27 May 2014

Baca Cerpen Kavyan – Seribu Harapan

Acara: Baca Cerpen Kavyan – Seribu Harapan
Tarikh: 8 Jun 2014 (Ahad)
Masa: 9.00 pagi 12.00 tengah hari [Waktu Kavyan]
Tempat: Pusat Jagaan Kanak-kanak Seribu Harapan, Taman Sri Muda
Penganjur: Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan)
Penyelaras: Perzeus James
 
Orang ramai diundang turut hadir memberi sokongan kepada sejumlah remaja yang akan mempersembahkan bacaan cerpen.
 
Acara Baca Cerpen Kavyan – Seribu Harapan melibatkan sekitar 15-20 remaja yang menghuni Pusat Jagaan Kanak-kanak Seribu Harapan, Taman Sri Muda, Shah Alam.
 
Program akan bermula dengan taklimat dan panduan membaca teks cerpen yang akan dikendalikan oleh beberapa wakil Kavyan. Sedikit panduan dan maklumat lanjut boleh dirujuk DI SINI.
 
Kumpulan cerpen Kisah dari Siru Kambam (2013) akan dijadikan teks bacaan serta diberikan kepada para peserta (15-20 orang) sebagai cenderamata.
 
Selesai taklimat dan latihan, peserta akan membuat persembahan cerpen. Bagi rata-rata peserta, inilah kali pertama mereka membaca petikan teks cerpen di hadapan penonton.
 
Orang ramai dipelawa hadir sama sebagai pemerhati, pembimbing dan penonton bagi acara Baca Cerpen Kavyan – Seribu Harapan.
 
Untuk sebarang maklumat dan pertanyaan, sila hubungi Perzeus James menerusi mesej Facebook [KLIK DI SINI] atau hubungi infokavyan@yahoo.com.my sebelum 7 Jun 2014.