10 May 2013

Baca Cerpen Kavyan 2013

Nama Aktiviti
Baca Cerpen Kavyan 2013
 
Tema
”Anda Baca Cerpen, Kami Sumbangkan Buku”
 
Penganjur
Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan)
 
Sempena
 
Tarikh
26 Mei 2013 (Ahad)
 
Masa
5:00 petang – 7:00 malam [Waktu Kavyan]
 
Tempat
Pentas Utama, Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC)
 
Umur Peserta
Minimum 13 tahun. Bagi kanak-kanak berumur 6-12 tahun, sila rujuk acara Bakat Bahasa Kanak-kanak Selangor sempena Pesta Buku Selangor. Acara Suara Anak Muda Selangor pula bagi peserta berumur 20 tahun dan ke atas. Manakala sesi Dialog Penulis sesuai bagi khalayak berumur 15 tahun dan ke atas.
 
Latar Belakang
Program Baca Cerpen Kavyan anjuran bersama Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri Selangor dan Kavyan pada 29 Ogos - 2 September 2003 berjaya mencatat rekod dalam The Malaysia Book of Records berikutan pembacaan 384 cerpen secara berterusan oleh 166 peserta selama 96 jam 32 minit. Baca Cerpen Kavyan menjadi asas bagi memulakan tradisi membaca cerpen dan novel di khalayak anjuran Kavyan dengan kerjasama pelbagai pihak. Kavyan sering bekerjasama dengan pelbagai pihak dalam menganjurkan acara membaca cerpen di pentas. Acara Baca Cerpen Kavyan 2012 dianjurkan di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) pada 3 November 2012 sempena Bulan Bahasa Kebangsaan. Masyarakat juga semakin berminat untuk mendengar serta mengambil bahagian dalam acara seumpama ini. Maka tradisi ini wajar diteruskan dan diperhebatkan; khususnya dengan mengangkat karya Bahasa Malaysia yang dihasilkan oleh Sasterawan Kavyan sendiri.
 
Objektif
1 Membuka peluang kepada peminat sastera membaca naskhah cerpen karya Sasterawan Kavyan (penulis kaum India).
2 Memupuk minat membaca dan menghayati karya cerpen dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum; membudayakan baca cerpen.
3 Meneruskan tradisi baca cerpen yang dimulakan melalui program Baca Cerpen Kavyan; memasyarakatkan sastera.
4 Memartabatkan Bahasa Malaysia serta memupuk semangat cinta akan Bahasa Malaysia dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum.
5 Pengisian program sempena Pesta Buku Selangor.
 
Jumlah Cerpen
Maksimum sebanyak 20 cerpen Bahasa Malaysia karya Sasterawan Kavyan (penulis kaum India) dijadikan teks bacaan. Setiap peserta hanya mempersembahkan (ulang: mempersembahkan) petikan beberapa halaman. Teks cerpen perlu dipilih dan judul dimaklumkan lebih awal kepada penganjur menerusi BORANG PENDAFTARAN DALAM TALIAN. Peserta juga perlu berlatih dan membuat persediaan sebelum membuat persembahan. [PANDUAN PERSEMBAHAN CERPEN DI PENTAS]
 
Penyelarasan
Program pembacaan cerpen diselaraskan dan dikendalikan oleh wakil Kavyan secara terancang, sistematik dan profesional berdasarkan pengalaman menyelaras dan mengendalikan Baca Cerpen Kavyan (29 Ogos – 2 September 2003); serta siri baca cerpen/novel sebelum ini.
 
Jumlah Peserta/Pembaca (*)
Maksimum dua puluh (20) individu pelbagai kaum yang menawarkan diri secara sukarela. Penyertaan terbuka kepada individu berumur minimum 13 tahun yang berminat dan mampu membaca naskhah cerpen Bahasa Malaysia karya Sasterawan Kavyan dengan gaya persembahan yang  mantap dan sesuai untuk persembahan di khalayak. Ingat: Bukan sekadar membaca petikan cerpen secara biasa dan membosankan, tetapi membuat persembahan yang mampu memukau penonton/pendengar. Persembahan secara berkumpulan juga dibenarkan. Penggunaan alat muzik dan sebagainya juga digelakkan. [PANDUAN PERSEMBAHAN CERPEN DI PENTAS] [ACARA UNTUK KANAK-KANAK 6-12 TAHUN]
 
Teks Cerpen
Teks cerpen TIDAK disediakan oleh penganjur. Setiap peserta wajib mendapatkan sendiri teks yang mahu dibaca. Peserta TIDAK dibenarkan memegang salinan fotokopi teks cerpen semasa membaca cerpen di pentas. Cerpen mestilah karya Bahasa Malaysia yang dihasilkan oleh Sasterawan Kavyan – rujuk SENARAI CERPENIS KAUM INDIA. Peserta TIDAK perlu menghafal teks; sebaliknya membaca sambil memegang buku.
 
Anda Baca Cerpen, Kami Sumbangkan Buku
Tema Pesta Buku Selangor 2013 adalah ”Baca, Amalkan & Sumbangkan” di mana orang ramai digalakkan menyumbangkan buku kepada PPAS. Dalam acara Baca Cerpen Kavyan, bagi setiap peserta yang mengambil bahagian, maka Kavyan akan menyumbangkan dua buah buku kepada PPAS. Jika mencapai maksimum 20 peserta, maka 40 buku akan disumbangkan kepada PPAS.
 
Pendaftaran dan Pemilihan Peserta (*)
Bagi tujuan Baca Cerpen Kavyan, orang ramai yang berminat perlu mendaftar lebih awal kerana jumlah peserta adalah terhad kepada maksimum 20 orang. Pendaftaran peserta diuruskan hanya oleh pihak Kavyan. Sila isi BORANG PENDAFTARAN DALAM TALIAN selewat-lewatnya pada 24 Mei 2013. Pendaftaran dilakukan melalui kaedah ”yang dahulu didahulukan”.
 
Cenderamata Peserta (*)
Kesemua 20 peserta akan menerima sijil penyertaan dan cenderamata berupa bahan bacaan sumbangan Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) dan Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan). Cenderamata ini secara tidak langsung membantu menggalakkan minat membaca dalam kalangan masyarakat; serta mempromosi kempen galakan membaca.
 
(*) Syarat Peserta/Pembaca
”Peserta” dan ”pembaca” merujuk kepada individu berumur minimum 13 tahun yang mendaftar awal dengan mengisi BORANG PENDAFTARAN DALAM TALIAN; mendaftar di Pentas Utama SACC Shah Alam sebelum pukul 4:30 petang pada tarikh acara; membaca teks cerpen (mempersembahkan teks) di pentas mengikut giliran yang ditetapkan; menyertai acara sepenuhnya dari mula hingga akhir; dan tidak meninggalkan acara lebih awal.
 
Penonton
Orang ramai – khususnya peminat sastera, wakil media, siswa-siswi, pelajar, guru, penulis, penganggur dan ahli Kavyan – dipelawa menghadiri acara Baca Cerpen Kavyan sebagai penonton.
 
Wakil Media
Wartawan dan wakil media (termasuk blogger dan pengamal media alternatif) yang berminat membuat liputan acara ini amat dialu-alukan.
 
Rangka Atur Cara
 
4:30 petang
·         Meja pendaftaran peserta dibuka berdekatan pentas utama
·         Peserta perlu mengesahkan kehadiran
 
5:00 petang [Waktu Kavyan]
·         Baca Cerpen Kavyan bermula
·         Giliran membaca adalah mengikut undian
 
7:00 malam [Anggaran]
·         Penyampaian cenderamata kepada peserta
·         Sesi fotografi berkumpulan
·         Nota: Makan-minum TIDAK disediakan tetapi hadirin boleh membeli makanan/minuman di SACC.
 


Pertanyaan:

Sila kirim e-mel ke alamat infokavyan@yahoo.com.my jika ada sebarang pertanyaan. Dapatkan juga maklumat terkini dari semasa ke semasa di Blog Kavyan dan Acara Facebook. Sebarang pertanyaan menerusi SMS tidak dilayan.
Penutup
Acara Baca Cerpen Kavyan dipercayai mampu dilaksanakan secara sederhana tetapi melibatkan penyertaan khalayak pelbagai kaum berkat kerjasama padu daripada PPAS, Kavyan dan para sukarelawan. Acara ini juga sebagai usaha ”memasyarakatkan” Pesta Buku Selangor dengan membawa orang ramai ke SACC.
 
Disediakan oleh Jawatankuasa Kavyan pada 10 Mei 2013