Monday, 13 June 2016

Bengkel Lakonan Pentas

Pengenalan
Kavyan, Pusat Kebudayaan India (ICC) dan DHRRA Malaysia menganjurkan Bengkel Lakonan Kavyan (28 Februari 2016) dan Persembahan Lakonan Kavyan (27 Mac 2016) sebagai usaha memberikan pendedahan berkaitan aspek lakonan pentas kepada kanak-kanak, remaja, belia dan orang dewasa pelbagai kaum. Kini, Bengkel Lakonan Pentas dikendalikan untuk memberi peluang kepada lebih ramai anggota masyarakat mengembangkan bakat dan kreativiti dalam bidang lakonan pentas. Bengkel Lakonan Pentas dirangka secara ringkas tetapi menyeluruh bagi memastikan para peserta pelbagai umur dapat sama-sama berhibur sambil mengembangkan asas bakat lakonan, serta menggunakan Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar.

Aktiviti
Bengkel Lakonan Pentas

Penganjur Bersama
Pusat Kebudayaan India (ICC), Brickfields

Tarikh
26 Jun 2016 (Ahad)

Masa
3:00 – 5:00 petang

Tempat
Dewan Netaji Subhash Chandra Bose, Pusat Kebudayaan India (ICC), Tingkat 17, Sentral Vista, Jalan Sultan Abdul Samad, Brickfields, Kuala Lumpur – Terletak tidak jauh dari KL Sentral, NU Sentral, Stesen Monorel Tun Sambanthan dan Kompleks MAB Brickfields. (Rujuk peta)

Objektif
1. Membimbing orang ramai mengenali asas lakonan pentas.
2. Menimbulkan minat dan kecintaan masyarakat terhadap Bahasa Malaysia.
3. Menggalakkan orang ramai menonjolkan bakat dalam lakonan pentas.
4. Membuka ruang kepada orang ramai membuat persembahan drama pentas.
5. Mencungkil kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dalam kalangan kanak-kanak dan remaja pelbagai kaum.

Bahasa
Bengkel dikendalikan dalam Bahasa Malaysia sebagai sebahagian pengisian Program Memartabatkan Bahasa Malaysia. Individu yang berpura-pura tidak tahu Bahasa Malaysia dinasihatkan supaya tidak menyertai mana-mana aktiviti anjuran Kavyan.

Peserta
Penyertaan terbuka kepada masyarakat pelbagai kaum (kanak-kanak, remaja, belia dan dewasa) berumur minimum 7 tahun. Peserta wajib mampu berkomunikasi (membaca, menulis, bercakap) menggunakan Bahasa Malaysia. Ibu bapa digalakkan menyertai bengkel ini bersama anak-anak.

Pakaian Peserta
Para peserta dinasihatkan supaya memakai pakaian yang sopan dan selesa. Semasa bengkel, peserta perlu duduk bersila di lantai. Peserta juga perlu menjalani latihan berlakon, serta berlakon di pentas. Sila pilih pakaian yang sesuai dan selesa.

Barangan Keperluan
Para peserta diminta membawa alat tulis dan buku nota.

Telefon Bimbit
Para peserta diarah meletakkan telefon bimbit dan telefon pintar dalam mod senyap, serta tidak sibuk dengan telefon dan peralatan elektronik lain sepanjang bengkel. Sukarelawan Kavyan berhak merampas telefon sekiranya peserta sibuk melayan telefon pintar dan telefon bimbit semasa bengkel (3:00 petang – 5:00 petang).

Yuran Penyertaan
Tiada yuran penyertaan, tetapi peserta wajib mengisi borang penyertaan sebelum 20 Jun 2016. Penyertaan lewat tidak dilayan. Peserta yang sudah mendaftar tetapi gagal hadir, tidak dibenarkan menyertai sebarang aktiviti Kavyan sepanjang tahun 2016.

Borang Penyertaan
Borang penyertaan – KLIK DI SINI – perlu diisi selewat-lewatnya pada 20 Jun 2016, pukul 5:00 petang (waktu di Malaysia). Borang yang diisi lewat TIDAK dilayan. [BORANG PENYERTAAN

Sijil Penyertaan
Sijil penyertaan hanya diberi kepada individu yang mengisi borang pada/sebelum 20 Jun 2016; menghadiri bengkel sepenuhnya (dari 3:00 petang hingga 5:00 petang) pada 26 Jun 2016; serta terlibat secara aktif dalam aktiviti yang dijalankan. Peserta yang hadir tetapi sibuk dengan kerja lain (internet, telefon, berbual, menghilangkan diri dan sebagainya) tidak layak menerima sijil penyertaan. Individu yang mengisi borang selepas 20 Jun 2016 tidak layak menerima sijil.

Pengisian Bengkel
Berikut adalah rangka atur cara bagi Bengkel Lakonan Pentas. Para peserta diingatkan supaya mematuhi Waktu Kavyan, serta tidak datang lewat bergaya (fashionably late). Hanya individu yang menyertai bengkel sepenuhnya (3:00 petang – 5:00 petang) mengikut syarat-syarat yang ditetapkan layak menerima sijil penyertaan.

2:30 – 3:00 petang
Pendaftaran (pengesahan kehadiran)
Pendaftaran ditutup pada 3:00 petang [Waktu Kavyan]
Peserta yang lewat tidak layak menerima sijil

3:00 – 5:00 petang
Bengkel Lakonan Pentas

5:00 petang – 5:30 petang
Ucapan Pengarah ICC
Penyampaian sijil penyertaan
Minum petang

Penutup dan Harapan
Bengkel Lakonan Pentas di bawah Program Memartabatkan Bahasa Malaysia dijangka menjadi pemangkin dan peneraju kepada usaha mencapai objektif yang disenaraikan. Usaha ini juga bagi memastikan generasi muda pelbagai kaum mencintai serta menguasai Bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi, bahasa komunikasi, bahasa ilmu dan bahasa perpaduan. Bakat lakonan yang dikesan dalam kalangan peserta kanak-kanak, remaja, belia dan dewasa akan diberikan bimbingan berterusan untuk membuat persembahan di tempat-tempat terpilih.

Maklumat Lanjut
Sila hubungi infokavyan@yahoo.com.my selewat-lewatnya pada 20 Jun 2016 untuk sebarang pertanyaan berkaitan Bengkel Lakonan Pentas. Layari www.kavyan.blogspot.my dari semasa ke semasa untuk maklumat berkaitan aktiviti bahasa, sastera, kebajikan, seni dan budaya.

No comments: