Minit Mesyuarat
Jawatankuasa Kavyan 04/2014
Tarikh : 23 November 2014 (Ahad)
Masa : 10.00 pagi [Waktu Kavyan]
Tempat : Rumah Kavyan, Taman Sri Muda,
Shah Alam
1. Ucapan
Pengerusi Mesyuarat
Uthaya Sankar SB yang
mempengerusikan mesyuarat mengalu-alukan para Ahli Jawatankuasa (AJK) yang
hadir serta mengingatkan supaya agenda mesyuarat dipatuhi. Para AJK diingatkan
bahawa agenda mesyuarat sudah dikirim lebih awal dan setiap AJK harus bersedia
untuk membahaskan perkara-perkara yang perlu serta melaporkan aktiviti
masing-masing.
2. Pembentangan
Minit Mesyuarat
2.1 Perzeus James (Setiausaha)
membentangkan ringkasan minit mesyuarat lalu bertarikh 17 Ogos
2014. Minit yang lengkap sudah dimuatkan di blog untuk rujukan bersama.
2.2 Pengesahan minit mesyuarat lalu (03/2014) dilakukan oleh Kughan Nadarajah dan Muniswaran Errisson.
3. Pembentangan
Kedudukan Kewangan
3.1 Muniswaran Errisson
(Bendahari) membentangkan laporan kedudukan kewangan.
3.2 Uthaya Sankar SB (penyelaras)
membentangkan kedudukan kewangan Projek
Sumbangan Makan Tengah Hari sehingga 31
Oktober 2014.
3.3 Uthaya Sankar SB (penyelaras)
membentangkan kedudukan kewangan Rumah Kavyan sehingga 15 November 2014.
4. Penglibatan
AJK dalam Aktiviti Lalu
Setiap AJK terbabit mengemukakan
laporan ringkas (lisan) mengenai aktiviti lalu (Ogos-November 2014).
4.1 Perzeus James melaporkan
mengenai gotong-royong mengecat pintu pagar dan jeriji di Rumah Kavyan pada 31
Ogos 2014. Gotong-royong melibatkan Perzeus
James, Kughan Nadarajah dan Uthaya Sankar SB.
4.2 Uthaya Sankar SB melaporkan
mengenai Baca Novel Hanuman di Rumah Kavyan
pada 20 September 2014 (Sabtu). Walaupun ada peserta menarik diri pada saat
akhir, acara tetap berjalan lancar. Sijil penyertaan disediakan oleh Dewan
Bahasa dan Pustaka (DBP).
4.3 Kughan Nadarajah melaporkan
mengenai acara Baca Cerpen Siru Kambam di
SJKT Sungai Renggam, Shah Alam pada 17 Oktober 2014 (Jumaat). Sejumlah 20 murid
dan 5 guru mengambil bahagian. Sijil penyertaan disediakan oleh DBP.
4.4 Perzeus James melaporkan
mengenai bantuan kepada keluarga Cik Letchumi sempena
Deepavali; termasuk sumbangan barangan makanan, sumbangan wang, pembelian
pakaian baru, gotong-royong oleh pelajar Kolej
FTMS dan sambutan Deepavali pada 22 Oktober
2014. Foto-foto dimuatkan di Facebook
dari semasa ke semasa untuk perhatian orang ramai, khususnya para penyumbang.
4.5 Muniswaran Errisson melaporkan mengenai
sumbangan Deepavali kepada lima keluarga di Flat Taman Kota, Cheras. Foto-foto
telah dikirim kepada para penyumbang secara mesej peribadi sebagai bukti.
Mesyuarat meminta foto-foto berkenaan turut dipaparkan di Facebook.
4.6 Uthaya Sankar SB melaporkan
mengenai Projek
Sumbangan Makan Tengah Hari (7 Julai – 31
Oktober 2014) di Rumah Kavyan. Projek ini mungkin tidak akan disambung pada 2015;
sebaliknya sumbangan orang ramai akan disalurkan terus kepada beberapa keluarga
yang memerlukan bantuan.
4.7 Muniswaran Errisson melaporkan mengenai acara Membaca Bersama Sasterawan Negara Datuk A.
Samad Said di SJKT Kajang pada 11 November 2014 (Selasa). Sejumlah 15 murid
dan 5 guru mengambil bahagian. Foto-foto dipaparkan di Facebook. Peserta menerima sijil yang disediakan oleh Kavyan dan
ditandatangani Datuk A. Samad Said selaku
Penasihat Agung Kavyan.
4.8 Kughan Nadarajah melaporkan
mengenai kunjungan ke Kampung Chetti, Melaka pada 16
November 2014 bersama-sama Preevinn Singh dan Uthaya Sankar SB. Projek
pembinaan di Lot 93 masih berjalan. Makalah berkaitan adalah “Selamatkan Ashram, Hapuskan Chetti” (The Malay Mail Online, 19 November
2014), “Saksikan Kemusnahan Kampung Chetti” (Projek Dialog, 21 November 2014) dan “Kehilangan di Kampung Chetti” (The Malaysian Insider, 25 November
2014).
5. Perkembangan Perancangan
Aktiviti 2014
Setiap AJK melaporkan perkembangan aktiviti
yang perlu dilaksanakan sebelum 31 Disember 2014.
5.1 Uthaya Sankar SB melaporkan bahawa
acara Baca Novel Hanuman II (baca teks dan diskusi) di Rumah Kavyan
pada 23 November 2014 terpaksa dibatalkan
kerana beberapa peserta menarik diri pada saat akhir atas alasan kerja dan
masalah keluarga. Jumlah peserta yang diundang hanya 10 orang, maka acara tidak
dapat diteruskan.
5.2 Perzeus James melaporkan bahawa
menjelang sambutan Krismas, acara nyanyian carolling
dan kedatangan Santa Claus (Bapa
Krismas) akan berlangsung di Rumah Kavyan. Hadiah makanan dan alat tulis akan
disampaikan kepada kanak-kanak pelbagai kaum dan agama yang hadir.
5.3 Uthaya Sankar SB
melaporkan bahawa Lawatan Ke Kuil Sri Maha Nageswari Amman,
Kemuning Utama akan berlangsung pada 30 November 2014 (Ahad), 11:00 pagi.
Promosi sedang dilakukan di Facebook dan blog. Lawatan ini berciri kebudayaan,
bukan keagamaan. Lawatan ini juga sebagai susulan Konvoi Rumah Ibadat anjuran
Kavyan sejak 2010. Maklumat mengenai kuil ini boleh dirujuk dalam makalah
bertajuk “Kuil Sri Maha Nageswari Amman” (Projek Dialog, 3 November 2014).
5.4 Uthaya Sankar SB melaporkan bahawa
Dialog Sasterawan Malaysia Bersama Datuk A. Samad Said akan
berlangsung di Rumah Kavyan pada 25 Disember 2014, jam 9:00 pagi. Promosi
sedang dilakukan menerusi Facebook dan blog. Kelompok penulis dan peminat
sastera Bahasa Malaysia, Inggeris, Tamil dan Mandarin diundang ke sesi dialog
ini untuk membincangkan peranan, sumbangan dan cabaran penulis pelbagai kaum
dalam pengembangan sastera pelbagai bahasa di Malaysia. Dialog akan berlangsung
dalam Bahasa Malaysia.
6. Cadangan
Aktiviti 2015
Para AJK mencadangkan aktiviti bagi
tahun 2015; serta membincangkan aktiviti yang sudah dirancang.
6.1 Program Memartabatkan Bahasa Malaysia akan
dijalankan di lima SJKC dan lima SJKT dengan kerjasama Dewan Bahasa dan
Pustaka (DBP).
6.1.1 Februari 2015 - SJKT Kajang, Kajang (Penyelaras: Muniswarran
Errisson)
6.1.2 Mac 2015 - SJKC Serdang Baru (1), Seri Kembangan
6.1.3 April 2015 - SJKT Taman Melawati, Gombak (Penyelaras: Uthaya
Sankar SB)
6.1.4 Mei 2015 - SJKC Kuan Cheng (2), Kuala Lumpur
6.1.5 Jun 2015 - SJKT Pulau Carey, Pulau Carey (Penyelaras: Perzeus
James)
6.1.6 Julai 2015 - SJKC Khe Beng, Shah Alam
6.1.7 Ogos 2015 - SJKT Ladang Emerald, Shah Alam (Penyelaras: Kughan
Nadarajah)
6.2 Bengkel Penulisan Cereka UPSR akan dijalankan
di SJKT dan SJKC yang bakal
dikenal pasti.
6.3 Bengkel Penulisan Cerpen
(remaja, dewasa) akan dijalankan di Rumah Kavyan dengan kerjasama Jabatan
Sastera DBP.
6.4 Bengkel Penulisan Makalah Budaya akan
dijalankan di Rumah Kavyan dengan kerjasama Bahagian Majalah DBP.
6.5 Beberapa acara khas seperti Baca
Cerpen Kavyan akan dirancang sempena Bulan Bahasa Kebangsaan 2015
dengan kerjasama DBP.
6.6 Sumbangan kepada keluarga yang memerlukan bantuan akan
diusahakan sempena Tahun Baru Cina, Hari Raya Puasa, Deepavali dan Krismas.
7. Karya Wakil
Kavyan di Media
Para
AJK digalakkan merebut peluang penyiaran karya di akhbar dan majalah. Pertemuan
secara bersemuka boleh diadakan dengan Uthaya
Sankar SB secara peribadi atau berkumpulan untuk membincangkan karya/idea.
8. Hal-hal
berbangkit
Mesyuarat membincangkan hal-hal berbangkit
daripada mesyuarat lalu (03/2014) serta hal-hal lain yang tidak dinyatakan
dalam agenda kali ini, tetapi dirasakan perlu dibincangkan segera.
8.1 Mesyuarat membincangkan dan meluluskan peletakan jawatan Shahrul Nizam Abd Hamid dan Rayner Sylvester Yeo atas alasan
kesibukan kerja.
8.2 Mesyuarat membincangkan dan meluluskan permohonan Keahlian Kavyan bagi 2015
daripada Elavarassan Suppiah, Mohamed Riyas dan Thanusya Shanmuganathan.
8.3 Mesyuarat membincangkan dan meluluskan permohonan Sukarelawan Kavyan bagi 2015
daripada Mohamed Riyas. Permohonan baru
masih dibuka sehingga 30 Disember 2014.
8.4 Mesyuarat membincangkan dan memutuskan bahawa penglibatan Kavyan
dalam menyalurkan bantuan kebajikan perlu diteruskan selagi mendapat sokongan
daripada orang ramai yang sudi menghulurkan sumbangan ikhlas. Kughan Nadarajah mengingatkan supaya
latar belakang individu/keluarga yang menerima bantuan disiasat secara
terperinci. Uthaya Sankar SB
mengingatkan bahawa setiap keluarga/individu yang mahu menerima bantuan perlu
bersedia supaya makalah ditulis mengenai mereka serta foto dipaparkan di media
sosial dan dalam makalah. Hal ini penting supaya penyampai sumbangan tahu
perkembangan.
8.5 Uthaya Sankar SB melaporkan
mengenai usaha mencari sumbangan
buku terpakai untuk perpustakaan mini di Rumah Kavyan. Mesyuarat merakamkan
terima kasih kepada beberapa individu yang menyumbangkan buku.
8.6 Kavyan masih berusaha mengumpul Biodata Sasterawan Kavyan untuk
didokumentasikan di blog. Laman ini menjadi rujukan pelbagai pihak, termasuk pelajar
kolej dan universiti yang membuat tugasan mengenai penulis kaum India.
8.7 Kavyan akan meneruskan usaha membeli buku (cerpen/novel)
pengarang asal Sabah dan Sarawak, serta pengarang kaum Cina dan India (termasuk
karya Bahasa Tamil) untuk perpustakaan mini. Langkah ini sebagai sokongan
kepada penulis Bukan Melayu yang turut memperkaya khazanah sastera negara.
8.8 Berikutan peletakan jawatan dua AJK, senarai AJK disusun semula.
Senarai Jawatankuasa Kavyan berkuatkuasa 1
Januari 2015:
8.8.1 Penasihat Agung – Datuk A. Samad Said
8.8.2 Presiden – Uthaya Sankar SB
8.8.3 Setiausaha – Perzeus James
8.8.4 Penolong Setiausaha – Kughan Nadarajah
8.8.5 Bendahari – Muniswaran Errisson
9. Penetapan
Tarikh Mesyuarat 01/2015
Mesyuarat AJK akan datang (01/2015)
ditetapkan pada 8 Februari 2015 (Ahad), 10:00
pagi di Rumah Kavyan. Penetapan awal
ini antara lain bagi memudahkan setiap AJK membuat persiapan lengkap sebelum menghadiri
mesyuarat.
10. Penangguhan
Mesyuarat
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 11:30 pagi; diikuti makan tengah hari.
Hal-hal lain yang tidak sempat dibincangkan akan diuruskan menerusi e-mel atau
mesej Facebook.