Saturday, 15 June 2019

Busana Bahasa — Antologi Karya Sasterawan Kavyan


Judul: Busana Bahasa
ISBN: 978-967-13624-6-4
Kategori: Puisi, cerpen, esei, fragmen novel
Penyelenggara: Uthaya Sankar SB
Tebal: 112 halaman (termasuk prelim)
Tahun: 2019 (16 Julai)
Harga Pasaran: RM20.00 senaskhah
Harga Diskaun: Hubungi penulis terbabit

Kandungan:
21 buah sajak — 7 buah cerpen
8 buah esei — 2 fragmen novel

Prakata:
[Menabur Benih di Ladang Sastera]

Cadangan bagi antologi ini pernah diketengahkan pada Mei 2018 — Baca di Sini — tetapi sambutan kurang menggalakkan. Projek itu terpaksa dibatalkan kerana tidak mampu menampung kos menerbitkan buku dengan jumlah penulis yang terlalu sedikit.


Susulan Sesi Penulisan Intensif II Sasterawan Kavyan (Mac 2019), cadangan itu diketengahkan sekali lagi dengan harapan ada sambutan daripada minimum 10 orang.

Akhirnya, 13 penulis kaum India (termasuk penulis baharu) menyerahkan manuskrip puisi, cerpen, esei, dan fragmen novel untuk dinilai bagi projek penerbitan antologi ini.

KA. S. Annadurai @ Annadurai Subramanian berasal dari Kamunting, Perak. Beliau mengikuti Sesi Penulisan Intensif II dan III. Esei beliau tersiar di majalah Dewan Bahasa (Jun 2019).

Anuradha Chelliah berasal dari Banting, Selangor. Beliau menyertai Sesi Penulisan Intensif I dan II anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Karya beliau tersiar di Dewan Budaya dan Eksentrika.

VK Ezhilarasi Velautham menulis sejak bangku sekolah untuk majalah sekolah. Karya pesara guru ini pernah tersiar di Dewan Budaya (April 2016). Beliau menyertai Sesi Penulisan Intensif I dan II.

Jaymani Sevanathan lahir dan membesar di Klang, Selangor. Hasil tulisan beliau tersiar di Dewan Masyarakat, Dewan Ekonomi, dan Tunas Cipta. Beliau menyertai Sesi Penulisan Intensif II.

S. Maartandan Suppiah lahir dan membesar di Kota Tinggi, Johor. Beliau bertugas di Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR), Kampar. Esei beliau tersiar di Dewan Masyarakat (Julai 2017) dan Dewan Budaya (Mei 2018).

M. Mahendran anak jati Bentong, Pahang. Karya beliau mendapat pengiktirafan menerusi Hadiah Cerpen Malayan Banking-DBP dan Hadiah Cerpen Pelbagai Kaum DBP. Karupaya (2018) adalah kumpulan cerpen sulungnya. Beliau menyertai Sesi Penulisan Intensif I, II dan III.

Navanitha Nairu @ N. Nitha lahir di Kangar, Perlis dan kini tinggal di Menglembu, Perak. Cerpennya termuat dalam antologi Nota Untuk Ayah (2016), Hello 2 (2017) dan Teksi (2018). Navanitha menyertai Sesi Penulisan Intensif II.

Nizha Periaswamy lahir di Petaling Jaya, Selangor dan membesar di Shah Alam, Selangor. Beliau kini menjadi penulis bebas, selain melakukan kerja-kerja penterjemahan dan pencatat bagi forum kebangsaan.

Ramakrishnan Ramasamy membesar di Klang, Selangor. Pada tahun 2018, beliau muncul dengan kumpulan sajak persendirian berjudul Kurnia. Ramakrishnan menyertai Sesi Penulisan Intensif I.

Richard Ignacy dilahirkan di Parit Buntar, Perak. Beliau merupakan graduan Universiti Putra Malaysia (UPM). Sajak beliau tersiar di majalah Tunas Cipta (Mei 2017).

Sharmin Kutty Sivaraman lahir dan membesar di Petaling Jaya dan kini tinggal di Shah Alam. Beliau belajar di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dan Universiti Malaya (UM).  Sharmin menyertai Sesi Penulisan Intensif II.

Thanusya Shanmuganathan sudah menghasilkan novel berjudul Tak Sengaja Cinta (2014) dan Cik Cemerkap vs Encik Selfie (2016). Cerpen beliau termuat dalam beberapa antologi. Thanusya menyertai Sesi Penulisan Intensif I, II dan III.

Uthaya Sankar SB lahir dan membesar di Taiping, Perak, dan kini menetap di Shah Alam, Selangor. Karyanya menerima pengiktirafan menerusi Hadiah Sastera Perdana Malaysia.

[Untuk biodata penuh, sila layari  Biodata Sasterawan Kavyan]

Orang ramai boleh menghubungi para penulis terbabit untuk membuat tempahan awal sebagai tanda sokongan. Antologi Busana Bahasa tidak dijual di kedai; sebaliknya dijual sendiri oleh 13 penulis terbabit.

Lihat juga — Sesi Penulisan Intensif IV (Ogos 2019) untuk maklumat penyertaan Antologi 2020.

Jika ada sebarang pertanyaan, sila hubungi mana-mana penulis di atas. Boleh juga menghubungi WhatsApp 011-11411952 (Uthaya) atau e-mel uthayasb@gmail.com untuk keterangan lanjut atau pembelian.