Anda
diundang menyertai bengkel khas dan
sesi rakaman video baca cerpen untuk
tujuan dokumentasi Kavyan di ruang siber.
Tarikh: 15 Jun 2014 (Ahad)
Masa: 9.00 pagi – 1.00 petang [Waktu Kavyan]
Tempat: Rumah Kavyan – Taman Sri Muda, Shah Alam
Penganjur: Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan)
Umur peserta: minimum 13 tahun
Jumlah peserta: Maksimum 10 orang
Pengeras: RM10.00 [PERCUMA bagi Ahli Kavyan yang sudah membayar yuran tahunan bagi 2014]
Tarikh tutup: 12 Jun 2014 (Khamis)
Borang penyertaan: [KLIK DI SINI]
Sejak diasaskan pada Ogos 1999, Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan)
menganjurkan puluhan acara “baca cerpen” dan “baca novel”. Malah, acara Baca Cerpen Kavyan (2003) tercatat dalam The Malaysia Book of Records dan menjadi
pelopor kepada acara membaca cerpen di pentas. Acara Baca Cerpen Kavyan: Sedekad Kemudian pula berlangsung
pada 2 September 2013.
Kavyan pernah juga mengadakan sesi
latihan baca cerpen beberapa kali di beberapa lokasi. Malah, program
penghayatan sastera di sekolah rendah, sekolah menengah dan kolej di seluruh
negara juga diselitkan panduan membaca teks di pentas. Bengkel Baca Cerpen Kavyan pernah diadakan sebelum ini – BACA DI SINI.
Bengkel Latihan dan Rakaman Baca Cerpen Kavyan bertujuan membuka
ruang dan peluang kepada peserta remaja dan dewasa belajar cara-cara
mempersembahkan petikan cerpen dengan gaya yang menarik di pentas.
Setiap orang ada bakat dan kebolehan
tersendiri; sama ada disedari atau tidak. Maka bengkel ini akan menjadi tempat
untuk berkongsi kebolehan dan mencungkil bakat terpendam.
Bengkel akan dikendalikan oleh Uthaya Sankar SB yang berpengalaman membuat persembahan baca cerpen di pentas sejak 1994.
Beberapa individu lain dijangka akan turut berkongsi panduan dan pengalaman.
Contoh klip video baca cerpen – [DEVISHI] – [UTHAYA] – [SHAHRUL] – [RAYNER] – [KUGHAN] – [PERZEUS] – [BACA CERPEN DR OTHMAN PUTEH]
Cerpen-cerpen dalam buku Rudra Avatara (2008), Kathakali (2009) dan Kisah dari Siru Kambam (2013) akan
dijadikan teks bengkel. Maka, para peserta wajib memiliki salah satu (atau kesemua)
buku berkenaan.
Peserta diminta membaca
sekurang-kurangnya sebuah cerpen dengan sepenuhnya dan memahami cerpen itu
sepenuhnya SEBELUM menghadiri
bengkel.
Antara aspek yang akan disentuh dan
diberi perhatian dalam bengkel adalah sebutan,
kelancaran, pemahaman, intonasi, nada, gaya, suara dan keyakinan diri. Sila KLIK DI SINI untuk sedikit maklumat mengenainya.
Peserta juga digalakkan membaca makalah
bertajuk “Bengkel Baca Cerpen” (The
Malaysian Insider, 1 April 2013) untuk mendapatkan maklumat lengkap
mengenai “persembahan cerpen di pentas”.
Peserta bengkel akan diminta membuat
persembahan baca cerpen selama sekitar lima minit. Persembahan ini akan dirakam
sebagai bahan dokumentasi. Rakaman yang sesuai akan dipaparkan di ruang siber
untuk tontonan umum.
Peserta dikenakan “pengeras” RM10.00 seorang. Pengeras ini wajib dibayar sebelum
mengirim borang pendaftaran. [PERCUMA bagi Ahli Kavyan yang sudah membayar yuran tahunan bagi 2014.]
Setiap peserta – yang membayar pengeras, mendaftar awal dan menghadiri
bengkel sepenuhnya serta terlibat dalam rakaman baca cerpen – akan menerima
cenderamata senaskhah novel atau kumpulan cerpen.
Sesiapa yang tidak mendaftar (tarikh
tutup: 8 Jun 2014) TIDAK dibenarkan menyertai bengkel ini. [BORANG PENDAFTARAN]
Setiap peserta perlu terlibat secara
aktif dalam sesi perbincangan dan perkongsian idea sepanjang bengkel.
Peserta perlu bersedia menerima
kritikan, teguran, komen dan nasihat daripada pembimbing dan rakan-rakan
peserta.
Sila bawa alat tulis dan buku catatan
untuk menulis nota/panduan.
Sila bawa buku (kumpulan cerpen) yang
dijadikan teks bacaan.
Peserta diingatkan supaya patuh pada “Waktu Kavyan”.
Peserta tidak dibenarkan sama sekali
meletakkan kenderaan sepanjang Jalan Hikmat Dua 25/82-B, Taman Sri Muda apabila
pergi ke Rumah Kavyan. Panduan tempat meletak kereta – RUJUK PETA.
Pastikan telefon bimbit diletak pada
mod senyap. Maklumkan kepada keluarga/rakan/kekasih bahawa anda akan menyertai
bengkel pada tarikh tersebut. Jika anda lebih gemar melayan panggilan telefon,
berbalas mesej menggunakan WhatsApp
atau melayari internet dan Facebook, maka anda tidak perlu menyertai mana-mana
aktiviti anjuran Kavyan. [Kekasihku, Telefon Pintar] [Psikologi Pengguna Facebook]
Makanan dan minuman ringan disediakan
untuk peserta bengkel. Permintaan/tempahan makanan/menu khas TIDAK dilayan. Makan tengah hari TIDAK disediakan.
Orang ramai yang berminat bolehlah menghubungi e-mel infokavyan@yahoo.com.my jika ada sebarang pertanyaan. Pertanyaan menerusi SMS tidak dibalas.
Aktiviti lain di Rumah Kavyan - Bengkel Penulisan Makalah Budaya dan Bengkel Penulisan Surat Pembaca
Aktiviti lain di Rumah Kavyan - Bengkel Penulisan Makalah Budaya dan Bengkel Penulisan Surat Pembaca