Acara
Memartabatkan Bahasa Malaysia di SJKT
Penganjur
Jabatan Pengembangan Bahasa dan Sastera
Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)
Dengan kerjasama
Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan)
Pengenalan
Kempen “Memartabatkan Bahasa Malaysia”
dimulakan oleh Kementerian Pendidikan dalam usaha murni menggalakkan penggunaan
Bahasa Malaysia dalam kalangan
murid-murid dan pelajar di dalam dan di luar waktu pembelajaran mata pelajaran
teras berkenaan. Menyedari hakikat bahawa jumlah waktu pengajaran dan
pembelajaran mata pelajaran Bahasa Malaysia di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT)
adalah terhad serta peluang menggunakan bahasa berkenaan di luar bilik darjah
juga terhad, Jabatan Pengembangan Bahasa dan Sastera DBP dengan kerjasama
Kavyan merancang Program Memartabatkan Bahasa Malaysia di SJKT.
Sekolah dan Murid Sasaran
Dua buah sekolah iaitu SJKT Ladang Selangor River, Kuala Selangor
dan SJKT Nilai,
Negeri Sembilan sudah menyatakan persetujuan untuk menjadi dua SJKT
pertama di mana program ini dikendalikan. Murid-murid Tahun 4-6 akan menjadi
peserta. Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) yang berminat dengan program Memartabatkan Bahasa Malaysia boleh menghubungi pihak Kavyan. [Nota: Program di SJKT Taman Melawati pada 9 April 2014 adalah anjuran Kavyan dan sekolah berkenaan, tanpa melibatkan DBP. Pengisian program juga sedikit berbeza kerana melibatkan kehadiran Pak Samad.]
Tarikh dan Masa yang Dipersetujui
SJKT Nilai, Negeri Sembilan
2 April 2014 (Rabu)
1:45 – 3:45 petang
SJKT Ladang Selangor River, Kuala Selangor
5 April 2014 (Sabtu)
9:00 pagi – 12:00 tengah hari
SJKT Pulau Carey Timur
9 Ogos 2014 (Sabtu)
9:00 pagi - 12:00 tengah hari
SJKT Sungai Renggam, Shah Alam
Baca Cerpen Siru Kambam
9 Oktober 2014 (Khamis)
9:00 pagi - 12:00 tengah hari
SJKT Pulau Carey Timur
9 Ogos 2014 (Sabtu)
9:00 pagi - 12:00 tengah hari
SJKT Sungai Renggam, Shah Alam
Baca Cerpen Siru Kambam
9 Oktober 2014 (Khamis)
9:00 pagi - 12:00 tengah hari
Objektif
1. Menggalakkan serta memartabatkan penggunaan Bahasa Malaysia dalam kalangan murid
SJKT di bandar dan luar bandar.
2. Menimbulkan minat dan kecintaan murid SJKT terhadap Bahasa Malaysia.
3. Memupuk minat membaca buku cerita Bahasa Malaysia dalam kalangan murid SJKT.
4. Membuka ruang murid SJKT meluahkan isi hati dan kreativiti
menggunakan Bahasa Malaysia sebagai medium
komunikasi.
5. Memperkenalkan aktiviti bahasa dan sastera DBP kepada murid SJKT.
6. Mencungkil bakat penulisan dalam kalangan murid SJKT untuk menyalurkan
karya ke majalah DBP, khasnya Dewan
Pelajar.
Rangka Pengisian Program
Ucapan pengacara majlis
Ucapan Guru Besar
Ucapan perasmian oleh wakil DBP
Taklimat wakil Dewan Pelajar (Bahagian Majalah DBP)
Aktiviti Bahasa Malaysia oleh wakil Kavyan
Persembahan murid (menggunakan majalah Dewan Pelajar)
Penyampaian cenderamata
Bersurai
Penutup
Program Memartabatkan Bahasa Malaysia ini
dijangka menjadi pemangkin dan peneraju kepada usaha menjalankan aktiviti
serupa di SJKT lain di seluruh negara ke arah mencapai objektif seperti
dinyatakan di atas. Kedudukan DBP sebagai agensi bahasa dan sastera serta
Kavyan sebagai penggiat bahasa dan sastera pasti akan membawa hasil yang
diharapkan.
_____________________________________
Disediakan oleh Jawatankuasa Kavyan pada 3 Mac 2014 dan
diluluskan selepas perbincangan dengan Pengarah Jabatan Pengembangan Bahasa dan
Sastera DBP pada 27 Mac 2014; dengan tambahan dari semasa ke semasa. Layari www.kavyan.blogspot.com untuk maklumat lengkap mengenai aktiviti bahasa, sastera, seni dan
budaya anjuran Kavyan dengan kerjasama pelbagai pihak. Hubungi Uthaya Sankar SB
melalui talian 016-3288142 atau e-mel infokavyan@yahoo.com.my jika ada sebarang pertanyaan.