Peserta Sesi Penulisan Intensif Sasterawan Kavyan
(15–16 Disember 2018) dan Sesi Penulisan Intensif II Sasterawan Kavyan
(23–24 Mac 2019) tidak hanya menerima bimbingan penulisan sajak, cerpen dan
esei daripada Uthaya Sankar SB yang berpengalaman menulis sejak
tahun 1991 serta mengendalikan bengkel penulisan di seluruh negara sejak tahun 1994.
Para peserta juga diwajibkan membaca dan memberi komen terhadap manuskrip yang
dihasilkan oleh peserta-peserta lain semasa sesi diskusi dan bedah karya.
Baru-baru ini, mereka ditanya: “Apakah dua kebaikan apabila kita menyemak,
membetulkan dan komen manuskrip penulis lain?”
Berikut jawapan spontan yang
diberi oleh sebahagian peserta:
1. Dapat
memperbaiki kesilapan sendiri kelak.
2. Boleh
bandingkan kelemahan orang lain dan
kelemahan sendiri.
1. Dapat membantu
meningkatkan keyakinan diri untuk menghasilkan karya dengan lebih berkualiti.
2. Meningkatkan
ilmu penulisan dan menjadikan penulis lebih arif.
1. Dapat idea
untuk memperbaiki karya sendiri.
2. Berkeyakinan
untuk menulis dengan lebih teratur mengikut tatabahasa yang betul.
1. Apabila orang
lain memberi maklum balas mengenai karya kita, secara tidak langsung, kita akan
lebih bersemangat untuk menghasilkan karya tanpa kesalahan. Hal ini kerana kita
menulis untuk orang lain, bukan untuk diri sendiri. Maka, kita akan sentiasa
berfikir untuk melakukan yang terbaik.
2. Lebih baik
kita terima kritikan sebelum karya kita terbit berbanding selepas karya itu
terbit. Perkara ini wajar kerana kita masih ada masa untuk memperbaiki apa-apa
kesilapan. Jika karya sudah terbit, tidak dapat berbuat apa-apa kerana persepsi
pembaca terhadap karya kita sudah wujud. Persepsi pertama (first impression) sangat penting.
VK Ezhilarasi
Velautham
1. Dapat menghasilkan
karya lebih sempurna.
2. Mendapat
pengalaman dan pengajaran apabila membaca dan membaiki manuskrip dan karya
orang lain.
Navanitha Nairu
1) Mengajar diri
sendiri supaya tidak melakukan kesilapan sama ketika menyemak, membetulkan dan
komen manuskrip penulis lain.
2) Memberi
latihan kepada diri untuk melahirkan karya yang lebih berkualiti selain
mewujudkan semangat berkobar-kobar untuk terus berkarya.
1. Situasi
menang-menang akan terjadi di mana penulisan kedua-dua pihak akan menjadi lebih
berkualiti, iaitu penyemak tidak akan mengulangi kesalahan yang dilakukan oleh
penulis terbabit, manakala penulis itu pula dapat mengambil pengajaran daripada
pembetulan/komen yang diberikan.
2. Dapat
menjadikan penulis berfikiran lebih kritikal dan berfikir di luar kotak dalam
proses penciptaan karya bermutu.
Cara yang sama akan dipraktikkan pada Sesi
Penulisan Intensif III Sasterawan Kavyan (2 Jun 2019).