11 Aug 2014

Baca Novel Hanuman

Nama Aktiviti
Baca Novel Hanuman
 
Sempena
 
Penganjur Bersama
Jabatan Pengembangan Bahasa dan Sastera
Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)
Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan)
 
Tarikh
20 September 2014 (Sabtu)
 
Masa
Bermula 9:00 pagi
 
Tempat
Rumah Kavyan, Taman Sri Muda, Shah Alam [PETA]
 
Borang Pendaftaran
 
Latar Belakang
Novel Hanuman: Potret Diri (DBP: 1996) diterbitkan semula dalam bentuk edisi baharu dengan judul Hanuman: Suara Hati (2013). Novel parodi retorik ini mengangkat kisah daripada epik Ramayana. Program Baca Cerpen Kavyan (29 Ogos – 2 September 2003) berjaya mencatatkan rekod dalam The Malaysia Book of Records serta menjadi asas kepada tradisi mempersembahkan bacaan cerpen dan novel di khalayak anjuran Kavyan dengan kerjasama pelbagai pihak. Acara membaca novel Hanuman: Suara Hati belum pernah diadakan.  Sempena Bulan Bahasa Kebangsaan 2014, Kavyan dan DBP menganjurkan acara khas bacaan teks novel ini yang dinamakan Baca Novel Hanuman.
 
Objektif
1 - Memartabatkan Bahasa Malaysia serta memupuk semangat cinta akan bahasa kebangsaan dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum.
2 - Memupuk minat membaca dan menghayati karya sastera dalam kalangan generasi muda pelbagai kaum.
3 - Meneruskan tradisi mempersembahkan bacaan cerpen/novel yang dimulakan melalui program Baca Cerpen Kavyan pada 2003.
4 - Membuka peluang kepada peminat sastera mempersembahkan bacaan naskhah daripada novel Hanuman: Suara Hati dengan penuh gaya.
5 - Mengimbas kisah dan watak-watak dalam novel Hanuman: Suara Hati yang mengangkat kisah daripada epik Ramayana.
 
Teks Bacaan
Novel parodi retorik Hanuman: Suara Hati dijadikan teks bacaan. Setiap peserta perlu mempersembahkan (bukan sekadar membaca”) petikan beberapa halaman. [RUJUK KRITERIA DI SINI] Teks akan dipilih dan ditetapkan oleh Jawatankuasa Kavyan selepas peserta mendaftar nama. Peserta tidak semestinya sudah memiliki buku ini kerana teks akan diberikan. Bagaimanapun, keutamaan bagi mereka yang sudah memilikinya – SENARAI PEMILIK.
 
Penyelarasan
Program ini akan diselaraskan dan dikendalikan oleh wakil Kavyan secara terancang, sistematik dan profesional berdasarkan pengalaman menyelaras dan mengendalikan Baca Cerpen Kavyan (2003); serta siri baca cerpen/novel sebelum ini.
 
Jumlah Peserta/Pembaca
Maksimum dua puluh lima (25) individu pelbagai kaum, berumur minimum 12 tahun, yang menawarkan diri secara sukarela dengan mengisi BORANG PENYERTAAN. Penyertaan terbuka kepada sesiapa yang berminat dan mampu mempersembahkan naskhah novel Hanuman: Suara Hati dengan gaya persembahan yang mantap dan sesuai untuk persembahan di pentas. [RUJUK KRITERIA DI SINI] Kavyan berhak menolak penyertaan mana-mana individu yang didapati belum memenuhi kriteria yang ditetapkan. Setiap peserta wajib membawa bersama-sama mereka seorang rakan atau ahli keluarga berumur minimum 12 tahun sebagai penonton. Penonton dan peserta yang sudah mengisi borang tetapi tiba lewat TIDAK layak menerima sebarang cenderamata. (Hubungi pihak Kavyan jika menghadapi masalah mencari penonton.)
 
Pendaftaran dan Pemilihan Peserta
Bagi tujuan Baca Novel Hanuman, orang ramai yang berminat perlu mendaftar lebih awal [BORANG DI SINI] kerana jumlah peserta adalah terhad kepada 25 orang. Pendaftaran peserta diuruskan oleh Jawatankuasa Kavyan. Pendaftaran dilakukan melalui kaedah yang dahulu didahulukan”. Kavyan berhak menolak penyertaan mana-mana individu yang didapati belum memenuhi kriteria yang ditetapkan. Peserta tidak semestinya sudah memiliki buku ini kerana teks akan diberikan. Bagaimanapun, keutamaan bagi mereka yang sudah memilikinya – SENARAI PEMILIK.
 
Cenderamata Peserta
Kesemua 25 peserta akan menerima cenderamata berupa kumpulan cerpen atau novel. Cenderamata ini secara tidak langsung mampu membantu menggalakkan minat membaca dalam kalangan masyarakat; serta mempromosi kempen galakan membaca. Peserta serta wakil media yang sudah mengisi borang tetapi tiba lewat TIDAK layak menerima sebarang cenderamata.
 
Cenderamata Penonton
Setiap peserta wajib membawa bersama-sama mereka seorang rakan atau ahli keluarga berumur minimum 12 tahun sebagai penonton. Kesemua 25 penonton ini akan menerima cenderamata buku; dengan syarat mereka sudah mendaftar sebagai “penonton” – BORANG DI SINI. Penonton yang sudah mengisi borang tetapi tiba lewat TIDAK layak menerima sebarang cenderamata.
 
Etika di Rumah Kavyan
Semua peserta dan penonton wajib berpakaian sopan. Rumah Kavyan adalah tempat larangan merokok. Para peserta dan penonton diingatkan supaya menumpukan sepenuh perhatian sebaik acara bermula. Pengunjung dilarang meletakkan kenderaan di sepanjang Jalan Hikmat Dua 25/82B, Taman Sri Muda kerana akan mengganggu jiran-tetangga. Pengunjung dilarang naik ke tingkat atas rumah teres. Segala kemudahan tersedia di tingkat bawah. Tidak ada orang gaji di Rumah Kavyan. Maka, para pengunjung perlu mencuci sendiri pinggan-mangkuk serta menjaga kebersihan pada setiap masa. Sila patuhi segala syarat, peraturan, amaran dan arahan di Rumah Kavyan.
 
Promosi
Promosi dan publisiti bagi acara Baca Novel Hanuman dikendalikan oleh Kavyan dengan kerjasama dan sokongan DBP. Media sosial seperti Facebook, Twitter dan blog serta e-mel dimanfaatkan bagi tujuan promosi dan publisiti. Undangan media juga dilakukan supaya acara ini mendapat liputan media konvensional dan media alternatif. Kerjasama Bahagian Majalah DBP diharapkan untuk membantu dari segi promosi awal serta liputan acara untuk siaran di majalah-majalah berkaitan terbitan DBP.
 
Rangka Atur Cara
 
9:00 pagi
Meja pengesahan pendaftaran peserta dan penonton dibuka di Rumah Kavyan, Jalan Hikmat Dua 25/82B, Taman Sri Muda, Shah Alam.
Ketibaan tetamu, wartawan, peserta dan penonton. Wartawan juga perlu mendaftar sebagai penonton”.
Sarapan (layan diri).
 
10:00 pagi [Waktu Kavyan]
Pendaftaran peserta dan penonton ditutup secara muktamad. Penonton, peserta dan wakil media yang sudah mengisi borang tetapi tiba lewat TIDAK layak menerima sebarang cenderamata. Sila patuhi Waktu Kavyan.
Ucapan Ketua Pengarah DBP.
Ucapan wakil Kavyan.
Baca Novel Hanuman bermula.
 
12:30 tengah hari [Anggaran sahaja]
Penyampaian cenderamata peserta.
Sesi fotografi berkumpulan.
 
Penutup
Acara Baca Novel Hanuman mampu dilaksanakan dengan kos yang minimum tetapi melibatkan penyertaan khalayak pelbagai kaum berkat kerjasama padu DBP dan Kavyan. Acara ini juga sebagai usaha memasyarakatkan” DBP serta memupuk minat membaca dan mencintai bahasa kebangsaan dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum.
 
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut dan sebarang pertanyaan, sila hubungi e-mel infokavyan@yahoo.com.my atau kirim mesej peribadi menerusi Facebook atau hubungi talian 016-3288142 (Uthaya Sankar SB). SMS tidak dibalas.


Aktiviti berkaitan: Baca Cerpen Siru Kambam
 
Disediakan oleh Jawatankuasa Kavyan pada 22 Julai 2014 dan diluluskan oleh DBP pada 11 Ogos 2014.