Saturday, 26 June 2010

Sastera di Sana Sini

Ruangan “Sastera di Sana Sini” di Blog Kavyan disiarkan setiap Ahad dan memuatkan aktiviti akan datang, sepanjang minggu berkenaan (Ahad–Sabtu).
.

Aktiviti yang dimaksudkan termasuk aktiviti bahasa, sastera, membaca, seni dan budaya. Aktiviti tidak terhad kepada bahasa tertentu atau kaum tertentu. Bagaimanapun, keutamaan diberi kepada aktiviti yang melibatkan peserta pelbagai kaum.

.

Aktiviti berkenaan mungkin dianjurkan pada peringkat sekolah, persatuan, kampung, daerah, negeri atau kebangsaan, serta mungkin melibatkan peserta yang ramai atau sedikit.

.

Aktiviti berbentuk politik dan/atau perkauman dan/atau menyentuh sensitiviti masyarakat pelbagai kaum dan/atau seumpamanya tidak dilayan.

.

Maklumat berikut wajib dikirim melalui e-mel sahaja ke infokavyan@yahoo.com.my mengikut format seperti contoh di bawah:

.

Aktiviti: Bengkel Cereka UPSR

Penganjur: Kumpulan Sasterawan Kavyan

Tarikh: 10 Julai 2010 (Sabtu)

Masa: 8.00 pagi – 12.00 tengah hari

Tempat: SK Taman Sri Muda (2), Shah Alam

Maklumat: www.kavyan.blogspot.com, 016-3288142

..

(Boleh lampirkan logo aktiviti/penganjur jika berminat)

..

Sila catatkan “Sastera di Sana Sini” pada ruangan ‘Subjek’ e-mel yang dikirim.

.

Maklumat wajib dikirim menggunakan Bahasa Malaysia.

.

Maklumat aktiviti (mengikut format di atas) perlu dikirim selewat-lewatnya pada 12:00 tengah hari Khamis untuk dipertimbangkan bagi siaran pada Ahad.

.

Setiap e-mel yang diterima pasti akan dijawab manakala e-mel yang tidak diterima tidak akan dibalas, tentunya.

.

Pengirim maklumat aktiviti bertanggungjawab sepenuhnya terhadap aktiviti yang dipromosikan. Uthaya Sankar SB dan Kumpulan Sasterawan Kavyan tidak boleh dipertanggungjawabkan atas sebarang masalah yang timbul pada pihak penganjur dan/atau peserta dan/atau mana-mana pihak.

.

Keputusan menyiarkan atau tidak menyiarkan sebahagian atau sepenuhnya maklumat aktiviti yang dikirim tidak boleh dipersoalkan.

2 comments:

Shahrun Nizam said...

Saya menyokong penuh cadangan untuk mewujudkan halaman sastera dalam akhbar Sinar Harian.

Lebih elok lagi jika disertakan sekali bidang sastera itu dengan sastera, bahasa dan budaya agar lebih luas ruang lingkupnya.

Shahrun Nizam bin Shahir,
Muar, Johor.
snbsmy@yahoo.com

Uthaya Sankar SB said...

Sdr Shahrun Nizam,

Ya, memang termasuk aktiviti bahasa, sastera, membaca, seni dan budaya.