19 Mar 2014

Bengkel Penulisan Makalah Budaya

Nama Program
Bengkel Penulisan Makalah Budaya
 
Penganjur
 
Pengenalan
Makalah merujuk kepada rencana, esei atau artikel yang ditulis dalam bentuk karangan mengenai sesuatu topik. Kavyan pernah beberapa kali menganjurkan bengkel khas bagi penulisan makalah budaya; misalnya dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) pada 19 Mei 2012 – MAKLUMAT DI SINI. Hasilnya, beberapa makalah yang dihasilkan peserta bengkel berjaya diterbitkan dalam majalah Dewan Budaya terbitan DBP. Bagaimanapun, mungkin ada peserta yang sekadar mahu mendalami ilmu mengenai makalah tanpa mahu menjadi penulis makalah. Mereka juga dibenarkan menjadi peserta; asalkan memenuhi syarat dan peraturan yang ditetapkan.
 
Rasional
Malaysia yang terdiri daripada penduduk pelbagai kaum, etnik dan agama kaya dengan pelbagai adat, seni dan budaya yang wajar dijadikan bahan penulisan makalah. Bengkel ini bertujuan membimbing peserta mengenai cara-cara mengumpulkan bahan, menyusun bahan dan menghasilkan makalah budaya yang bermutu. Makalah-makalah yang memenuhi syarat akan disalurkan ke majalah Dewan Budaya dan media lain yang sentiasa membuka ruang penyiaran makalah budaya.
 
Tarikh
27 April 2014 (Ahad)
 
Masa
9:00 pagi – 3:00 petang [Waktu Kavyan]
 
Tempat
Rumah Kavyan, Taman Sri Muda, Shah Alam [RUJUK PETA]
 
Pembimbing
Peserta akan dibimbing oleh Uthaya Sankar SB yang berpengalaman menulis sejak tahun 1992. Beliau adalah penulis sepenuh masa dan presiden Kavyan. [BIODATA PENUH]
 
Peserta
Bengkel ini terbuka kepada masyarakat pelbagai kaum yang berumur minimum 17 tahun. Penyertaan peserta berumur 15-16 tahun akan dipertimbangkan berdasarkan minat, kesungguhan dan kematangan fikiran. Peserta berumur 14 tahun dan ke bawah tidak diterima sama sekali. Jumlah peserta dihadkan kepada 10 orang sahaja bagi memastikan keberkesanan bengkel.
 
Bahasa Pengantar
Bengkel dikendalikan dalam Bahasa Malaysia. Individu yang tidak tahu bercakap Bahasa Malaysia diberi amaran awal supaya tidak menyertai mana-mana aktiviti anjuran Kavyan.
 
Pakaian
Para peserta diingatkan supaya berpakaian sopan apabila menyertai sebarang aktiviti anjuran Kavyan. Seluar pendek, skirt mini serta pakaian yang terlalu mendedahkan tubuh tidak dibenarkan.
 
Telefon Bimbit dan Telefon Pintar
Peserta boleh membawa telefon bimbit, telefon pintar dan peralatan canggih lain. Bagaimanapun, peserta diberi amaran awal supaya memastikan segala peralatan itu tidak digunakan semasa bengkel sehingga mengganggu perjalanan bengkel. Jika peserta tidak dapat hidup tanpa telefon bimbit, SMS, Facebook, WhatsApp, Twitter dan sebagainya, sila jangan menyertai sebarang aktiviti Kavyan. [KETAGIHAN TELEFON PINTAR] [PSIKOLOGI PENGGUNA FACEBOOK]
 
Alat Tulis dan Buku Nota
Peserta wajib membawa buku nota dan alat tulis. Bahan-bahan berkenaan tidak disediakan. Individu yang berminat menjadi penulis pasti akan mengambil inisiatif membawa buku nota dan alat tulis apabila menyertai sebarang bengkel penulisan.
 
Bayaran Penyertaan
Setiap peserta dikenakan bayaran seperti berikut:
A - Bukan Ahli Berdaftar Kavyan: RM30.00 seorang
B - Ahli Berdaftar Kavyan tetapi belum membayar yuran tahunan bagi 2014: RM20.00 seorang
C - Ahli Berdaftar Kavyan dan sudah membayar yuran tahunan bagi 2014: RM10.00 seorang
Bayaran tidak dikembalikan jika peserta tidak hadir atau menarik diri.
 
Cara Pembayaran
Bayaran boleh dibuat menerusi salah satu cara berikut:
A - Deposit ke akaun Kavyan – CIMB – 1222 0000 876 109
B - Deposit ke akaun Uthaya – Maybank – 11221 40 42 611
C - Serahan tunai kepada Uthaya Sankar SB
Permohonan penyertaan tidak dilayan jika bayaran belum dibuat.
 
Borang Penyertaan
Setiap individu yang memenuhi syarat dan berminat menyertai bengkel ini wajib mengisi borang penyertaan dalam talian. Borang ini hanya boleh diisi selepas bayaran penyertaan sudah dibuat. Harap maklum bahawa borang yang dihantar sebelum membuat bayaran tidak akan dilayan sama sekali. Peserta akan dihubungi menerusi e-mel untuk pengesahan penyertaan. Pastikan alamat e-mel dan nombor telefon bimbit yang diberikan pada borang adalah betul, benar dan tepat. Borang yang tidak lengkap atau borang yang diisi sebelum membuat bayaran tidak dilayan. [BORANG DI SINI]
 
Tarikh Tutup
Penyertaan ditutup secara muktamad pada 19 April 2014 (Sabtu), jam 4:00 petang (Waktu Kavyan). Sebarang penyertaan lewat – atas apa-apa alasan sekalipun – tidak dilayan.
 
Atur Cara
Berikut rangka atur cara. Para peserta diingatkan supaya tidak datang lewat. Penganjur berhak untuk tidak menerima peserta yang tiba lewat (atas apa alasan sekalipun).
 
9:00 pagi
Ketibaan peserta. Harap maklum bahawa peserta TIDAK dibenarkan meletakkan kenderaan di sepanjang Jalan Hikmat Dua 25/82-B. [RUJUK PETA] Hanya peserta yang sudah mendaftar secara dalam talian sebelum 19 April 2014 dibenarkan menyertai bengkel ini. Individu yang tiba-tiba muncul dan mahu mendaftar pada tarikh bengkel tidak akan dilayan sama sekali. [TOPIK BERKAITAN]
 
9:30 pagi [Waktu Kavyan]
Pengenalan
“Makalah dan ciri-ciri makalah yang baik”
 
10:30 pagi
Dialog bersama pembimbing
“Apakah masalah yang anda hadapi untuk menulis makalah?”
 
Menilai contoh makalah di akhbar/majalah/media alternatif
Meneliti format makalah secara terperinci
Mengumpul bahan untuk penulisan makalah
Etika penulisan, hak cipta dan peniruan
 
12:30 tengah hari
Makan tengah hari. Masakan nabati (vegetarian) India yang sederhana sahaja disediakan. Peserta bertanggungjawab memaklumkan lebih awal kepada penganjur jika ada sebarang permintaan khusus. Apa-apa permintaan pada hari bengkel tidak akan dilayan. Peserta boleh membawa bekalan makanan sendiri jika ada sebarang pantang-larang.
 
1:00 petang
Latihan dan bimbingan menulis makalah budaya
 
3:00 petang [Waktu Kavyan]
Sesi fotografi
Bersurai
 
Maklumat Lanjut
Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi infokavyan@yahoo.com.my sebelum 19 April 2014. Sebarang pertanyaan menerusi SMS tidak dilayan. Peserta yang menggunakan kenderaan awam (bas, teksi atau Komuter) dinasihatkan dating lebih awal. Begitu juga peserta yang tidak tahu lokasi Rumah Kavyan secara tepat. Sebarang panggilan telefon/SMS selepas 9:00 pagi pada tarikh bengkel (27 April 2014) untuk meminta panduan jalan TIDAK akan dilayan.
 
Penutup
Harapan Kavyan adalah agar bengkel ini mampu melahirkan beberapa penulis yang bakal menghasilkan makalah bermutu untuk disalurkan ke majalah Dewan Budaya (DBP) dan media lain yang sesuai. Aktiviti lain - Bengkel Latihan dan Rakaman Baca Cerpen Kavyan.