23 Aug 2016

Bicara Budaya Kaum India

Program
Temasya Bahasa

Aktiviti
Bicara Budaya Kaum India
Pelancaran Buku Mandala Bicara

Sempena
Bulan Bahasa Kebangsaan 2016

Anjuran Bersama
Pusat Kebudayaan India (NSCBICC)
Pengenalan
Bulan Bahasa Kebangsaan (BBK) merupakan salah satu acara tahunan negara bagi memperkasakan bahasa kebangsaan.
[Maklumat lanjut – Penghayatan Bahasa dan Sastera]

Tarikh
13 November 2016 (Ahad)

Masa
9:30 pagi – 1:30 petang

Tempat
Dewan Netaji Subhash Chandra Bose, Pusat Kebudayaan India (ICC), Tingkat 17, Sentral Vista, Jalan Sultan Abdul Samad, Brickfields, Kuala Lumpur – Terletak tidak jauh dari KL Sentral, NU Sentral, Stesen Monorel Tun Sambanthan dan Kompleks MAB Brickfields. (Rujuk peta)
WazeMenara Sentral Vista

Hadirin/Peserta
Penyertaan bagi majlis ilmu ini terbuka kepada individu pelbagai kaum berumur minimum 12 tahun – termasuk pelajar, mahasiswa, graduan, remaja, belia, guru, peminat sastera, pencinta bahasa, peminat budaya dan orang awam.
PENYERTAAN ADALAH PERCUMA
[BORANG PENYERTAAN DI SINI]

Penyelarasan
Aktiviti ini diselaras dan dilaksanakan oleh wakil Kavyan berdasarkan pengalaman mengendalikan pelbagai program bahasa, sastera, kebajikan, seni dan budaya di seluruh negara sejak 1999.

Pengisian Aktiviti
Berikut rangka atur cara bagi aktiviti yang dicadangkan. Pengisian dan pengendalian aktiviti ini merangkumkan secara holistik visi, misi, objektif, rasional strategi dan sasaran BBK.

9:30 pagi – 10:30 pagi
Pendaftaran hairin [SILA DAFTAR DAHULU DI SINI]
Jualan buku-buku penulis kaum India
Buku Mandala Bicara dijual pada harga diskaun.
[Pendaftaran ditutup secara muktamad tepat 10:30 pagi]

10:30 pagi – 11:30 pagi
Majlis Pelancaran Buku Mandala Bicara
Tarian Chetti Melaka oleh Nironjini Supramania Pillay dan Khuneesha Radhakrishnan
- Ucapan Encik Rusdi Ab Rahman (Dewan Bahasa dan Pustaka)
- Ucapan pelancaran oleh Datuk Sivarraajh Chandran (Ketua Pemuda MIC Kebangsaan)
Penyampaian buku kepada pembeli/penyumbang terpilih (perlu mengesahkan kehadiran di meja pendaftaran sebelum 10:00 pagi) - SENARAI PENYUMBANG 
Penyampaian cenderamata kepada tetamu kehormat

11:30 pagi – 12:30 tengah hari
Bicara Budaya Kaum India
Sesi membaca petikan karya
Perbincangan meja bulat
Perkongsian pengalaman pengamal budaya
Perkongsian pengalaman penulis dan pembaca
Pemudah cara: Uthaya Sankar SB

12:30 tengah hari – 1:30 petang
Penyampaian sijil penyertaan (35 peserta berdaftar)
Sesi fotografi berkumpulan
Jualan buku

Penutup dan Harapan
Temasya Bahasa: Bicara Budaya Kaum India diyakini mampu menjadi pemangkin dan peneraju kepada usaha memupuk kecintaan dan penghayatan Bahasa Kebangsaan, khususnya dalam kalangan komuniti India dari pelbagai latar belakang, selaras objektif BBK. Para peserta ini akan terus menjadi kumpulan sasaran bagi pelbagai aktiviti bahasa dan sastera anjuran Kavyan.