31 Jan 2023

“Nari! Nari!” Untuk Sekolah Rendah


Pengenalan

Kita sering merungut dan mengeluh bahawa kanak-kanak pada masa kini kurang membaca buku cerita Bahasa Malaysia. Punca dan sebab keadaan ini berlaku adalah pelbagai.

Misalnya, (a) keluarga B40 tidak mampu membeli buku, (b) kekurangan bahan bacaan bermutu dalam pasaran, (c) kurang akses kepada bahan bacaan, (d) koleksi buku di perpustakaan sekolah kurang menarik, (e) sekolah kekurangan dana untuk membeli buku bermutu, dan (f) kurang usaha mempromosi budaya membaca. 

“Belum terlambat untuk memupuk budaya membaca.” – Anwar Ibrahim (11 Disember 2022)

[Baca juga —Jangan Biar Minda Anak Berkarat”]

Sebagai langkah konstruktif (membina; bukan hanya bercakap tentang masalah tetapi menawarkan jalan penyelesaian), Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan) merancang usaha memberi sumbangan buku cerita Nari! Nari! yang dicetak semula khusus untuk tujuan ini.

Kumpulan cerita rakyat ini akan diulang cetak (cetakan kedua) untuk disumbangkan kepada perpustakaan Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT), atau Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) pilihan penyumbang — [senarai sekolah rendah seluruh negara].

Harap maklum: Buku dicetak semula dalam edisi hitam-putih (bukan warna-warni) bagi mengurangkan kos.

Kos penghantaran (RM12.50 ke Sabah/Sarawak dan RM6.00 di Semenanjung Malaysia) ditanggung oleh Uthaya Sankar SB.

Klik untuk baca: (Utusan Malaysia, 4 Mac 2023)

 

Maklumat Buku

Judul: Nari! Nari!

Kategori: Kumpulan Cerita Rakyat India

Bahasa: Bahasa Malaysia

Diceritakan semula oleh: Uthaya Sankar SB

Ilustrasi oleh: Teh Hun Yi (Exact Publisher)

Penasihat penerbitan: Koh Yok Hwa

Tebal: 200 halaman

Tarikh terbit: 27 Mac 2023 (cetakan kedua)

Jumlah cetakan: 500 sahaja

Senarai penyumbang (2023): [klik di sini]

Harga pasaran: RM20.00

Mahu membeli satu naskhah sahaja? [semak di sini]

 

PETIKAN AUDIO

Dalam versi cetakan kedua ini, Kod QR dimasukkan supaya murid-murid dan pembaca boleh mendengar audio bacaan petikan beberapa cerita dalam buku ini. Rakaman suara dibuat pada 28 Februari 2023.


Pakej Yang Ditawarkan

Orang ramai yang prihatin dan pemurah dipelawa memberi sumbangan mengikut kemampuan masing-masing. Nama para penyumbang sehingga 28 Februari 2023 disenaraikan di dalam buku dan di blog. Nama dan nombor telefon penyumbang turut dinyatakan pada surat yang dikirim ke sekolah (bersama buku).

Baki stok: 150 naskhah (28 Mac 2023) 

Pakej

Sumbangan

Jumlah Buku Dikirim Kepada Penyumbang

(Alamat di Malaysia)

Jumlah Buku Dikirim Ke Sekolah Rendah Pilihan Penyumbang

A

RM50

0

3 buku (1 sekolah)

B

RM100

3 buku

6 buku (2 sekolah)

C

RM200

3 buku

15 buku (5 sekolah)

 

Gerak Kerja

1. Deposit sumbangan ke akaun CIMB 8002429656 (Uthaya Sankar SB). [Sumbangan dari luar negara menerusi PayPal – sila hubungi Uthaya]



2. Kirim maklumat berikut ke WhatsApp 011-11411952 (Uthaya)

(a) Nama Penyumbang:

(b) Alamat Lengkap (berserta poskod):

(c) Nombor Telefon:

(d) Alamat e-mel (jika ada):

(e) Tarikh Deposit:

(f) Jumlah Sumbangan (RM):

3. Saya [Uthaya Sankar SB] akan menghubungi semula setiap penyumbang untuk menguruskan nama dan alamat sekolah rendah (SK, SJKT, SJKC) yang mahu dipilih sebagai penerima sumbangan buku — [senarai sekolah rendah seluruh negara].

4. Naskhah sumbangan akan dikirim ke alamat sekolah terbabit. Maklumat penyumbang (nama dan nombor telefon) akan dinyatakan pada surat lampiran (contoh di bawah).

[Nama dan nombor telefon penyumbang dinyatakan dalam surat]

Nikmati pembacaan “Pengenalan: Pesanan Daripada Nari” — imbas Kod QR atau [klik di sini]


Pandangan Rakan-rakan

Berikut antara pandangan rakan-rakan yang telibat sama dalam menjayakan projek buku Nari! Nari! pada tahun 2015 (cetakan pertama).

“Bahan bacaan seperti ini pasti dapat menarik minat pelajar untuk membaca, selain meningkatkan kemahiran berbahasa.” – Abdul Muiez Mohammad Ruslee

“Cerita yang sangat hebat dan menarik. Sesuai untuk semua peringkat umur.” – Alex Brunei Saginau

“Sangat menarik. Saya rasa Nari! Nari! dapat menarik minat kanak-kanak untuk membaca kerana ilustrasi yang menarik dan bahasa yang digunakan mudah serta senang difahami.” – Anuradha Chelliah

“Ternyata Nari! Nari! mengajak kanak-kanak berinspirasi.” – Bintang Kartika

“Visual yang sangat cantik dan menarik perhatian, serta penceritaan yang bersahaja, sesuai untuk pembaca muda.” – Chitra Nagathisen

“Saya percaya Nari! Nari! akan turut menarik perhatian, meningkatkan semangat, serta memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak.” – VK Ezhilarasi Velautham

“Bahan bacaan berlatarkan budaya pelbagai kaum dapat membantu pembaca muda lebih memahami budaya rakan berlainan etnik, seterusnya mengeratkan perpaduan.” – Hazama Harun

Buku Nari! Nari! sebuah karya yang bagus kerana kanak-kanak tidak terlepas peluang menghayati cerita rakyat India dalam versi Bahasa Malaysia.” – Navanitha Nairu

“Buku Nari! Nari! merupakan suatu inisiatif yang secara tidak langsung mampu memperkaya khazanah sastera kebangsaan.” – Puravin Monogaran

“Dengan penggunaan ayat yang mudah difahami dan penceritaan yang baik, saya larut dalam setiap watak dalam kisah-kisah ini.” – Rafi Harumin

“Buku Nari! Nari! sesuai untuk mencambah minat membaca karya bermutu sejak kecil.” – Rjmi Mohd Nor

“Pengarang membuka peluang kepada anak-anak muda untuk mempelajari nilai-nilai yang dapat memajukan hidup mereka.” – Sanmuga Thavamoorthy

“Membaca buku cerita Bahasa Malaysia seperti ini dapat meningkatkan penguasaan kosa kata dan seterusnya meningkatkan kemahiran menulis.” – Sumati Muniandy

“Harapan saya adalah agar lebih banyak karya Bahasa Malaysia yang memaparkan budaya dan citra kaum India diterbitkan, khasnya kisah kanak-kanak.” – Thanusya Shanmuganathan

Nari! Nari! sebuah buku yang ceria dengan ilustrasi yang menarik.” –Yummiliyah Yaacob

 

Maklumat Lanjut

Jika ada sebarang pertanyaan, sila hubungi uthayasb@gmail.com atau WhatsApp 011-11411952 (Uthaya).