26 Jul 2013

Baca Cerpen Perpaduan


Acara
Baca Cerpen Perpaduan
 
Tema
 
Sempena
#Fast4Malaysia - Rujuk laporan di Free Malaysia Today (25 Julai 2013), Malaysiakini (25 Julai 2013) dan The Star (27 Julai 2013).
 
Anjuran
 
Tarikh
31 Julai 2013 (Rabu)
 
Masa
6:30 petang – 8:00 malam
(Puasa bermula sejak awal pagi mengikut anutan agama/budaya masing-masing.)
 
Peserta
Sekitar 10 peserta pelbagai kaum yang aktif menyertai aktiviti bahasa, sastera, seni dan budaya anjuran Kavyan.
 
Pengisian Individu/Peserta
Para peserta diminta memuatkan foto, video, catatan ringkas dan pengalaman mengenai penyertaan dalam acara ini menerusi media sosial seperti Facebook dan Twitter, serta blog dengan menyatakan #Fast4Malaysia #ProjekDialog dan #Kavyan (hashtag) supaya mudah dikongsi secara global. Perkembangan akan dipaparkan secara langsung dari semasa ke semasa menerusi media sosial menggunakan #Fast4Malaysia #ProjekDialog dan #Kavyan (hashtag) oleh para peserta.
 
Harap Maklum
Acara ini bukan bertujuan meminta peserta pelbagai kaum/agama berpuasa mengikut cara/amalan penganut agama Islam; apatah lagi bermotif dakwah agama. Sebaliknya para peserta berpuasa mengikut amalan/budaya masing-masing. Sesi berbuka puasa diadakan pada sekitar pukul 7:30 malam supaya peserta beragama Islam dapat turut berbuka puasa bersama-sama.
 
Atur Cara
Rangka atur cara adalah seperti berikut:
 
Sekitar 5:30 pagi
Peserta mula berpuasa mengikut anutan agama masing-masing sebagai tanda menyokong perpaduan dan keamanan di Malaysia. Sedikit maklumat mengenai “berpuasa” dalam pelbagai budaya/agama boleh dibaca menerusi makalah “Kisah Puasa” dan “Kisah Viratam”. Harap maklum bahawa para peserta meneruskan tanggungjawab dan kehidupan seharian seperti biasa sepanjang tempoh berpuasa ini. Peserta digalakkan berkongsi pengalaman dari semasa ke semasa di media sosial menggunakan #Fast4Malaysia #ProjekDialog dan #Kavyan.
 
6:30 petang
Peserta bertemu di Bazar Ramadan Taman Sri Muda untuk membeli juadah dan merakam foto sebagai kenangan, dokumentasi dan paparan di media sosial #Fast4Malaysia #ProjekDialog dan #Kavyan.
 
7:00 malam
Baca Cerpen Perpaduan di Restoran Seetaram; bersebelahan tapak Bazar Ramadan Taman Sri Muda. Setiap peserta membacakan petikan cerpen Bahasa Malaysia yang menggambarkan perpaduan serta suasana kepelbagaian budaya di Malaysia. Pemilihan petikan cerpen adalah bebas. Perkembangan akan dipaparkan secara langsung dari semasa ke semasa menerusi media sosial menggunakan #Fast4Malaysia #ProjekDialog dan #Kavyan (hashtag).
 
Sekitar 7:30 malam
Majlis berbuka puasa secara sederhana di Restoran Seetaram. Disertai dengan doa demi keamanan dan perpaduan (mengikut agama masing-masing). Perkongsian pengalaman berpuasa oleh para peserta.
 
Maklumat Lanjut dan Pengesahan Kehadiran
Sila hubungi infokavyan@yahoo.com.my atau uthayasb@yahoo.com.my (penyelaras) untuk maklumat lanjut dan pengesahan kehadiran SEBELUM 30 Julai 2013. Sila KLIK DI SINI untuk ke laman rasmi #Fast4Malaysia. Laman Projek Dialog boleh diakses DI SINI.