Sunday, 7 April 2019

Pengalaman Peserta Sesi Penulisan Intensif


Peserta Sesi Penulisan Intensif Sasterawan Kavyan (15–16 Disember 2018) dan Sesi Penulisan Intensif II Sasterawan Kavyan (23–24 Mac 2019) tidak hanya menerima bimbingan penulisan sajak, cerpen dan esei daripada Uthaya Sankar SB yang berpengalaman menulis sejak tahun 1991 serta mengendalikan bengkel penulisan di seluruh negara sejak tahun 1994. Para peserta juga diwajibkan membaca dan memberi komen terhadap manuskrip yang dihasilkan oleh peserta-peserta lain semasa sesi diskusi dan bedah karya.

Baru-baru ini, mereka ditanya: “Apakah dua kebaikan apabila kita menyemak, membetulkan dan komen manuskrip penulis lain?”


Berikut jawapan spontan yang diberi oleh sebahagian peserta:

1. Dapat memperbaiki kesilapan sendiri kelak.
2. Boleh bandingkan kelemahan orang lain  dan kelemahan sendiri.

1. Dapat membantu meningkatkan keyakinan diri untuk menghasilkan karya dengan lebih berkualiti.
2. Meningkatkan ilmu penulisan dan menjadikan penulis lebih arif.

1. Dapat idea untuk memperbaiki karya sendiri.
2. Berkeyakinan untuk menulis dengan lebih teratur mengikut tatabahasa yang betul.

1. Apabila orang lain memberi maklum balas mengenai karya kita, secara tidak langsung, kita akan lebih bersemangat untuk menghasilkan karya tanpa kesalahan. Hal ini kerana kita menulis untuk orang lain, bukan untuk diri sendiri. Maka, kita akan sentiasa berfikir untuk melakukan yang terbaik.
2. Lebih baik kita terima kritikan sebelum karya kita terbit berbanding selepas karya itu terbit. Perkara ini wajar kerana kita masih ada masa untuk memperbaiki apa-apa kesilapan. Jika karya sudah terbit, tidak dapat berbuat apa-apa kerana persepsi pembaca terhadap karya kita sudah wujud. Persepsi pertama (first impression) sangat penting.


VK Ezhilarasi Velautham
1. Dapat menghasilkan karya lebih sempurna.
2. Mendapat pengalaman dan pengajaran apabila membaca dan membaiki manuskrip dan karya orang lain.

Navanitha Nairu
1) Mengajar diri sendiri supaya tidak melakukan kesilapan sama ketika menyemak, membetulkan dan komen manuskrip penulis lain.
2) Memberi latihan kepada diri untuk melahirkan karya yang lebih berkualiti selain mewujudkan semangat berkobar-kobar untuk terus berkarya.

1. Situasi menang-menang akan terjadi di mana penulisan kedua-dua pihak akan menjadi lebih berkualiti, iaitu penyemak tidak akan mengulangi kesalahan yang dilakukan oleh penulis terbabit, manakala penulis itu pula dapat mengambil pengajaran daripada pembetulan/komen yang diberikan.
2. Dapat menjadikan penulis berfikiran lebih kritikal dan berfikir di luar kotak dalam proses penciptaan karya bermutu.


Cara yang sama akan dipraktikkan pada Sesi Penulisan Intensif III Sasterawan Kavyan (2 Jun 2019).