29 Jun 2010

Syarahan Tokoh DBP

Bahagian Pengembangan Bahasa Kebangsaan Pelbagai Kaum, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) menganjurkan “Syarahan Tokoh DBP” pada 8 Julai 2010 (Khamis), 3:00 petang di Dewan Seminar, Aras 2, Menara DBP, Kuala Lumpur.

Syarahan bertajuk “Memartabatkan Bahasa dan Sastera Kebangsaan Kita [sic] dari Perspektif Orang Politik dan Masyarakat Berbilang Kaum” akan disampaikan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ S K Devamany.


Ketua Bahagian berkenaan, Encik Sallehuddin Abang Shokeran mengundang 10 wakil Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan) ke majlis ilmu itu.


Seperti biasa, Kavyan mengundang individu pelbagai kaum yang berminat menghadiri majlis ini mewakili Kavyan menghubungi infokavyan@yahoo.com.my atau 016-3288142 untuk mengesahkan kehadiran.

No comments: