Pada
11 Julai 2013, berlangsung acara membaca yang dinamakan @readings
anjuran kumpulan Facebook ~@Reader”s
Place di Restoran Taj Mahal, Sungai Petani, Kedah.

Acara
bermula pada 8:30 malam. Masing-masing peserta membawa bahan bacaan sendiri.
Buku-buku yang menjadi pilihan adalah kumpulan cerpen Kathakali, Kisah dari Siru Kambam dan Yuda (Zaen Kasturi), novel terjemahan Orang Halimunan dan Deruan Angin di Pepohon Willow serta Koleksi Cerita Kanak-Kanak.

Kavyan
memulakan tradisi membaca teks cerpen di pentas menerusi acara “Baca Cerpen Kavyan” pada tahun 2003.
Sempena sedekad kejayaan mencatatkan nama dalam The Malaysia Book of Records, acara “Baca Cerpen Kavyan: Sedekad Kemudian”
akan diadakan pada 1 September 2013.

Pada
padangan Kasthuri, ibu bapa harus diberikan galakan dan pendedahan tentang
kepentingan memupuk minat membaca supaya mereka nanti boleh menggalakkan anak-anak
mereka mengambil bahagian dalam acara-acara seumpama ini.

No comments:
Post a Comment