Nama
Aktiviti
Baca Cerpen Dr Othman Puteh
Sempena
Program Bulan Bahasa Kebangsaan 2013 dan
memperingati Allahyarham Dr Othman Puteh (5 Januari 1944 – 19
Oktober 2003)
Tema
“Harimau Mati Meninggalkan Belang, Dr
Othman Pergi Meninggalkan Nama.”
Penganjur
Bersama
Dewan Bahasa dan Pustaka
(DBP)
Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan)
Tarikh
30 November 2013 (Sabtu)
Masa
9:30 pagi – 12:30 tengah hari [Waktu Kavyan]
Tempat
Latar
Belakang
Allahyarham Dr Othman Puteh (5 Januari 1944 – 19
Oktober 2003) adalah antara tokoh penulis yang banyak menyumbang ke arah
melahirkan bakat-bakat penulis baru semasa hayat beliau. Program Baca Cerpen Kavyan (29 Ogos - 2 September 2003) berjaya mencatatkan rekod dalam The
Malaysia Book of Records dan Dr Othman Puteh selaku Penasihat Kehormat Kavyan diberikan
penghormatan sebagai pembaca pertama dalam acara berkenaan. Kini, Baca
Cerpen Kavyan menjadi asas kepada tradisi mempersembahkan bacaan cerpen dan
novel di khalayak anjuran Kavyan dengan kerjasama pelbagai pihak. Acara Baca Cerpen Dr Othman Puteh pernah
diadakan pada 10 April 2004 dan 24 Oktober 2009. Sempena
Bulan Bahasa Kebangsaan 2013 dan Sedekad Pemergian Dr Othman Puteh,
Kavyan dan DBP menganjurkan acara khas bacaan cerpen-cerpen karya Allahyarham
yang dinamakan Baca Cerpen Dr Othman
Puteh. Baca juga: "Mengenang Dr Othman Puteh" (The Malay Mail Online, 2 September 2013).
Objektif
1
Mengimbas ketokohan dan sumbangan Allahyarham Dr Othman Puteh yang digelar “Raja Novel Remaja”.
2
Memupuk minat membaca dan menghayati karya Allahyarham Dr Othman Puteh dalam
kalangan generasi muda pelbagai kaum.
3
Meneruskan tradisi mempersembahkan bacaan cerpen yang dimulakan melalui program
Baca Cerpen Kavyan pada 2003.
4 Membuka
peluang kepada peminat sastera mempersembahkan bacaan naskhah cerpen karya Allahyarham
Dr Othman Puteh.
5 Memartabatkan
Bahasa Malaysia serta memupuk semangat
cinta akan bahasa kebangsaan dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum.
Sebanyak 20 cerpen
karya Allahyarham Dr Othman Puteh dijadikan teks bacaan. Setiap peserta wajib mempersembahkan (bukan sekadar “membaca”)
petikan beberapa halaman selama sekitar 5-10 minit. [TONTON KLIP VIDEO oleh Shahrul Nizam. TONTON KLIP VIDEO oleh TV Selangor] Teks cerpen akan dipilih
dan ditetapkan oleh Jawatankuasa Kavyan dan dikirimkan atau
diserahkan lebih awal kepada setiap peserta supaya boleh berlatih.
Penyelarasan
Program ini akan diselaraskan dan dikendalikan oleh wakil
Kavyan secara terancang, sistematik dan profesional berdasarkan pengalaman
menyelaras dan mengendalikan Baca Cerpen Kavyan (2003), Baca Cerpen Kavyan: Sedekad Kemudian
(2013); serta siri baca cerpen/novel sebelum ini.
Jumlah
Peserta/Pembaca
Maksimum dua puluh (20)
individu pelbagai kaum, berumur minimum 15 tahun, yang menawarkan diri
secara sukarela. [Individu berumur bawah 15 tahun TIDAK dibenarkan sama sekali.]
Penyertaan terbuka kepada sesiapa yang berminat dan WAJIB mampu mempersembahkan naskhah cerpen Bahasa Malaysia dengan gaya
persembahan yang mantap dan sesuai untuk persembahan di pentas. [PANDUAN MEMPERSEMBAHKAN CERPEN] [TONTON CONTOH BACAAN daripada Baca Cerpen Kavyan. Video oleh Shahrul Nizam. TONTON KLIP VIDEO TV SELANGOR] [BACAAN OLEH DEVISHI] [BACAAN OLEH UTHAYA] [BACAAN OLEH SHAHRUL] [BACAAN OLEH RAYNER] [BACAAN OLEH KUGHAN] [BACAAN OLEH PERZEUS] [BACAAN OLEH MESHVINNY NELSON] [BACAAN OLEH PREEVINN SINGH]
Pendaftaran
dan Pemilihan Peserta
Bagi tujuan Baca Cerpen Dr Othman Puteh, orang
ramai yang berminat perlu mendaftar lebih awal menerusi Borang Permohonan Dalam Talian kerana
jumlah peserta adalah terhad kepada 20 orang. Pendaftaran peserta diuruskan
oleh Jawatankuasa Kavyan. Pendaftaran dibuka sehingga 27 November 2013 (Rabu)
tetapi kaedah “yang dahulu didahulukan” akan digunakan.
[BORANG PERMOHONAN DI SINI]
Cenderamata
Peserta
Kesemua peserta (pembaca) akan menerima cenderamata
berupa kumpulan cerpen dan novel serta sijil daripada DBP. Para peserta juga
akan menerima cenderamata berupa novel sumbangan ITBM. Cenderamata ini secara
tidak langsung mampu membantu menggalakkan minat membaca dalam kalangan
masyarakat; serta mempromosi kempen galakan membaca.
Cenderamata Penonton
Setiap peserta digalakkan membawa bersama-sama mereka
dua rakan atau ahli keluarga berumur
minimum 12 tahun sebagai penonton dan penyokong. [Individu berumur bawah 12 tahun TIDAK
dibenarkan sama sekali mendaftar sebagai penonton.] Kesemua penonton berdaftar
ini akan menerima cenderamata buku tajaan DBP; dengan syarat mereka mendaftar
sebagai “penonton” seperti diterangkan di atas serta
mengikuti acara dengan penuh minat dari awal hingga akhir; bukannya berbual-bual menerusi telefon bimbit
sepanjang acara. [BORANG PERMOHONAN DI SINI]
Disiplin
dan Kehadiran
Peserta dan penonton yang sudah diluluskan penyertaan
wajib mengesahkan kehadiran di Sanggar Tun Sri Lanang, Aras 31, Menara DBP
selewat-lewatnya pada pukul 10:00 pagi pada tarikh acara. Meja Pendaftaran [pengesahan
kehadiran] ditutup secara muktamad pada pukul 10:00 pagi [Waktu Kavyan] dan sesiapa yang lewat
hanya boleh menjadi ”penonton tidak berdaftar” serta tidak layak menerima
apa-apa sijil/cenderamata.
Promosi
Promosi dan publisiti bagi acara ini dikendalikan
sepenuhnya oleh Jawatankuasa Kavyan dengan kerjasama/sokongan DBP dan ITBM.
Kerjasama Bahagian Majalah DBP juga diharapkan untuk membantu dari segi promosi
awal dan liputan acara. Para peserta dan penonton juga digalakkan menggunakan hashtag #Kavyan apabila membuat catatan
atau memuatkan foto di media sosial seperti Facebook
dan Twitter sebelum, semasa dan
selepas acara.
Rangka
Atur Cara
9:30 pagi
Meja Pendaftaran [pengesahan kehadiran peserta dan
penonton] dibuka di Sanggar Tun Sri Lanang, Aras 31, Menara DBP, Kuala Lumpur.
Ketibaan tetamu, wartawan, peserta dan penonton.
Sarapan (layan diri): nasi lemak, kuih-muih dan air kotak sahaja.
10:00 pagi [Waktu Kavyan]
Pendaftaran peserta dan
penonton ditutup secara muktamad.
Tafakur dan al-Fatihah
untuk Allahyarham Dr Othman Puteh.
Ucapan perasmian oleh Pengarah Jabatan Pengembangan Bahasa dan Sastera DBP, Datuk Abang Sallehuddin Hj Abang Shokeran.
Ucapan perasmian oleh Pengarah Jabatan Pengembangan Bahasa dan Sastera DBP, Datuk Abang Sallehuddin Hj Abang Shokeran.
Baca Cerpen Dr Othman Puteh bermula.
[Giliran membaca adalah mengikut aturan yang diterangkan
kepada para peserta terbabit menerusi e-mel.]
12:00 tengah hari [anggaran]
Ucapan oleh Ketua Jabatan Komunikasi, Pemasaran dan Jualan ITBM, Encik Mohd Khairulanuar Manshor.
Penyampaian cenderamata dan sijil penyertaan .
Sesi fotografi berkumpulan.
Penutup
Acara Baca Cerpen Dr
Othman Puteh boleh dilaksanakan dengan kos yang minimum tetapi melibatkan
penyertaan khalayak pelbagai kaum sekiranya
mendapat kerjasama padu daripada orang ramai, DBP dan Kavyan. Acara ini juga
sebagai usaha “memasyarakatkan” DBP dan ITBM selain
mengenang sumbangan Allahyarham Dr Othman Puteh, serta memupuk minat membaca
dan mencintai bahasa kebangsaan dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum.
Disediakan oleh Jawatankuasa Kavyan pada 20 Julai 2013 serta dikemas
kini pada 2 September 2013, 29 Oktober 2013 dan 27 November 2013.