Aktiviti: Bakat Bahasa Kanak-kanak Selangor
Sempena: Pesta Buku Selangor 2013
Anjuran: Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan)
Tarikh: 24 Mei 2013 (Jumaat – Cuti Hari Wesak)
Masa: 5.00 petang – 7:00 malam (Waktu Kavyan)
Tempat: Pentas Utama, Pusat Konvensyen Shah
Alam (SACC)
Peserta:
Kanak-kanak
pelbagai kaum berumur 6-12 tahun sahaja. Individu berumur 13 tahun dan ke atas boleh menyertai Baca Cerpen Kavyan sempena Pesta Buku Selangor. Acara Suara Anak Muda Selangor pula sesuai bagi golongan berumur 20 tahun dan ke atas. Sesi Dialog Penulis pula sesuai dihadiri khalayak berumur 15 tahun dan ke atas.
Jenis
persembahan (pilih satu sahaja):
1) Deklamasi
sajak/puisi
2) Syarahan/pidato
3) Persembahan
cerita (bercerita)
Bahasa (pilih satu sahaja):
3) Bahasa Tamil
4) Bahasa Mandarin
Tempoh
persembahan:
Sekitar 5 minit
sahaja
Tema:
Bebas tetapi
peserta TIDAK dibenarkan membuat
persembahan bertema keagamaan
Alat
bantu:
Peserta boleh
menggunakan alat bantuan semasa persembahan tetapi TIDAK dibenarkan menggunakan peralatan (prop) besar yang mengambil
masa untuk disusun di atas pentas. Hanya prop tangan (peralatan kecil)
dibenarkan.
Pakaian:
Mengikut
kesesuaian persembahan
Cenderamata:
Setiap peserta
akan menerima sijil penyertaan dan cenderamata sumbangan Perbadanan
Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) dan Kavyan. Sijil dan cenderamata ini hanya
bagi peserta yang sudah mendaftar lebih awal. Harap maklum bahawa acara ini
bukan pertandingan.
Pendaftaran:
Peserta WAJIB mendaftar selewat-lewatnya pada
22 Mei 2013 dengan mengisi BORANG PENDAFTARAN DALAM TALIAN. Pengesahan
akan dilakukan bagi setiap borang yang selamat diterima.
Rangka
atur cara:
4:30 petang – Ketibaan peserta dan pengiring. Sila temui penganjur
di meja pendaftaran berdekatan
pentas utama
5:00 petang – Acara bermula. Urutan persembahan mengikut undian
6:30 petang (jangkaan)
– Penyampaian sijil dan cenderamata; diikuti sesi fotografi berkumpulan
Pertanyaan:
Sila kirim e-mel
ke alamat infokavyan@yahoo.com.my
jika ada sebarang pertanyaan. Dapatkan juga maklumat terkini dari semasa ke
semasa di Blog Kavyan
dan Acara Facebook. Sebarang pertanyaan menerusi SMS tidak dilayan.
Disediakan
oleh Jawatankuasa Kavyan pada 9 Mei 2013