN DIGEST] - [LAPORAN BBC NEWS ASIA] - [CATATAN ARLENE TAN] - [CATATAN UTHAYA] - [LAPORAN UTHAYA] - [LAPORAN RITA JONG] - [LAPORAN DIYANA IBRAHIM] - [LAPORAN DI INDONESIA]