Pengenalan
Salah
satu cabaran yang dihadapi guru sekolah rendah adalah memberi panduan dan
latihan penulisan cereka, iaitu karangan tidak berformat bagi tujuan
UPSR. Kursus intensif jangka pendek berbentuk ceramah dan bengkel ini direka
khas untuk memberikan panduan lengkap kepada murid Tahun Empat, Tahun Lima dan
Tahun Enam mengenai cara-cara menulis karangan cereka (autobiografi, biografi, menyambung cerita dan sebagainya)
bermutu berdasarkan format terkini UPSR.
Penganjur
Kumpulan Sasterawan Kavyan
(Kavyan)
Tarikh
10
Mei 2014 (Sabtu)
Masa
Tempat
Bahasa
Bengkel
akan dikendalikan sepenuhnya menggunakan Bahasa Malaysia. Peserta yang tidak
tahu – atau tidak mahu – bercakap Bahasa
Malaysia dinasihatkan supaya tidak menyertai sebarang aktiviti Kavyan.
Peserta
Maksimum
15 murid Tahun Enam, Tahun Lima dan Tahun Empat. Konsep “yang dahulu
didahulukan, yang kemudian dikemudiankan” akan digunakan dalam pendaftaran
peserta. Jumlah peserta yang kecil adalah bagi memastikan bimbingan dan
perhatian penuh dapat diberikan kepada para peserta.
Tarikh
Tutup
Penyertaan
ditutup pada 2 Mei 2014 (Jumaat),
Bayaran
Yuran
RM10.00 dikenakan bagi menampung kos. Yuran ini perlu dijelaskan
selewat-lewatnya pada 2 Mei 2014.
Borang
Penyertaan
Peserta
perlu mengisi Borang Penyertaan Dalam Talian
selepas membuat bayaran. [Pastikan
tidak ada bahagian yang tertinggal.]
Rangka
Cadangan Kandungan Bengkel adalah seperti berikut:
Pengenalan
Menjelaskan
kepentingan subjek Bahasa Malaysia pada peringkat UPSR dan juga selepas itu
(PMR, SPM). Turut ditekankan keperluan Bahasa Malaysia di luar bidang
akademik seperti dalam kehidupan seharian. Aspek minat membaca akhbar, majalah
dan buku juga akan ditekankan sebagai cara terbaik dan paling berkesan dalam
menguasai Bahasa Malaysia.
Kertas
Satu
Format Kertas 1 (Tatabahasa)
Menjelaskan
topik-topik tatabahasa yang biasa diuji dalam UPSR. Panduan mudah akan diberikan
bagi membantu murid menguasai aspek tatabahasa. Latihan berkumpulan dan
aktiviti yang menyeronokkan akan dilakukan supaya murid dapat berhibur sambil
belajar. Panduan tatabahasa yang diberikan akan membina keyakinan dalam diri
murid bahawa tidak sukar untuk menguasai Bahasa Malaysia.
Ceramah
Pembimbing
menceritakan serba sedikit pengalaman mengenai cara-cara menguasai Bahasa
Malaysia dan minat terhadap pembacaan buku cerita.
Kertas
Dua I
Format Kertas 2 – Bahagian A (Membina Ayat)
Panduan
mudah bagi menguasai kemampuan membina ayat berdasarkan gambar yang diberikan.
Latihan berkumpulan juga diadakan bagi menjadikan topik ini menyeronokkan.
Kertas
Dua II
Format Kertas 2 – Bahagian C (Mengulas
Nilai)
Panduan
mudah bagi menguasai kemampuan mengulas nilai dan pengajaran berdasarkan teks
yang diberikan. Latihan berkumpulan diadakan bagi menjadikan topik ini
menyeronokkan serta membolehkan murid bekerjasama dan berkongsi idea.
Kertas
Dua III
Format Kertas 2 – Bahagian B (Menulis
Karangan)
Penjelasan
ringkas mengenai karangan berformat seperti laporan, syarahan, berita,
wawancara, dialog, ceramah, ucapan dan surat rasmi yang biasanya sudah diajar
dengan baik oleh guru.
Tumpuan
utama diberikan kepada karangan tidak
berformat seperti autobiografi, biografi, menyambung cerita, peribahasa,
gambarkan, keperihalan dan cerita rekaan. Karangan-karangan dalam format ini
amat kurang diajar di sekolah sedangkan karangan cereka mampu membuktikan
penguasaan bahasa sebenar seorang individu.
Panduan
bagi menulis karangan cereka yang disiarkan menerusi ruangan “Cereka UPSR” di
majalah e-baca (Mei 2010 – April
2011) akan dijadikan bahan rujukan – RUJUK DI SINI.
Kandungan
bengkel termasuk membincangkan dan menghuraikan ciri-ciri cereka yang baik
serta panduan menghasilkan cereka yang lebih baik dan bermutu.
Secara
keseluruhan, bengkel berkaitan penulisan cereka dapat menyediakan murid untuk
menulis karangan bermutu pada peringkat lebih tinggi serta kemampuan
menghasilkan karya kreatif seperti cerpen untuk siaran di media.
Aktiviti
Interaktif
Peserta
mungkin dibahagikan dalam beberapa kumpulan dan perlu terlibat dalam beberapa
aktiviti interaktif yang dikendalikan. Antara aktiviti yang boleh/akan
dilaksanakan:
1)
Membaca
petikan cereka yang ditulis
2)
Membuat
peta minda bagi isi karangan
3)
Membina
plot bagi cereka
4)
Bercerita
secara spontan
Sesi
Dialog
Peluang
untuk peserta bertanya soalan kepada pembimbing. Sesi ini membuka ruang dan
peluang berinteraksi secara langsung dan terbuka bagi peserta mengemukakan
apa-apa pertanyaan yang berkaitan.
Hadiah
Galakan
Hadiah
berupa bahan bacaan dan alat tulis sumbangan Kavyan akan diberikan kepada
peserta yang terlibat secara aktif.
Catatan
kepada Peserta dan Ibu Bapa
Pengangkutan
tidak disediakan. Dilarang sama sekali meletakkan kenderaan sepanjang Jalan
Hikmat Dua 25/82-B, Taman Sri Muda, Shah Alam. [RUJUK PETA]
Makan-minum
ringan sahaja disediakan. Peserta dinasihatkan supaya bersarapan sebelum
datang. Makan tengah hari TIDAK disediakan.
Peserta
wajib membawa alat tulis.
Pakaian
yang sopan dan sesuai.
Hanya
peserta yang mendaftar awal dibenarkan hadir. Ibu, bapa, penjaga atau pengiring
TIDAK dibenarkan berada di tempat acara.
Maklumat
Lanjut