Aktiviti
Baca Cerpen Siru
Kambam
Tarikh
17
Oktober 2014 (Jumaat)
Masa
9:30
pagi – 12:30 tengah hari
Tempat
Dewan
SJKT Sungai Renggam, Seksyen 18, Shah Alam
Sempena
Program
Memartabatkan Bahasa Malaysia di SJKT
Bulan
Bahasa Kebangsaan (BBK) 2014
Penganjur
Jabatan
Pengembangan Bahasa dan Sastera DBP
Panitia
Bahasa Malaysia SJKT Sungai Renggam
Kumpulan
Sasterawan Kavyan (Kavyan)
Dengan kerjasama
Persatuan
Bahasa Malaysia SJKT Sungai Renggam
PIBG
SJKT Sungai Renggam
Alumni
SJKT Sungai Renggam
Pengenalan
Kempen
“Memartabatkan Bahasa Malaysia”
dimulakan oleh Kementerian Pendidikan dalam usaha murni menggalakkan penggunaan
Bahasa Malaysia dalam kalangan
murid-murid dan pelajar di dalam dan di luar waktu pembelajaran mata pelajaran
teras berkenaan. Menyedari hakikat bahawa jumlah waktu pengajaran dan
pembelajaran mata pelajaran Bahasa Malaysia di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT)
adalah terhad serta peluang menggunakan bahasa berkenaan di luar bilik darjah
juga terhad, Jabatan Pengembangan Bahasa dan Sastera DBP dengan kerjasama Kavyan merancang Program Memartabatkan Bahasa Malaysia di SJKT.
Objektif
1. Menggalakkan
serta memartabatkan penggunaan Bahasa Malaysia dalam kalangan murid
SJKT di bandar dan luar bandar.
2. Menimbulkan
minat dan kecintaan murid SJKT terhadap Bahasa Malaysia.
3. Memupuk minat
membaca buku cerita Bahasa Malaysia dalam kalangan murid
SJKT.
4. Membuka ruang
murid SJKT meluahkan isi hati dan kreativiti menggunakan Bahasa Malaysia sebagai medium
komunikasi.
5. Memperkenalkan
aktiviti bahasa dan sastera DBP kepada murid SJKT.
6. Mencungkil bakat
membaca (mempersembahkan) cerpen dalam kalangan murid SJKT menerusi acara Baca Cerpen Kavyan.
Program Lalu
Program
ini sudah dilaksanakan oleh Kavyan-DBP di tiga buah sekolah iaitu SJKT Nilai, Negeri Sembilan (2 April
2014), SJKT Ladang Selangor River,
Kuala Selangor (5 April 2014) dan SJKT
Pulau Carey Timur (9 Ogos 2014) di mana murid-murid Tahun 4-6 menjadi
peserta.
Program Kali Ini
Berikutan
kejayaan program lalu, program sama dijalankan di SJKT Sungai Renggam, Seksyen
18, Shah Alam bersempena Bulan Bahasa Kebangsaan 2014. Program pada kali ini
menampilkan acara Baca Cerpen Siru Kambam
di mana sejumlah 20 murid Tahun Enam
(lepasan UPSR) dan 5 guru dilatih
mempersembahkan cerpen di pentas. Aktiviti ini mampu memberikan motivasi serta
semangat kepada murid-murid SJKT sebelum melangkah ke sekolah menengah
kebangsaan (SMK). Acara membaca (mempersembahkan) cerpen adalah kesinambungan Baca Cerpen Kavyan yang dikendalikan
oleh Kavyan di seluruh negara sejak 2003.
Latihan Baca
Cerpen
Pengisian
utama program Memartabatkan Bahasa Malaysia di SJKT Sungai Renggam adalah acara
Baca Cerpen Siru Kambam. Sekitar 150 murid Tahun Enam dan 10 guru dilatih oleh wakil Kavyan
secara intensif selama beberapa hari bagi membuat persembahan khas sempena
Bulan Bahasa Kebangsaan. Sesi latihan akan dijalankan seperti berikut oleh
wakil Kavyan di sekolah:
SJKT Sungai Renggam, Seksyen 18, Shah Alam
13 Oktober 2014 (Isnin), 10:00 pagi – 12:00
tengah hari
14 Oktober 2014 (Selasa), 9:00 – 10:30 pagi
15 Oktober 2014 (Rabu), 9:00 – 10:30 pagi
16 Oktober 2014 (Khamis), 9:00 – 10:30 pagi
Teks
Bacaan
Beberapa cerpen
dalam buku Kisah dari Siru Kambam (2013) dijadikan teks bacaan. Setiap
peserta mempersembahkan (bukan
sekadar “membaca”) petikan beberapa halaman – PANDUAN DI SINI. Teks dipilih dan
ditetapkan oleh Jawatankuasa Kavyan bagi memastikannya sesuai dengan peserta
kanak-kanak dan guru sekolah terbabit.
Penyelarasan
Acara diselaraskan
dan dikendalikan oleh wakil Kavyan secara terancang, sistematik dan profesional
berdasarkan pengalaman menyelaras dan mengendalikan Baca Cerpen Kavyan
(2003); serta siri baca cerpen/novel sebelum ini. Guru-guru, wakil PIBG dan
bekas murid SJKT Sungai Renggam juga membantu.
Rangka Pengisian
Program (17 Oktober 2014)
Ucapan
pengacara majlis
Ucapan
alu-aluan oleh Guru Besar SJKT Sungai Renggam
Ucapan
perasmian oleh wakil Jabatan Sastera DBP
Taklimat
wakil Dewan Pelajar (Bahagian Majalah
DBP)
Penyampaian
cenderamata
Acara
Baca Cerpen Siru Kambam
Sesi
fotografi berkumpulan
Bersurai
Promosi
Promosi dan
publisiti bagi acara ini dikendalikan sepenuhnya oleh Kavyan dan SJKT Sungai
Renggam dengan kerjasama/sokongan DBP. Media sosial seperti Facebook, Twitter dan blog serta e-mel dimanfaatkan bagi tujuan promosi dan
publisiti. Undangan media juga dilakukan supaya acara ini mendapat liputan
media konvensional dan media alternatif. Kerjasama Bahagian Majalah DBP
diharapkan untuk membantu dari segi promosi awal serta liputan acara untuk
siaran di majalah-majalah berkaitan terbitan DBP.
Penutup
Program
Memartabatkan Bahasa Malaysia ini menjadi pemangkin dan peneraju kepada usaha
menjalankan aktiviti serupa di SJKT lain di seluruh negara ke arah mencapai
objektif seperti dinyatakan di atas. Kedudukan DBP sebagai agensi bahasa dan
sastera serta Kavyan sebagai penggiat bahasa dan sastera pasti mampu membawa
hasil yang diharapkan. Murid-murid SJKT yang melangkah ke SMK pasti akan
memiliki motivasi, semangat serta kecintaan terhadap Bahasa Malaysia sebagai
bahasa kebangsaan, bahasa komunikasi dan bahasa perpaduan. Acara Baca Cerpen Siru Kambam pula dijadikan
pengisian khas sempena Bulan Bahasa Kebangsaan dengan menampilkan pembacaan
cerpen oleh 20 murid dan 5 guru.
[Disediakan oleh Jawatankuasa Kavyan pada 25 Julai 2014. Dikemas
kini pada 14 September 2014 dan 30 September 2014.]
No comments:
Post a Comment