15 May 2013

Dialog Penulis di Pesta Buku

Aktiviti: Dialog Penulis di Pesta Buku
Tarikh: 31 Mei 2013 (Jumaat)
Masa: 5.00 petang – 7:00 malam (Waktu Kavyan)
Tempat: Pentas Utama, Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC)
 
Penulis (Panel):
 
Pemudah Cara:
 
Atur Cara:
4:30 petang
Meja pendaftaran dan jualan buku dibuka
Hadirin boleh mengemukakan soalan bertulis di kaunter
Ketibaan penulis (panel)
5:00 petang
Dialog Penulis bermula
Pemudah cara akan mengemukakan beberapa soalan untuk memulakan sesi dialog dalam suasana santai
5:30 petang
Penulis (panel) akan memilih soalan-soalan bertulis yang dikemukakan oleh hadirin dan memberikan jawapan/reaksi
Soalan-soalan tambahan oleh pemudah cara
6:30 petang
Penyampaian cenderamata kepada hadirin yang soalannya dipilih oleh penulis (panel) untuk dijawab
Penyampaian cenderamata kepada penulis (panel)
Sesi fotografi, membeli buku penulis (panel) dan mendapatkan tandatangan penulis (panel)
 
Bahasa:
Sesi akan dikendalikan dalam Bahasa Malaysia. Soalan-soalan bertulis juga wajib dikemukakan dalam Bahasa Malaysia.
 
Isu-isu Sensitif:
Penulis (panel), hadirin dan penyoal diingatkan supaya tidak menyentuh isu-isu sensitif berkaitan kaum dan agama.
 
Cenderamata Hadirin:
Sejumlah 20 peserta (umur minimum: 15 tahun) yang paling awal mengisi BORANG PENDAFTARAN DALAM TALIAN sebelum 29 Mei 2013 dan menghadiri Dialog Penulis pada 31 Mei 2013 akan menerima sijil kehadiran dan cenderamata sumbangan Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS). Individu yang bercadang mengemukakan soalan bertulis pada 31 Mei 2013 juga digalakkan mendaftar sebagai “peserta/hadirin”.
 
Cenderamata Penyoal:
Hadirin yang mengemukakan soalan bertulis (ulang: soalan bertulis sahaja) dan soalannya itu dipilih oleh penulis (panel) untuk dijawab akan menerima cenderamata (buku) sumbangan Kavyan pada akhir majlis.
 
Pertanyaan:
Sila kirim e-mel ke alamat infokavyan@yahoo.com.my [jangan lupa .my] jika ada sebarang pertanyaan. Dapatkan juga maklumat terkini dari semasa ke semasa di Blog Kavyan dan Acara Facebook. Sebarang pertanyaan menerusi SMS tidak dilayan.
 
Disediakan oleh Jawatankuasa Kavyan pada 14 Mei 2013. Anda juga mungkin meminati: Bakat Bahasa Kanak-kanak Selangor, Suara Anak Muda Selangor dan Baca Cerpen Kavyan 2013.

No comments: