28 Jan 2020

Bengkel Sayembara Penulisan Cerpen Menara


Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan) dengan kerjasama Bahagian Pembinaan Bakat dan Kepakaran, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) menganjurkan bengkel khas yang bertujuan membimbing penulis pelbagai kaum [semua kaum] menghasilkan cerpen-cerpen bermutu yang sesuai untuk siaran majalah Dewan Masyarakat, Dewan Budaya, dan Dewan Sastera, serta mencapai tahap untuk layak dikirim bagi Sayembara Penulisan Menara.

Program: Bengkel Sayembara Penulisan Cerpen Menara
Tarikh: 14 - 15 Mac 2020 (Sabtu dan Ahad)
Masa: 10.00 pagi – 6:00 petang
Tempat: Wisma DBP, Jalan Dewan Bahasa, Kuala Lumpur

Penting Peserta wajib hadir sepenuhnya (dua hari) untuk layak menerima sijil penyertaan

Setiap peserta Bengkel Sayembara Penulisan Cerpen Menara dikenakan bayaran ikat libat (commitment fee) RM20 sahaja dan bayaran ini tidak dikembalikan jika peserta menarik diri atau tidak hadir.

Kemas kini (22 Februari 2020)  Sudah ada 30 peserta dan pendaftaran ditutupBengkel seterusnya dijangka pada Mei 2020.


Makan-minum dan sijil penyertaan disediakan. Penginapan dan pengangkutan tidak disediakan. Jika peserta memerlukan tempat tinggal (penginapan/hotel), perlu menguruskannya sendiri.

Penyertaan dibuka kepada maksimum 30 individu pelbagai kaum (semua kaum) berumur minimum 18 tahun.

Kemas kini (22 Februari 2020)  Sudah ada 30 peserta dan pendaftaran ditutupBengkel seterusnya pada Mei 2020 — [Klik di sini]

Sayembara Penulisan Menara merupakan peraduan yang dianjurkan oleh DBP untuk melahirkan lebih ramai penulis Bukan Melayu yang menulis karya kreatif dalam Bahasa Malaysia.

Peserta bengkel dibimbing oleh Uthaya Sankar SB yang menerima pengiktirafan menerusi Hadiah Cerpen Maybank-DBP, Hadiah Sastera Utusan-Public Bank, Hadiah Sastera Kumpulan Utusan-ExxonMobil, Hadiah Cerpen Esso-Gapena, dan Hadiah Sastera Perdana Malaysia.


[Lihat juga  Khidmat Menyunting Manuskrip]

Peserta Bengkel Sayembara Penulisan Cerpen Menara akan dibimbing menghasilkan manuskrip cerpen semasa berbengkel. Sehubung itu, peserta perlu membawa bahan-bahan rujukan, catatan idea, dan komputer riba. (Tidak perlu membawa manuskrip cerpen yang sudah siap.)


Peserta juga akan diundang mengirim karya untuk diterbitkan dalam Antologi Cerpen Kebangsaan 2021 yang bakal diselenggarakan oleh Uthaya Sankar SB. Lihat antologi Landasan Hidup (2020) sebagai contoh.


Lihat juga  [Antologi Karya Penulis Baharu]

Individu yang berminat mendaftar sebagai peserta Bengkel Sayembara Penulisan Cerpen Menara, sila kirim maklumat diri (nama penuh dan alamat e-mel) ke WhatsApp 011–XXXXX.

Pendaftaran bagi Bengkel Sayembara Penulisan Cerpen Menara hanya sah apabila bayaran ikat libat sudah dibuat. Penyertaan ditutup pada 25 Februari 2020 atau sebaik sudah ada 30 orang peserta membuat bayaran. 

Kemas kini (22 Februari 2020)  Sudah ada 30 peserta dan pendaftaran ditutupBengkel seterusnya pada Mei 2020 — [Klik di sini]

Yang dahulu didahulukan, yang kemudian dikemudiankan.