Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan) berusaha mendokumentasi perkembangan penulis kaum India yang menghasilkan karya Bahasa Malaysia.
Anuradha Chelliah berasal dari Banting, Selangor. Beliau merupakan graduan Sarjana Muda Pembangunan Manusia serta Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL) dari Universiti Putra Malaysia (UPM).
Karya Anuradha antara lain termuat dalam antologi Busana Bahasa (2019), Landasan Hidup (2020), Peluru Aksara (2020), dan Lakaran Diri (2022). Beliau aktif dalam penulisan esei, cerpen, dan puisi.
Sewaktu diwawancara pada 25 Januari 2023, Anuradha turut berkongsi beberapa panduan berguna untuk dimanfaatkan oleh para penulis muda.
Sila [klik di sini] untuk menonton video wawancara.
No comments:
Post a Comment