31 Mar 2014

Sumbangan untuk Rumah Kavyan

Gotong-royong membersihkan Rumah Kavyan berlangsung pada 15 Mac 2014. Kerja-kerja mengemas berlangsung sedikit demi sedikit mulai 8 Mac 2014. Mulai April 2014, kebanyakan aktiviti Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan) akan tertumpu di sini. [RUJUK PETA]
 
Perpustakaan mini berbentuk Shelfie yang terdapat di Rumah Kavyan akan dibuka kepada umum; khususnya kanak-kanak dan remaja. [RAYUAN SUMBANGAN BUKU] Orang ramai juga boleh berkunjung ke Rumah Kavyan selepas membuat janji temu dengan menghubungi e-mel infokavyan@yahoo.com.my atau talian 016-3288142 [SMS tidak dibalas].
 
Kunjungan tanpa janji temu tidak dilayan kerana saya mungkin sedang sibuk dengan kerja-kerja penulisan, tiada di rumah atau sudah ada janji temu dengan orang lain.
 
Harap maklum bahawa kereta tidak boleh diletakkan di depan Rumah Kavyan. Sila rujuk PETA untuk mengetahui tempat meletak kereta. Janganlah menjadi “bodoh sombong” dan menyusahkan atau menimbulkan kemarahan jiran-tetangga di sekitar Rumah Kavyan.
 
Jika orang yang membuat janji temu lewat lebih 15 minit, maka janji temu itu sudah terbatal secara automatik dan janji temu baru perlu dibuat semula. Individu yang datang lewat tidak akan dilayan walau apa pun alasan yang diberikan. Sila patuhi Waktu Kavyan.
 
Harap maklum bahawa Rumah Kavyan adalah Kawasan Larangan Merokok dan Kawasan Berpakaian Sopan. Pencuri akan dimalukan secara kekal di ruang siber – khasnya Facebook dan blog – tanpa belas kasihan.
 
Pengunjung dan peserta aktiviti (termasuk Mesyuarat Jawatankuasa, sesi perbincangan dan persiapan aktiviti) akan dihidangkan makanan dan minuman yang ala kadar sahaja.


Rumah Kavyan telah menerima sumbangan kewangan daripada Thavamani Krishnan (RM100), Vickneswaran @ Vicky (RM60) dan Saravanan DHRRA (RM200). Sebahagian wang berkenaan digunakan untuk membeli barangan keperluan di Rumah Kavyan.
 
Berikut pula bentuk sumbangan yang boleh dihulurkan oleh orang ramai, jika sudi. Tarikh sumbangan diterima dan nama penyumbang akan direkodkan di sini untuk tujuan dokumentasi. Sumbangan dalam bentuk wang tunai TIDAK DIGALAKKAN. Jika mahu menyumbangkan barangan lain, sila hubungi infokavyan@yahoo.com.my terlebih dahulu.
 
Barangan Diperlukan
Maklumat Penyumbang
Tarikh
Gula
 
 
Milo 3-dalam-1
 
 
Nescafe 3-dalam-1
 
 
Teh 3-dalam-1
 
 
Minuman kotak
 
 
Minuman botol
 
 
Biskut (pelbagai)
 
 
Biskut (pelbagai)
 
 
Biskut (pelbagai)
 
 
Sejadah (untuk solat)
 
 
Kerusi plastik
 
 
Cat (warna biru)