Tuesday, 28 May 2019

Sesi Penulisan Intensif IV

Program
Sesi Penulisan Intensif IV Sasterawan Kavyan

Tarikh
10 – 11 Ogos 2019 (Sabtu – Ahad)
[Dua hari, satu malam]

Masa
Bermula — 2:00 petang (Sabtu)
Berakhir — 6:00 petang (Ahad)

Tempat
Shah Alam, Selangor

Penganjur
Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan)
Perunding Media, Motivasi dan Penerbitan Uthaya


Pengenalan
Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan) sentiasa berusaha membimbing dan melahirkan penulis baharu pelbagai kaum, dengan tumpuan khusus kepada golongan penulis kaum India. Istilah “Sasterawan Kavyan” yang digunakan sejak tahun 2004 merujuk kepada penulis kaum India yang menghasilkan karya Bahasa Malaysia. Jumlah Sasterawan Kavyan tidak ramai dan usaha drastik perlu diambil segera bagi melahirkan lebih ramai penulis kelompok ini; termasuk penulis remaja. Individu bukan kaum India juga boleh menjadi peserta.

Rasional
Penganjuran Sesi Penulisan Intensif Sasterawan Kavyan pada 15 – 16 Disember 2018 di Shah Alam dengan kerjasama Bahagian Pengembangan Bahasa Kebangsaan Pelbagai Kaum, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) membuktikan kejayaan di mana para peserta menghasilkan manuskrip yang dibengkelkan, dibedah, dibincang dan disunting sebelum terus dikirim kepada editor majalah-majalah DBP; khususnya Dewan Budaya, Tunas Cipta, Dewan Siswa, Pelita Bahasa, Dewan Masyarakat dan Dewan Sastera. Sesi Penulisan Intensif II Sasterawan Kavyan berlangsung pada 23 – 24 Mac 2019 dengan dengan kerjasama Bahagian Pembinaan Bakat dan Kepakaran DBP. Sepuluh peserta menghasilkan karya yang dibengkelkan, dibedah, dibaiki, disunting dan terus dikirim kepada editor majalah-majalah DBP untuk dipertimbangkan bagi siaran. Sesi Penulisan Intensif III Sasterawan Kavyan pula berlangsung pada 2 Jun 2019 di Ruang Aktiviti, Pusat Mencuci Kereta LS, Setia Alam. Karya peserta sudah mula tersiar di majalah-majalah terbitan DBP, akhbar-akhbar arus perdana, serta media dalam talian.

Objektif
● Memberi pendedahan dan panduan lengkap mengenai format, syarat dan teknik penulisan puisi, cerpen dan rencana bagi majalah-majalah DBP.
● Memberi peluang Sasterawan Kavyan dan penulis remaja berbincang, mengadakan sesi sumbang saran, perkongsian idea, bedah karya dan semakan manuskrip secara berkumpulan mengikut konsep “rakan sebaya”.
● Memastikan setiap peserta menghasilkan sekurang-kurangnya dua buah karya sebelum sesi tamat.
● Menyalurkan karya bermutu ke majalah, akhbar dan media dalam talian.
● Memperkaya Sastera Kebangsaan menerusi karya Sasterawan Kavyan.

Keunikan
Para peserta (dewasa dan remaja) akan terlibat bersama-sama dalam perbincangan, perkongsian pengalaman, sumbang saran (brainstorming), penulisan, bedah karya, semakan manuskrip dan sebagainya menggunakan konsep “rakan sebaya”. Kerjasama dalam bentuk mentor menti (mentor mentee) boleh diteruskan dalam kalangan peserta yang berminat.

[BacaPengalaman Peserta]

Pembimbing
Uthaya Sankar SB berpengalaman menulis untuk majalah-majalah DBP sejak 1992, mengendalikan bengkel penulisan di seluruh negara sejak 1994, mengasaskan Kavyan pada 1999, dan menerbitkan buku sejak 2002. Beliau juga merancang, melaksanakan serta membimbing peserta Sesi Penulisan Intensif Sasterawan Kavyan (15 – 16 Disember 2018), Sesi Penulisan Intensif II Sasterawan Kavyan (23 – 24 Mac 2019) dan Sesi Penulisan Intensif III Sasterawan Kavyan (2 Jun 2019).

Peserta
Jumlah maksimum peserta bagi bengkel “dua hari, satu malam” ini adalah sepuluh (10) orang sahaja, iaitu:

Sekitar lima (5) peserta adalah Sasterawan Kavyan yang sudah ada pengalaman menulis dan sudah ada karya tersiar di akhbar/majalah.

Sekitar lima (5) peserta adalah golongan penulis baharu yang belum ada karya tersiar di akhbar/majalah tetapi berminat menjadi penulis.

Individu bukan kaum India juga boleh menjadi peserta.

Individu yang memohon menjadi peserta mestilah berminat untuk menghasilkan karya secara prolifik dan konsisten; khususnya untuk disalurkan ke majalah-majalah terbitan DBP.

Individu yang berpura-pura tidak tahu berkomunikasi menggunakan Bahasa Malaysia diharamkan menyertai mana-mana program Kavyan.

Peserta tidak dibenarkan menghadiri sebahagian sesi sahaja, atau memohon untuk mengirim manuskrip karya di luar daripada waktu sesi berlangsung. Bagi peserta yang tiba lewat atau pulang awal, manuskrip yang dihasilkannya tidak akan dibincangkan.


Skop Karya
Peserta akan menghasilkan karya seperti puisi (sajak, pantun), cerpen, esei dan kritikan yang sesuai untuk siaran majalah-majalah terbitan DBP. Peserta juga boleh mensasarkan karya untuk akhbar, majalah atau media siaran lain; misalnya Berita Harian, Utusan Malaysia, Eksentrika dan Cukaria.

Antologi Karya 2020

Susulan kejayaan penerbitan antologi Busana Bahasa (Julai 2019), sebuah lagi antologi karya dirancang bagi tahun 2020. Antologi berkenaan khusus bagi karya (puisi, cerpen, esei, fragmen novel, ulasan, kritikan) yang yang dihasilkan oleh peserta pelbagai kaum semasa menyertai Sesi Penulisan Intensif. Peluang hanya dibuka kepada peserta, dan karya yang dihasilkan semasa menyertai sesi.

[Baca — Sasterawan Kavyan]

Bayaran Penyertaan
Setiap peserta dikenakan bayaran RM150 (Ringgit Malaysia Satu Ratus Lima Puluh Sahaja) dan bayaran ini tidak dikembalikan jika peserta menarik diri atau gagal hadir. Bayaran tidak boleh dipindahkan kepada peserta lain.

RM120 — jika membayar pada/sebelum 10 Julai 2019
RM130 — jika membayar pada/sebelum 20 Julai 2019
RM140 — jika membayar pada/sebelum 30 Julai 2019
RM150 — jika membayar pada/sebelum 5 Ogos 2019

[Mahu nikmati yuran RM50 sahaja? Hubungi 011-11411952 sebelum 20 Julai 2019]

Pengesahan penyertaan dan bayaran wajib dilakukan selewat-lewatnya pada 5 Ogos 2019. Peserta yang tidak bermalam di inap desa (homestay) tetap perlu membayar yuran penuh (rujuk jadual di atas). (Pendaftaran akan ditutup sebaik jumlah peserta berbayar sudah mencukupi.)

Maklumat Akaun Bank
Bayaran penyertaan perlu dimasukkan ke akaun bank AmBankMahendran Mathavarayan057 002 004 008 7. Permintaan untuk membayar pada hari program tidak akan dilayan. 

Pengesahan Pendaftaran
Kirim maklumat diri (nama penuh dan alamat e-mel) serta bukti bayaran (tarikh, masa, jumlah) ke WhatsApp 016-9612085 (M. Mahendran) selepas bayaran dibuat. Bayaran ansuran (contoh: RM50 x 3 bayaran) dibenarkan.

Pengangkutan dan Makan-minum
Kos makan-minum dan pengangkutan ditanggung sepenuhnya oleh para peserta sendiri. Makan-minum tidak disediakan. Minum petang (hari pertama dan kedua) disediakan.

Tarikh Tutup
Tarikh akhir untuk mengesahkan kehadiran dan membuat bayaran penyertaan adalah pada 5 Ogos 2019. Penyertaan akan ditutup awal jika sudah ada jumlah peserta yang mencukupi. Konsep “yang dahulu didahulukan” digunakan tanpa sebarang prejudis. Bayaran tidak dikembalikan jika peserta menarik diri atau gagal hadir.

Maklamat Lanjut dan Pertanyaan
Jika ada sebarang pertanyaan, hubungi uthayasb@gmail.com atau WhatsApp 011–11411952. Layari Blog Kavyan dari semasa ke semasa untuk maklumat pelbagai program bahasa, sastera, kebajikan, seni dan budaya.