“Karya saya berjudul ‘Selamat Tinggal, Stigma’ berkisar
mengenai isu yang sedang hangat diperkatakan dalam kalangan masyarakat, justeru
saya rasa puas hati kerana berjaya menghasilkan karya tersebut yang dapat
dijadikan panduan. Karya saya memang unik kerana saya bukan sekadar bercerita
tetapi juga berkongsi maklumat penting yang dapat membantu pembaca yang mungkin
sedang atau pernah mengalami situasi yang sama. Saya rasa berdebar-debar kerana
antologi Landasan
Hidup akan menjadi karya ke-12 saya yang bakal
terbit. Saya juga sedikit sebak kerana mendiang ayah saya tidak ada di sisi untuk
membaca karya ini mahupun membantu saya melakukan jualan, sepertimana yang
beliau lakukan untuk karya-karya saya sebelum ini. Saya mohon orang ramai menyokong
usaha kami agar antologi ini laku keras dan dapat menjadi pendorong kepada
mereka untuk turut berkarya.” — Thanusya Shanmuganathan