Setiausaha Kavyan, Prabhawathy Govindarajoo berkata, walaupun penyertaan awal hanya dianggarkan 20 murid, akhirnya 40 peserta menghadiri bengkel berkenaan.
“Kami tidak mahu mengendalikan bengkel dalam jumlah yang besar kerana objektif Kavyan adalah memberi perhatian dan tumpuan kepada setiap murid yang datang untuk mendalami ilmu penulisan karangan berbentuk cereka,” katanya.
Peserta dibimbing Presiden Kavyan, Uthaya Sankar SB yang juga penulis ruangan “Cereka UPSR” dalam majalah e-baca.
Prabhawathy berkata, harapan Kavyan bukan setakat membantu murid-murid menulis karangan bermutu dalam peperiksaan, malah memupuk minat dan bakat penulisan kreatif sejak kecil.
“Karangan berbentuk cereka atau karya kreatif bermutu yang dihasilkan murid-murid ini akan dinilai, disunting dan disiarkan dalam majalah e-baca sebagai mengiktiraf bakat mereka,” katanya.
Orang ramai boleh merujuk www.kavyan.blogspot.com untuk maklumat lanjut mengenai bengkel penulisan seumpama ini.
No comments:
Post a Comment