Thursday, 10 December 2009

Hadiah Buku Percuma

Sebagai usaha menggalakkan budaya membaca dalam kalangan masyarakat, Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan) menawarkan hadiah berupa buku kepada 5 remaja (13-17 tahun) dan 5 dewasa (18 tahun dan ke atas).

Buku yang akan diberi sebagai hadiah percuma adalah “Kathakali: Kumpulan Cerpen Bahasa Malaysia” (remaja) dan “Rudra Avatara: Kumpulan Cerpen Bahasa Malaysia” (dewasa).

Untuk menerima hadiah percuma ini, individu yang berminat perlu mengirim e-mel ke alamat infokavyan@yahoo.com.my dan menceritakan keistimewaan yang terdapat pada karya-karya Bahasa Malaysia yang dihasilkan oleh Sasterawan Kavyan (penulis kaum India Malaysia).

Beberapa perkara penting yang wajib diambilkira:

1. Kiriman e-mel ke infokavyan@yahoo.com.my sahaja diterima.

2. Panjang “karangan” adalah minimum 50 patah perkataan maksimum 100 patah perkataan.

3. “Karangan” wajib menggunakan Bahasa Malaysia yang betul dari segi bahasa, ejaan dan tanda baca.

4. Terbuka kepada warganegara Malaysia sahaja.

5. “Karangan” mestilah asli dan tidak melibatkan sebarang bentuk peniruan yang menjadikannya tidak asli.

6. Maklumat diri seperti nama, nombor telefon dan alamat rumah perlu disertakan bersama-sama “karangan”.

7. Pada ruangan subjek (“subject”) e-mel, sila tulis “Rudra Avatara” atau “Kathakali” – mengikut kategori “remaja” atau “dewasa”.

8. Mana-mana kiriman yang tidak mematuhi mana-mana syarat dan peraturan akan ditolak.

9. “Karangan” mestilah sampai ke infokavyan@yahoo.com.my sebelum 31 Disember 2009.

10. Setiap “karangan” yang selamat diterima akan dimaklumkan dengan membalas e-mel.

11. “Karangan” akan dinilai oleh Jawatankuasa Kavyan.

12. Hanya 5 pemenang remaja dan 5 pemenang dewasa akan dipilih untuk menerima hadiah buku percuma.

13. Senarai pemenang akan dimaklumkan di Blog Kavyan.

14. Hadiah buku akan dikirim melalui pos selepas 15 Januari 2010.

Jika ada sebarang pertanyaan, sila kirim e-mel ke infokavyan@yahoo.com.my dan nyatakan “Hadiah Buku Percuma” pada ruangan subjek e-mel berkenaan.

Jom Bergaya dengan Buku!

1 comment:

Uthaya Sankar SB said...

Maklumat program ini turut dipromosikan menerusi rancangan "MHI" (TV3) pada 15 Disember 2009, sekitar 7:25 pagi.