Saturday, 28 November 2009

Bengkel Cerpen di Wisma MCA

Tarikh: 20 Disember 2009 (Ahad)

Masa: 9:00 pagi – 1:00 tengah hari

Tempat: Wisma MCA, Jalan Ampang, Kuala Lumpur

Penganjur: Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan) dan Sekretariat Pembelajaran Sepanjang Hayat (LLL) MCA

Pembimbing: Uthaya Sankar SB

Tarikh tutup pendaftaran: 17 Disember 2009 (Tarikh kakitangan awam menerima gaji)



Syarat-syarat Umum:


Penyertaan terbuka kepada individu pelbagai kaum berumur minimum 20 tahun yang berminat mempelajari teknik menghasilkan cerpen bermutu.

Sebaik-baiknya, peserta mempunyai sedikit asas mengenai penulisan.

Peserta perlu membawa alat tulis dan buku untuk mencatat nota.

Peserta amat digalakkan membawa komputer riba untuk menulis cerpen.


Bengkel akan dikendalikan dalam Bahasa Malaysia.

Peserta akan dibimbing oleh
Uthaya Sankar SB.

Bayaran penyertaan adalah sebanyak RM50.00 sahaja.

Individu yang berminat perlu mendaftar nama dengan mengirim e-mel ke alamat
infokavyan@yahoo.com.my selewat-lewatnya pada tarikh tutup pendaftaran yang ditetapkan.

Sila tulis “Bengkel Cerpen Kavyan” pada ruangan subjek (subject) setiap e-mel yang dikirim berhubung bengkel ini.

Kemudian, peserta akan diminta mengesahkan penyertaan dengan mendeposit bayaran penyertaan sebanyak RM50.00 ke akaun CIMB Bank Berhad.

Bengkel intensif ini terhad kepada 15 peserta sahaja.

Pendaftaran akan ditutup selepas 15 peserta terawal membuat bayaran.

Pada hari bengkel berlangsung (20 Disember 2009), peserta WAJIB membawa salinan slip bank sebagai bukti pembayaran sebelum dibenarkan menyertai bengkel.

Meja pendaftaran dibuka pukul 8:30 pagi pada hari bengkel (20 Disember 2009). Peserta diingatkan supaya tidak datang selepas pukul 9:00 pagi kerana akan mengganggu perjalanan bengkel.

Bayaran tidak akan dikembalikan jika peserta gagal hadir.

Peserta perlu menanggung sendiri segala kos perjalanan, makan-minum, penginapan (dan sebagainya) untuk menyertai bengkel ini.

Peserta dinasihatkan supaya mematikan deringan telefon bimbit serta tidak mengganggu perjalanan bengkel dengan apa cara sekalipun.

Hanya peserta yang mengikuti SEPENUHNYA bengkel ini akan diberi sijil penyertaan dan cenderamata berupa buku cerita oleh pihak
Kavyan.

Semasa menghadiri bengkel, peserta akan diberi bimbingan secara praktikal, di mana peserta perlu menulis rangka cerpen.

Topik-topik asas yang akan disentuh termasuk unsur-unsur sastera dan unsur-unsur cerpen.

Topik-topik khusus yang akan diberi penekanan termasuk cara mendapatkan idea bagi cerpen, teknik memancing minat pembaca, cara mengedit karya sendiri dan cara mengirim karya kepada editor akhbar/majalah.

Peserta digalakkan supaya terlibat secara aktif dan bertanya soalan yang sesuai semasa menyertai bengkel ini.

Hubungi
infokavyan@yahoo.com.my SEBELUM tarikh tutup penyertaan yang ditetapkan jika ada sebarang bertanyaan berhubung bengkel ini.

2 comments:

Ateh said...

berminat..tapi jika saya tiada asas penulisan adah masih diterima..maksudnya saya tidak pernah menulis cerpen.

Uthaya Sankar SB said...

Dukacita dimaklumkan bahawa Bengkel Cerpen Kavyan yang dijadualkan pada 20 Disember 2009 di Wisma MCA terpaksa DIBATALKAN kerana kurang mendapat sambutan.