5 Apr 2011

Konvoi II ke Rumah Ibadat: 2 Mei 2011

Susulan Konvoi ke Rumah Ibadat pada 2 Oktober 2010, Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan) merancang Konvoi II ke Rumah Ibadat seperti berikut:

Tarikh: 2 Mei 2011 (Isnin, cuti umum)


Masa: 10:00 pagi – 1:00 tengah hari


Tempat: Jalan Ipoh dan Jalan Sentul, Kuala Lumpur


Peserta: Terbuka


Orang ramai yang berminat menyertai Konvoi II ke Rumah Ibadat diminta membaca catatan Konvoi ke Rumah Ibadat (2 Oktober 2010) – DI SINI dan DI SINI – untuk mendapatkan maklumat berkaitan persiapan dan persediaan. Sila KLIK DI SINI untuk melihat foto lawatan.


Enam rumah ibadat yang dijadualkan (mengikut urutan) adalah:


1. Kuil Subramaniam Chettiar, Jalan Ipoh


2. Gurdwara Jalan Sentul


3. Gereja Katolik St Joseph, Jalan Sentul


4. Tokong Dewa Pengawal, Jalan Sentul


5. Masjid Al-Hidayah, Sentul


6. Sri Lanka Buddhist Temple, Jalan Sentul


Peserta wajib mematuhi peraturan dan norma di rumah-rumah ibadat berkenaan.


Tujuan konvoi adalah untuk memupuk persefahaman, rasa saling menghormati dan menghargai kepelbagaian serta hak menganut agama masing-masing di Malaysia.


Individu yang berminat menyertai konvoi ini perlu mengesahkan kehadiran selewat-lewatnya pada 25 April 2011 (Isnin) dengan mengirim e-mel ke alamat infokavyan@yahoo.com.my (setiap e-mel yang selamat diterima pasti akan dibalas).

No comments: