Aktiviti:
Suara Anak Muda Selangor
Sempena:
Pesta Buku
Selangor 2013
Anjuran:
Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan)
Dengan
kerjasama: Buku Jalanan Shah Alam dan Teach for the Needs (TFTN)
Tarikh:
1 Jun 2013 (Sabtu)
Masa:
5.00 petang – 7:00 malam (Waktu Kavyan)
Tempat:
Pentas Utama, Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC)
Anda juga mungkin meminati: Bakat Bahasa Kanak-kanak Selangor, Dialog Penulis di Pesta Buku dan Baca Cerpen Kavyan 2013
Peserta:
Anak-anak muda pelbagai kaum berumur minimum 20 tahun.
Jenis
persembahan (pilih satu sahaja):
1) Deklamasi
sajak/puisi
2) Lagu gubahan
sendiri
3) Mempromosi
karya (buku) sendiri
4) Promosi
aktiviti bagi golongan anak muda Selangor
5) Membaca petikan
buku cerita (cerpen/novel) kegemaran
6) Mempromosi
syarikat penerbitan sendiri
Bahasa (pilih satu sahaja):
3) Bahasa Tamil
4) Bahasa Mandarin
Tempoh
persembahan:
Maksimum 5 minit
sahaja bagi setiap peserta. Pengacara majlis akan “merampas mikrofon” tanpa
belas kasihan sebaik cukup lima minit. Sebarang rayuan bagi masa tambahan TIDAK dilayan.
Tema:
Bebas tetapi
peserta TIDAK dibenarkan membuat
persembahan yang menyentuh sensitiviti mana-mana kaum, agama, etnik, politik
dan seumpamanya. Jika wujud sebarang unsur seperti itu, pengacara majlis akan
menghentikan persembahan secara serta-merta. Sebarang penjelasan dan alasan TIDAK dilayan.
Alat
bantu:
Peserta boleh
menggunakan alat bantuan semasa persembahan tetapi TIDAK dibenarkan menggunakan peralatan (prop) besar yang mengambil
masa untuk disusun di atas pentas. Hanya prop tangan (peralatan kecil)
dibenarkan. Jika menggunakan muzik latar dalam bentuk cakera padat (CD),
pastikan datang awal (4:30 petang) untuk diserahkan kepada petugas terbabit.
Pakaian:
Mengikut
kesesuaian persembahan dan sesuai dengan norma masyarakat bertamadun.
Cenderamata:
Setiap peserta
akan menerima sijil penyertaan dan cenderamata sumbangan Perbadanan
Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) dan Kavyan. Sijil dan cenderamata ini hanya
bagi peserta yang sudah mendaftar lebih awal. Harap maklum bahawa acara ini
bukan pertandingan. Peserta yang pulang awal TIDAK layak menerima sijil penyertaan.
Pendaftaran:
Peserta WAJIB mendaftar selewat-lewatnya pada
30 Mei 2013 dengan mengisi BORANG PENDAFTARAN DALAM TALIAN.
Pengesahan akan dilakukan bagi setiap borang yang selamat diterima.
Rangka
atur cara:
4:30 petang – Ketibaan peserta dan pengiring. Sila temui penganjur
di meja pendaftaran berdekatan
pentas utama. Jika ada CD dan seumpamanya, sila uruskan dengan petugas terbabit
selepas pendaftaran.
5:00 petang – Acara bermula. Urutan persembahan mengikut undian.
Peserta TIDAK boleh memilih sendiri
urutan/giliran.
6:45 petang (jangkaan)
– Penyampaian sijil dan cenderamata; diikuti sesi fotografi berkumpulan.
Pertanyaan:
Sila kirim e-mel
ke alamat infokavyan@yahoo.com.my
jika ada sebarang pertanyaan. Dapatkan juga maklumat terkini dari semasa ke
semasa di Blog Kavyan
dan Acara Facebook. Sebarang pertanyaan
menerusi SMS tidak dilayan.
Disediakan
oleh Jawatankuasa Kavyan pada 12 Mei 2013. Anda
juga mungkin meminati: Bakat Bahasa Kanak-kanak Selangor dan Baca Cerpen Kavyan 2013.
No comments:
Post a Comment