13 Jan 2015

Bengkel Penulisan Makalah Budaya

Nama Program
Bengkel Penulisan Makalah Budaya

Penganjur

Pengenalan
Makalah merujuk kepada rencana, esei atau artikel yang ditulis dalam bentuk karangan mengenai sesuatu topik. Kavyan pernah beberapa kali menganjurkan bengkel khas bagi penulisan makalah budaya; misalnya dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) pada 19 Mei 2012 – MAKLUMAT DI SINI. Bengkel juga diadakan di Rumah Kavyan pada 27 April 2014. Hasilnya, beberapa makalah yang dihasilkan peserta bengkel berjaya diterbitkan dalam majalah Dewan Budaya terbitan DBP dan media dalam talian.

Rasional
Malaysia yang terdiri daripada penduduk pelbagai kaum, etnik dan agama kaya dengan pelbagai adat, seni dan budaya yang wajar dijadikan bahan penulisan makalah. Bengkel ini bertujuan membimbing peserta mengenai cara-cara mengumpulkan bahan, menyusun bahan dan menghasilkan makalah budaya yang bermutu. Makalah-makalah yang memenuhi syarat akan disalurkan ke majalah Dewan Budaya dan media lain yang sentiasa membuka ruang penyiaran makalah budaya.

Tarikh
15 Februari 2015 (Ahad)

Masa
9:00 pagi – 3:00 petang [Waktu Kavyan]

Tempat
Rumah Kavyan, Jalan Hikmat Dua 25/82B, Taman Sri Muda, Shah Alam [RUJUK PETA]

Pembimbing
Peserta akan dibimbing oleh Uthaya Sankar SB yang berpengalaman menulis sejak tahun 1992. Beliau adalah penulis sepenuh masa dan presiden Kavyan. [BIODATA PENUH]

Peserta
Bengkel ini terbuka kepada masyarakat pelbagai kaum yang berumur minimum 17 tahun. Penyertaan peserta berumur 15-16 tahun akan dipertimbangkan berdasarkan minat, kesungguhan dan kematangan fikiran. Peserta berumur 14 tahun dan ke bawah tidak diterima sama sekali.

Bahasa Pengantar
Bengkel dikendalikan dalam Bahasa Malaysia. Individu yang tidak tahu bercakap Bahasa Malaysia diberi amaran awal supaya tidak menyertai mana-mana aktiviti anjuran Kavyan.

Etika di Rumah Kavyan
Semua peserta wajib berpakaian sopan. Rumah Kavyan adalah tempat larangan merokok. Para peserta diingatkan supaya menumpukan sepenuh perhatian sepanjang bengkel berlangsung. Pengunjung dilarang meletakkan kenderaan di sepanjang Jalan Hikmat Dua 25/82B, Taman Sri Muda kerana akan mengganggu jiran-tetangga. Pengunjung dilarang naik ke tingkat atas rumah teres. Segala kemudahan tersedia di tingkat bawah. Tidak ada orang gaji di Rumah Kavyan. Maka, para pengunjung perlu mencuci sendiri pinggan-mangkuk serta menjaga kebersihan pada setiap masa. Sila patuhi segala syarat, peraturan, amaran dan arahan di Rumah Kavyan.

Telefon Bimbit dan Telefon Pintar
Peserta boleh membawa telefon bimbit, telefon pintar dan peralatan canggih lain. Bagaimanapun, peserta diberi amaran awal supaya memastikan segala peralatan itu tidak digunakan semasa bengkel sehingga mengganggu perjalanan bengkel. Jika peserta tidak dapat hidup tanpa telefon bimbit, SMS, Facebook, WhatsApp, Twitter dan sebagainya, sila jangan menyertai sebarang aktiviti Kavyan. [Maklumat lanjut – Kekasihku, Telefon Pintar]

Alat Tulis dan Buku Nota
Peserta wajib membawa buku nota dan alat tulis. Bahan-bahan berkenaan tidak disediakan. Individu yang berminat menjadi penulis pasti akan mengambil inisiatif membawa buku nota dan alat tulis apabila menyertai sebarang bengkel penulisan.

Bayaran Penyertaan
Setiap peserta dikenakan bayaran seperti berikut:
A - Bukan Ahli Berdaftar Kavyan: RM30.00 seorang
B - Ahli Berdaftar Kavyan tetapi belum membayar yuran tahunan bagi 2015: RM20.00 seorang
C - Ahli Berdaftar Kavyan dan sudah membayar yuran tahunan bagi 2015: RM10.00 seorang
Bayaran tidak dikembalikan jika peserta tidak hadir atau menarik diri. Maklumat keahlian Kavyan – RUJUK DI SINI.

Cara Pembayaran
Bayaran boleh dibuat menerusi salah satu cara berikut:
A - Deposit ke akaun Kavyan – CIMB – 8600 5655 47
B - Deposit ke akaun Uthaya – Maybank – 11221 40 42 611
C - Serahan tunai kepada Uthaya Sankar SB
Permohonan penyertaan tidak dilayan jika bayaran belum dibuat. Sila isi borang hanya selepas bayaran dibuat.

Borang Penyertaan
Setiap individu yang memenuhi syarat dan berminat menyertai bengkel ini wajib mengisi borang penyertaan dalam talian. Borang ini hanya boleh diisi selepas bayaran penyertaan sudah dibuat. Harap maklum bahawa borang yang dihantar sebelum membuat bayaran tidak akan dilayan sama sekali. Peserta akan dihubungi menerusi e-mel untuk pengesahan penyertaan. Pastikan alamat e-mel dan nombor telefon bimbit yang diberikan pada borang adalah betul, benar dan tepat. Borang yang tidak lengkap atau borang yang diisi sebelum membuat bayaran tidak dilayan. [BORANG DI SINI]

Tarikh Tutup
Penyertaan ditutup secara muktamad pada 8 Februari 2015 (Ahad), jam 9:00 pagi (Waktu Kavyan). Sebarang penyertaan lewat – atas apa-apa alasan sekalipun – tidak dilayan.

Atur Cara
Berikut rangka atur cara. Para peserta diingatkan supaya tidak datang lewat. Penganjur berhak untuk tidak menerima peserta yang tiba lewat (atas apa alasan sekalipun).

9:00 pagi
Ketibaan peserta. Harap maklum bahawa peserta TIDAK dibenarkan meletakkan kenderaan di sepanjang Jalan Hikmat Dua 25/82-B. [RUJUK PETA] Hanya peserta yang sudah mendaftar secara dalam talian sebelum 8 Februari 2015 dibenarkan menyertai bengkel ini. Individu yang tiba-tiba muncul dan mahu mendaftar pada tarikh bengkel tidak akan dilayan sama sekali.

9:30 pagi [Waktu Kavyan]
Pengenalan
“Makalah dan ciri-ciri makalah yang baik”

10:30 pagi
Dialog bersama pembimbing
“Apakah masalah yang anda hadapi untuk menulis makalah?”

Menilai contoh makalah di akhbar/majalah/media alternatif
Meneliti format makalah secara terperinci
Mengumpul bahan untuk penulisan makalah
Etika penulisan, hak cipta dan peniruan

12:30 tengah hari
Makan tengah hari. Masakan yang sederhana sahaja disediakan. Peserta bertanggungjawab memaklumkan lebih awal kepada penganjur jika ada sebarang permintaan khusus (misalnya, vegetarian). Apa-apa permintaan pada hari bengkel tidak akan dilayan. Peserta boleh membawa bekalan makanan sendiri jika ada sebarang pantang-larang.

1:00 petang
Latihan dan bimbingan menulis makalah budaya - WAJIB

3:00 petang [Waktu Kavyan]
Sesi fotografi
Bersurai

Maklumat Lanjut
Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi infokavyan@yahoo.com.my atau mesej peribadi (Facebook) sebelum 8 Februari 2015. Sebarang pertanyaan menerusi SMS tidak dilayan.

Penutup
Harapan Kavyan adalah agar bengkel ini mampu melahirkan lebih ramai penulis pelbagai kaum dan etnik yang bakal menghasilkan makalah bermutu untuk disalurkan ke majalah Dewan Budaya (DBP) dan media lain yang sesuai.