7 Jul 2010

Bengkel Cereka UPSR

Aktiviti Bengkel Cereka UPSR anjuran Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan) dengan kerjasama majalah e-baca terbitan Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd akan berlangsung di Sekolah Kebangsaan Taman Sri Muda (2), Taman Sri Muda, 40400 Shah Alam pada 10 Julai 2010 (Sabtu), 9:00 pagi hingga 12:00 tengah hari.
.

Sekitar 150 murid Tahun Enam dijadualkan mengambil bahagian dalam bengkel yang dikendalikan khusus untuk membimbing murid-murid mengenai penulisan karangan tidak berformat seperti autobiografi, biografi, menyambung cerita, menggambarkan suasana dan cereka.

.

Peserta akan dibimbing Uthaya Sankar SB yang mengendalikan ruangan Cereka UPSR dalam majalah e-baca sejak Mei 2010. Wakil Unit Akademik (UAk) Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd akan turut hadir untuk membuat liputan dan promosi.

No comments: