11 Dec 2023

Cabaran Membaca Kavyan

Pengenalan

Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan) yang diasaskan pada 22 Ogos 1999 bergerak aktif tanpa sebarang publisiti dalam usaha menyemarakkan Sastera Kebangsaan dan penghayatan Bahasa Malaysia. Nama rasmi yang digunakan mulai 22 Mac 2023 ialah Pertubuhan Sasterawan Kaum India (Kavyan).

 

Penerangan Cabaran Membaca Kavyan

1. Acara ini akan dikendalikan dari 15 hingga 31 Disember 2023 secara dalam talian.

2. Terbuka kepada individu berumur 10 hingga 15 tahun sahaja.

3. Peserta perlu membaca petikan pilihan mereka dalam Bahasa Malaysia sahaja selama satu minit. Tidak perlu pengenalan diri. Tunjukkan buku yang hendak dibaca sebelum memulakan pembacaan.

4. Video perlu dirakam secara mendatar (horizontal) dn bukannya menegak (vertical).

5. Video perlu dimuat naik ke laman sosial (Facebook atau Instagram) dan hanya pautan (link) perlu dimasukkan ke dalam borang penyertaan (Google Form) – [klik di sini]

6. Seramai 10 orang akan dipilih dan diberi hadiah berbentuk buku. [Keputusan di sini]

7. Semua peserta yang memenuhi syarat akan menerima sijil digital dalam bentuk pdf.

8. Tarikh tutup penyertaan: 31 Disember 2023, jam 11:59 malam.

 

Maklumat Lanjut dan Pertanyaan

Jika ada sebarang pertanyaan, hubungi penyelaras, Anuradha Chelliah menerusi e-mel cabaranmembacakavyan@gmail.com atau WhatsApp 019-6737275.