Wednesday, 18 July 2012

Mahu Beli Buku Pak Samad?



Sukacita, Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan) mempunyai stok terhad buku-buku Rindu Ibu dan Dari Salina ke Langit Petang karya Datuk A. Samad Said (Penasihat Agung Kavyan) untuk dijual kepada sesiapa yang berminat membelinya.

Dengan membeli buku-buku ini juga anda sebenarnya menyumbang kepada dana penerbitan novel Salina oleh Wira Bukit Sdn Bhd.

Judul: Dari Salina ke Langit Petang (Edisi Santai)
Penerbit: Wira Bukit Sdn Bhd
Kategori: Kumpulan esei (“sebuah autobiografi seni”)
Jumlah Halaman: 111
Nota: Ditandatangani oleh Datuk A. Samad Said
Harga: RM13.00
Jumlah Stok: KEHABISAN STOK PADA 18 OKTOBER 2012
Kos Penghantaran: PERCUMA (Ditanggung oleh Kavyan)

Judul: Rindu Ibu (Edisi Santai)
Penerbit: Wira Bukit Sdn Bhd
Kategori: Puisi (“101 Puisi Kanak-kanak Menjelang Remaja”)
Jumlah Halaman: 117
Nota: Ditandatangani oleh Datuk A. Samad Said
Harga: RM12.00
Jumlah Stok: KEHABISAN STOK PADA 18 OKTOBER 2012
Kos Penghantaran: PERCUMA (Ditanggung oleh Kavyan)

Harga yang dinyatakan di atas adalah sama di seluruh negara (termasuk Semenanjung Malaysia) kerana Kavyan percaya bahawa setiap warga Malaysia berhak membayar harga yang sama bagi produk (buku) yang sama; apatah lagi dikirim melalui pos biasa.

Tempahan hanya dianggap sah apabila bayaran dilakukan sepenuhnya. Konsep “siapa (bayar) cepat, dia dapat” dan “yang dahulu didahulukan, yang kemudian dikemudian” digunakan dalam kaedah penjualan buku-buku stok terhad ini.

Buku akan dikirim melalui pos biasa dalam tempoh selewat-lewatnya dua hari selepas bayaran diterima.

Cara Pembayaran:
1. Jika anda berminat membeli buku-buku yang dinyatakan di atas, sila hubungi Uthaya Sankar SB melalui e-mel uthayasb@yahoo.com.my atau mesej peribadi (PM) menerusi Facebook.
2. Tempahan menerusi SMS tidak dilayan.
3. Pembelian secara kredit (hutang) tidak diterima sama sekali.
4. Tempahan hanya sah apabila bayaran dibuat sepenuhnya. CIMB atau Maybank sahaja.
5. Tiada khidmat “bayar waktu terima”.

Penting:
1. Promosi dan jualan buku melalui kaedah ini antara lain bertujuan “memudahkan” khalayak mendapatkan buku-buku pada harga lebih murah dan ditandatangani pula oleh Datuk A. Samad Said.
2. Sedikit keuntungan yang diterima akan disalurkan ke dalam tabung dana penerbitan novel Salina yang sedang diusahakan oleh Wira Bukit Sdn Bhd.
3. Jumlah stok adalah terhad. Kavyan mempunyai hak penuh menolak mana-mana tempahan atas alasan kehabisan stok.
4. Jualan buku-buku ini adalah dengan kebenaran Datuk A. Samad Said dan Helmy Samad (Wira Bukit Sdn Bhd).
5. Jualan buku-buku ini akan dihentikan apabila kehabisan stok.

Sebarang aduan boleh ditujukan kepada Uthaya Sankar SB melalui e-mel uthayasb@yahoo.com.my atau mesej peribadi (PM) menerusi Facebook atau talian 016-3288142 (SMS akan dibaca tetapi tidak akan dibalas).