21 Oct 2023

Antologi Cerpen Penulis Bukan Melayu (2024)

Antologi karya Bahasa Malaysia yang diusahakan oleh Kavyan sebelum ini ialah Vanakam (2002), Busana Bahasa (2019), Landasan Hidup (2020), Peluru Aksara (2020), dan Lakaran Diri (2022).

 

Hasil perbincangan, termasuk pada sesi Perbincangan Meja Bulat Penulis Malaysia (14 Oktober 2023), Kavyan bercadang mengusahakan penerbitan sebuah antologi cerpen yang memuatkan karya penulis Bukan Melayu, berdasarkan syarat dan panduan berikut:

 

1. Penyertaan dibuka kepada penulis daripada empat kategori, iaitu:

(a) penulis kaum India yang menghasilkan karya Bahasa Malaysia,

(b) penulis kaum Cina yang menghasilkan karya Bahasa Malaysia,

(c) penulis kaum India yang menghasilkan karya bahasa Tamil lalu diterjemah kepada Bahasa Malaysia bagi tujuan antologi ini,

(d) penulis kaum Cina yang menghasilkan karya bahasa Cina (Mandarin), lalu diterjemah kepada Bahasa Malaysia bagi tujuan antologi ini.

 

2. Hanya karya fiksyen berbentuk cerpen (cerita pendek) sahaja diterima.

 

3. Karya yang dikemukakan mestilah dalam Bahasa Malaysia; istilah/frasa bahasa-bahasa lain dibenarkan mengikut kesesuaian/keperluan.

 

4. Karya mestilah seratus peratus (100%) asli tanpa sebarang unsur ciplak/plagiat yang menjadikannya tidak asli.

 

5. Individu yang masih (atau berminat untuk) terlibat dalam mana-mana projek (buku, majalah, pertandingan) Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dinasihati supaya tidak menyertai projek antologi ini. Hal ini kerana DBP menafikan hak umat Bukan Islam menggunakan “Tuhan” – rujuk di sini.

 

6. Bagi peserta kaum India, karya yang dibedah pada Bengkel Penulisan Intensif di Taiping (Disember 2023) atau Bengkel Penulisan Intensif di Pinggiran Subang (Mac 2024) diberi keutamaan.

 

7. Karya bahasa Cina mesti sudah tersiar di mana-mana media (bercetak, elektronik) bahasa Cina dan terjemahan kepada Bahasa Malaysia diuruskan sendiri oleh penulis.

 

8. Setiap peserta perlu mengemukakan dua karya (cerpen) untuk dimuatkan dalam antologi ini. (Bayaran tambahan jika mahu mengirim lebih banyak karya; rujuk Perkara 13.)

 

9. Peserta (mungkin) perlu membaiki karya masing-masing berdasarkan hasil komen dan ulasan penyelenggara.

 

10. Peserta perlu membuat pembetulan terakhir sebelum manuskrip bersih—tanpa kesalahan bahasa—dikirim semula kepada penyelenggara.

 

11. Manuskrip wajib ditaip kemas mengikut format yang ditetapkan sebelum dikirim kepada penyelenggara.

 

12. Panjang setiap karya adalah minimum 1,000 perkataan dan maksimum 2,500 perkataan.

 

13. Setiap peserta dikenakan bayaran untuk menampung sebahagian kos mencetak buku (antologi cerpen). Jumlah bayaran dianggarkan RM200 seorang dan jumlah sebenar akan dimaklumkan kemudian. (Jika mengirim tiga cerpen, maka bayaran ialah RM300. Untuk empat karya, bayaran ialah RM400.)

 

14. Bayaran pendahuluan RM100 seorang wajib dibayar sebelum 30 Mac 2024 untuk mengesahkan penyertaan dalam projek antologi ini.

 

15. Apabila buku terbit, setiap peserta akan menerima buku mengikut jumlah yang akan ditetapkan kemudian.

 

16. Para peserta boleh membeli naskhah tambahan pada harga diskaun yang akan dimaklumkan kemudian.

 

17. Para peserta perlu terlibat sama dalam usaha mempromosi projek antologi ini—misalnya menerusi media sosial dan WhatsApp.

 

18. Syarat dan panduan tambahan (jika ada) akan dimaklumkan kepada para peserta yang mengesahkan penyertaan.

 

Hubungi Uthaya Sankar SB menerusi e-mel uthayasb@gmail.com atau WhatsApp 011-11411952 untuk mendaftar nama atau jika ada sebarang pertanyaan.