Thursday, 15 August 2013

Dialog Sasterawan Kavyan: Royalti dan Honorarium

Pernahkah anda ditipu penerbit (buku, majalah, akhbar) dan tidak dibayar (honorarium, royalti) bagi karya yang anda hasilkan? Atau pun anda mungkin bakal penulis dan bimbang memikirkan kemungkinan anda menjadi mangsa penipuan penerbit yang tidak beretika.
 
Dialog Sasterawan Kavyan anjuran Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan) akan berlangsung pada 29 September 2013 (Ahad), 9:00 pagi [Waktu Kavyan] di SS14, Subang Jaya bagi membincangkan topik penting ini.
 
Uthaya Sankar SB selaku penulis sepenuh masa, presiden Kavyan serta pemilik tunggal Perunding Media, Motivasi dan Penerbitan Uthaya akan mengendalikan sesi dialog ini.
Anda seorang penulis atau bakal penulis?
Anda menghasilkan karya Bahasa Malaysia, Inggeris, Tamil atau Mandarin?
Anda mahu tahu tentang hak cipta, hak moral dan hal royalti?
Anda mahu mengelakkan diri daripada menjadi mangsa penipuan dan manipulasi penerbit yang tidak beretika?
Anda bercadang menerbitkan sendiri buku anda?
Anda risau memikirkan soal dana dan modal penerbitan?
Anda mahu tahu tentang proses permohonan ISBN, identiti penerbit dan CIP?
Anda mengimpikan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) dan Perpustakaan Negeri membeli buku-buku anda?
 
Dialog akan dijalankan dalam suasana santai dengan membincangkan pelbagai isu berdasarkan kes-kes sebenar – CONTOH DI SINI. Panduan, nasihat dan peringatan berhubung soal hak cipta, hak penerbitan, hak moral, hak royalti, hak honorarium dan sebagainya akan dibincangkan.
 
Sesi ini terbuka kepada umum tetapi terhad untuk sepuluh individu yang paling awal mengesahkan penyertaan – BORANG PENYERTAAN. Sesiapa yang mendaftar tetapi tidak hadir akan dimasukkan dalam senarai hitam Kavyan selama setahun.
 
Para peserta perlu mampu berkomunikasi menggunakan Bahasa Malaysia. Sesi dialog akan berlangsung sambil bersarapan (ditaja) dari 9:00 hingga 11:00 pagi. Makan tengah hari tidak disediakan.
 
Peserta perlu membawa alat tulis. Puak anti-Kavyan serta individu yang tidak mampu hidup tanpa telefon bimbit dan telefon pintar selama dua jam diingatkan supaya tidak menyertai mana-mana aktiviti Kavyan.
 
Individu yang berminat diminta mengisi BORANG PENYERTAAN selewat-lewatnya pada 25 September 2013 (Rabu). Setiap borang yang selamat diterima akan dijawab berserta alamat lengkap tempat acara berlangsung.
 
Sila hubungi e-mel infokavyan@yahoo.com.my jika ada sebarang pertanyaan. Harap maklum bahawa pertanyaan menerusi SMS akan dibaca tetapi tidak akan dijawab.