1 Jul 2010

Karangan Kanak-kanak dan Remaja

Dua daripada empat karangan yang disiarkan dalam ruangan “Minda Siswa” di majalah e@siswa bermula keluaran Julai 2010 akan menerima senaskhah buku Kathakali: Kumpulan Cerpen Bahasa Malaysia (2009) sumbangan Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan).
.

Dapatkan maklumat lanjut dalam majalah e@siswa terbitan Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd.

.

Bagi ruangan “Cereka UPSR” di majalah e-baca pula, mulai keluaran Oktober 2010, sebuah karangan terbaik yang terpilih untuk disiarkan dalam ruangan berkenaan akan diberi hadiah buku 30 Cerpen Kanak-kanak: Khas Untuk Adik-adik (2009) sumbangan Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan).

.

“Tulis sebuah karangan berbentuk biografi mengenai seorang individu yang kamu sanjung. Panjang karangan hendaklah tidak kurang daripada 80 patah perkataan.”

.

Karangan “Cereka UPSR” dibuka kepada kanak-kanak berumur 10-12 tahun dan karangan mestilah asli serta ditulis sendiri. Taip karangan menggunakan Microsoft Word, kirim secara lampiran ke alamat uthayasb@yahoo.com.my dan sertakan maklumat diri kanak-kanak (nama penuh, tarikh lahir, alamat rumah, nombor telefon, nama & alamat sekolah).

.

Karangan “Cereka UPSR” mesti sampai selewat-lewatnya pada 31 Julai 2010. Setiap e-mel yang diterima pasti akan dibalas, manakala e-mel yang tersalah alamat atau tidak sampai, tentu sahaja tidak dapat dibalas.

No comments: