Aktiviti: Bengkel
Penulisan Surat Pembaca
Tarikh: 8 Jun 2014 (Ahad)
Bahasa digunakan: Bahasa Malaysia
Umur peserta: Minimum 15 tahun
Jumlah peserta: Maksimum 8 orang sahaja
Pembimbing: Uthaya Sankar SB
Tarikh tutup: 6 Jun 2014
SILA
BACA KESEMUA PERKARA BERIKUT DENGAN TELITI
1. Peserta
Bengkel Penulisan Surat Pembaca akan
dibimbing memahami etika, teknik, panduan dan cara-cara menulis “surat
pembaca”, “komentar” dan “kenyataan media” berdasarkan isu-isu semasa. [Contoh Kenyataan Media] [Contoh Komentar] [Contoh Surat Pembaca]
2. Peserta
juga WAJIB menulis sekurang-kurangnya
satu “surat pembaca” semasa bengkel untuk dikirim ke portal berita dalam talian
dan media konvensional (akhbar/majalah).
3. Peserta
perlu membawa komputer riba atau sebagainya
untuk menaip tugasan semasa bengkel. Jangan berikan alasan “terlupa” atau “terlepas
pandang”.
4. Peserta
akan dibimbing oleh Uthaya Sankar SB yang juga pemilik tunggal syarikat Perunding Media, Motivasi dan Penerbitan Uthaya.
5. Peserta
dikenakan “pengeras” RM10.00
seorang. Pengeras ini wajib dibayar sebelum
mengirim borang pendaftaran. Penyertaan PERCUMA bagi Ahli Kavyan yang sudah
menjelaskan yuran tahunan 2014.
6. Peserta
perlu terlibat secara aktif dalam sesi perbincangan dan perkongsian idea
sepanjang bengkel. Peserta juga perlu bersedia menerima kritikan, teguran,
komen dan nasihat daripada pembimbing dan rakan-rakan peserta.
7. Peserta
diingatkan supaya patuh pada “Waktu Kavyan” apabila
menyertai mana-mana aktiviti Kavyan. Jangan cuba datang lewat bergaya kerana pintu pagar Rumah Kavyan akan dikunci tepat
pada waktunya.
8. Peserta
tidak dibenarkan sama sekali meletakkan kenderaan di sepanjang Jalan Hikmat Dua
25/82-B, Taman Sri Muda apabila pergi ke Rumah Kavyan. Panduan tempat
meletak kereta – RUJUK PETA.
9. Panggilan
telefon atau kiriman mesej pada pagi hari aktiviti untuk bertanya lokasi Rumah
Kavyan tidak akan dilayan sama
sekali.
10. Pastikan telefon bimbit diletak pada mod senyap. Maklumkan
kepada keluarga/rakan/kekasih bahawa anda akan menyertai bengkel pada tarikh
tersebut. Jika anda lebih gemar melayan panggilan telefon, berbalas mesej
menggunakan WhatsApp atau melayari
internet dan Facebook, maka anda tidak perlu menyertai
mana-mana aktiviti anjuran Kavyan. [Kekasihku, Telefon Pintar] [Psikologi Pengguna Facebook]
11. Peserta yang
didapati sibuk melayan telefon pintar akan diminta meninggalkan tempat bengkel
dengan segera.
12. Makanan dan minuman ringan disediakan untuk peserta bengkel.
Permintaan/tempahan makanan/menu khas tidak dilayan. Makan tengah hari TIDAK
disediakan.
13. Orang ramai yang berminat bolehlah menghubungi e-mel infokavyan@yahoo.com.my jika ada sebarang
pertanyaan. Pertanyaan menerusi SMS
tidak dibalas.