Konvoi Rumah Ibadat
Tarikh: 24 November 2013 (Ahad)
Tarikh: 24 November 2013 (Ahad)
Masa: 10.00 pagi –
12.30 tengah hari.
Peserta dan wakil media berkumpul untuk sarapan pada pukul 9:00 pagi di Restoran Sri Mayuri, Taman Sri Muda; sebelum berkonvoi pada pukul 9:45 pagi. Atau peserta/media boleh pergi terus ke kuil.
Peserta dan wakil media berkumpul untuk sarapan pada pukul 9:00 pagi di Restoran Sri Mayuri, Taman Sri Muda; sebelum berkonvoi pada pukul 9:45 pagi. Atau peserta/media boleh pergi terus ke kuil.
Tempat: Arulmigu Maha Mariamman Thirukkovil, Persiaran
Budiman, Seksyen 23, Shah Alam, Selangor [RUJUK PETA] [TONTON VIDEO]
Peserta: Terbuka
kepada umum tetapi WAJIB mendaftar [BORANG DI SINI]
Anjuran: Kumpulan Sasterawan
Kavyan (Kavyan)
dan Projek Dialog
Pendahuluan
Kumpulan Sasterawan
Kavyan (Kavyan) berjaya menganjurkan Konvoi Rumah Ibadat di Kuala Lumpur pada 2 Oktober 2010 dan 2 Mei 2011. Pada 17 Februari 2013, konvoi dijalankan di Seremban dengan kerjasama Hidayah
Centre Negeri Sembilan. Konvoi pada 12 Oktober 2013 dijalankan dengan kerjasama Projek Dialog serta mendapat
liputan BBC Asia. [DAPATKAN PELBAGAI LAPORAN DAN KLIP VIDEO DI SINI] [Catatan pengalaman Perzeus James boleh dibaca DI SINI dan DI SINI]
Tujuan Konvoi
Kunjungan ini dilakukan dalam usaha murni membantu meningkatkan
persefahaman, perpaduan dan nilai persaudaraan dalam kalangan Bangsa Malaysia yang terdiri
daripada pelbagai kaum, etnik, budaya, adat dan agama.
Bagi Konvoi Rumah Ibadat V, rumah ibadat yang dikunjungi adalah
sebuah kuil (Hindu). Sekiranya dalam konvoi lalu, peserta hanya
berpeluang meluangkan masa sekitar 45 minit di setiap rumah ibadat, mulai
Konvoi Rumah Ibadat V, usaha dilakukan bagi meluangkan masa sekitar dua jam di
sesebuah rumah ibadat.
Konvoi ke rumah-rumah ibadat agama-agama lain di Shah Alam dan
kawasan sekitarnya akan dilakukan pada masa akan datang secara bulanan.
Cadangan dan kerjasama semua pihak amat diharapkan dan dialu-alukan.
Peserta Konvoi
Rombongan ini boleh disertai peserta pelbagai kaum, etnik,
budaya, bahasa dan agama yang berminat untuk mengeratkan perpaduan,
persefahaman dan mengeratkan persaudaraan. [BORANG PENYERTAAN]
Peserta digalakkan membawa ahli keluarga kerana dapat membantu
generasi muda menimba ilmu yang amat berguna ke arah pembinaan Bangsa Malaysia.
Kesemua peserta yang berminat akan diterima tanpa prejudis
asalnya mengisi borang penyertaan dengan
maklumat yang tepat dan benar.
Kesemua peserta dalam rombongan ini tidak mempunyai apa-apa
agenda politik. Sebaliknya ikhlas dalam memupuk perpaduan serta perasaan saling
memahami dan menghormati.
Tidak ada had minimum dan maksimum jumlah peserta.
Tidak ada had umur minimum dan maksimum.
Para peserta perlu mematuhi peraturan dan norma di rumah-rumah
ibadat yang dikunjungi dalam siri Konvoi Rumah Ibadat.
Para peserta wajib berpakaian sopan dan sesuai. Pakaian tradisional digalakkan tetapi tidaklah diwajibkan. Pastikan TIDAK memakai pakaian (khususnya kemeja-T) yang memaparkan tulisan, lukisan, lakaran, ilustrasi atau apa-apa gambar yang tidak sesuai dan/atau menyentuh sensitiviti kaum/agama. Peserta juga BUKAN hadir sebagai duta mana-mana jenama untuk mempamerkannya semasa menyertai konvoi - apatah lagi foto/video akan dirakam untuk tujuan penyiaran dan dokumentasi. Pakaian mewakili persatuan/organisasi adalah dibenarkan, mengikut kesesuaian.
Sekiranya makanan dan/atau minuman disajikan semasa mana-mana
siri Konvoi Rumah Ibadat anjuran Kavyan, jaminan diberikan bahawa segala
makan-minum itu tidak berunsur ritual agama; sebaliknya boleh dimakan/diminum
oleh sesiapa tanpa was-was.
Pengisian
Konvoi
Kunjungan pada 24 November 2013 adalah ke Arulmigu
Maha Mariamman Thirukkovil di Seksyen 23, Shah Alam. [RUJUK PETA] [TONTON VIDEO]
Para peserta akan berpeluang mendapatkan penerangan mengenai
sejarah kuil berkenaan. Penerangan dijangka diberikan oleh pengerusi
jawatankuasa kuil, Encik Sugur. [SEDIKIT MAKLUMAT DI SINI]
Melihat sendiri suasana, seni bina dan aktiviti di kuil
berkenaan.
Berkongsi pengalaman menerusi perbualan dan dialog santai. Perbincangan
tidak hanya mengenai kuil dan agama Hindu, tetapi juga mengenai rumah-rumah
ibadat dan agama-agama lain. Wakil Kavyan akan bertindak sebagai pemudah cara (moderator) bagi memastikan sesi dialog berjalan lancar.
Peserta digalakkan merakam foto/video untuk dipaparkan menerusi
laman rangkaian sosial seperti Facebook,
Twitter dan blog. [LIHAT FOTO DI SINI] [TONTON VIDEO DI SINI]
Harap maklum bahawa siri Konvoi Rumah Ibadat anjuran Kavyan TIDAK melibatkan sebarang unsur dakwah
dan/atau memperlekeh mana-mana agama.
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi infokavyan@yahoo.com.my selewat-lewatnya pada pukul 3:00 petang [Waktu Kavyan],
22 November 2013. Rujuk juga kenyataan media di Malaysiakini (13 November 213) dan Projek Dialog (20 November 2013).