1.0 Pengenalan
1.1 Antologi yang diselenggara oleh Uthaya Sankar SB
sebelum ini berjudul Vanakam
(2002), Busana Bahasa
(2019), Landasan Hidup
(2020), Peluru Aksara
(2020), dan Lakaran Diri
(2022).
1.2 Dalam usaha memperkaya khazanah Sastera Kebangsaan
dengan karya-karya bermutu yang dihasilkan penulis Malaysia, sebuah antologi cerpen
Bahasa Malaysia
sedang diusahakan.
1.3 Antologi ini disasarkan untuk terbit pada Jun 2023.
1.4 Peluang dibuka kepada maksimum 15 individu (rakyat Malaysia) yang berminat menghasilkan
cereka (cerita rekaan) atau cerpen (cerita pendek) Bahasa Malaysia.
1.5 Cerpen terjemahan dibenarkan hanya jika penterjemahan dilakukan oleh penulis itu sendiri.
“Sesungguhnya, Sastera
Kebangsaan akan kekal sebagai sebuah tasik yang kontang dan ekosistem yang
pincang sekiranya para penulis Bukan Melayu dan Bukan Islam tidak terlibat sama
dalam usaha mengisi kekosongan dan kepincangan itu menerusi karya yang menggambarkan
kepelbagaian budaya, adat, agama, dan pemikiran masyarakat di Malaysia.” –
Uthaya Sankar SB (Lakaran Diri)
2.0 Pemilihan Peserta (Penulis)
2.1 Peluang dibuka kepada sekitar 15 individu yang merupakan warganegara Malaysia
tanpa mengira tempat tinggal sekarang.
2.2 Individu yang belum pernah
menghasilkan karya juga digalakkan mengambil bahagian. Kalau bukan sekarang,
bila lagi?
2.3 Peserta perlu bersedia menerima bimbingan dan kritikan daripada
penyelenggara dan rakan-rakan peserta dalam usaha memastikan mutu karya.
2.4 Individu yang mahu menarik diri perlu berbuat demikian sebelum 31 Disember 2022. Jika menarik diri
selepas itu, individu terbabit tidak dibenarkan menyertai projek antologi pada
masa depan.
2.5 Peserta digalakkan menggunakan nama sebenar. Nama pena hanya
dibenarkan jika sudah biasa digunakan sebelum ini.
2.6 Individu yang masih berminat mengirim cerpen kepada Dewan Bahasa
dan Pustaka (DBP) yang menafikan hak umat
Bukan Islam menggunakan “Tuhan” tidak perlu menyertai projek
antologi ini, kerana sudah ada banyak peluang terbuka di DBP.
2.7 Individu yang merupakan pembimbing bengkel penulisan kreatif atau
penyelenggara/editor antologi lain tidak digalakkan menyertai projek antologi ini,
kecuali mampu menghasilkan cerpen berkualiti tinggi tanpa kesalahan bahasa;
selaras kedudukan sebagai seorang pembimbing bengkel atau penyelenggara/editor.
2.8 Individu yang berminat diminta mengisi borang [di sini] sebelum 31 Ogos 2022 bagi memudahkan pemilihan peserta. (Perlu isi sekali sahaja.)
[Sesi Diskusi Projek Antologi Cerpen 2023]
3.0 Kriteria Cerpen
3.1 Cerpen mestilah karya asli (tanpa sebarang unsur yang menjadikannya
tidak asli). Peserta perlu menjamin keaslian karya.
3.2 Karya mestilah berdasarkan manuskrip cerpen yang dibincangkan
dan dibedah pada sesi penulisan dan sesi bedah karya anjuran Kumpulan
Sasterawan Kavyan (Kavyan).
3.3 Karya yang sudah tersiar (akhbar, majalah, buku, portal, Facebook, blog, dan seumpamanya) tidak
boleh dikemukakan bagi antologi ini.
3.4 Karya perlu menyumbang kepada usaha memperkaya khazanah Sastera Kebangsaan,
sebagaimana turut diimpikan Ismail Hussein.
3.5 Peserta diminta menumpukan kepada aspek budaya, permasalahan, identiti,
kisah, dan tema berkaitan kaum, keturunan, etnik, subetnik, agama, anutan, dan
kepercayaan sendiri.
3.6 Cerpen oleh peserta Bukan Melayu yang mengangkat watak/budaya kaum
Melayu sebagai watak/tema utama akan ditolak.
3.7 Peserta Melayu boleh mengangkat watak/budaya Melayu sebagai
watak/tema utama dalam cerpen, asalkan tidak berciri dakwah agama.
3.8 Cerpen yang menyelitkan unsur budaya Bukan Melayu dan Bukan Islam ada
lebih banyak peluang untuk terpilih kerana karya itu nanti boleh dikaji dari aspek
Sastera Kebangsaan.
3.9 Memasukkan unsur budaya dalam karya bukan bermakna menempel elemen
budaya semua kaum/keturunan/etnik di Malaysia. Sebaliknya, peserta digalakkan
memasukkan secara penuh kreatif unsur budaya yang ada dalam kaum/keturunan/etnik
sendiri.
3.10 Karya boleh juga berdasarkan pengalaman sendiri atau kisah benar tetapi
disampaikan secara kreatif dalam bentuk cerpen atau cereka. Cerita rakyat yang
unik dan kurang diketahui umum boleh diceritakan semula (retelling).
3.11 Cerpen bertema Covid-19
dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tidak akan dipertimbangkan. Bagaimanapun, peserta
boleh menulis kisah yang menggunakan latar masa sewaktu pandemik itu.
3.12 Fragmen novel, esei, puisi, atau sebarang bentuk karya selain
cerpen/cereka tidak akan dipertimbangkan. Fragmen novel yang memenuhi kriteria/ciri
sebuah cerpen boleh dipertimbangkan sebagai “cerpen” (bukan “fragmen novel”).
3.13 Setiap cerpen akan dibincangkan dalam sesi bimbingan dan sesi bedah
karya anjuran Kavyan. Perbincangan dibuat sebelum cerpen ditulis, semasa cerpen
sedang ditulis, dan selepas manuskrip siap.
3.14 Jika manuskrip mempunyai terlalu banyak kesalahan (yang sepatutnya
tidak berlaku), maka manuskrip akan dikirim semula kepada peserta tanpa semakan
dan diberi peluang terakhir untuk membaiki kesalahan bahasa.
3.15 Para peserta juga boleh menjadi pembaca beta (beta reader) bagi perserta lain.
(Diuruskan sesama sendiri tanpa melibatkan pembimbing.)
3.16 Peserta perlu mengirim manuskrip lengkap (manuskrip bersih) tanpa
kesalahan bahasa untuk penilaian penyelenggara antologi.
3.17 Peserta perlu mengemukakan minimum
1 dan maksimum 2 cerpen (manuskrip
bersih) untuk dinilai bagi antologi.
3.18 Hanya cerpen yang mencapai tahap minimum akan dipilih untuk
dimasukkan dalam antologi.
4.0 Panjang Karya (Cerpen, Cereka)
4.1 Panjang 1 cerpen: 1,200 – 1,800 perkataan.
4.2 Jumlah perkataan ini adalah bagi manuskrip bersih.
4.3 Manuskrip perlu ditaip menggunakan Microsoft Word mengikut format standard.
5.0 Sesi Bimbingan dan Bedah Karya
5.1 Sesi akan diadakan minimum lima (5) kali menerusi pelantar Google Meet; pada hari Sabtu terakhir.
5.2 Tarikh khusus dimaklumkan lebih awal kepada peserta.
5.3 Sesi 1 (26 November 2022):
Memberi panduan kepada peserta tentang jenis cerpen yang sesuai bagi projek
antologi ini. Peserta perlu sediakan kertas dan pen untuk mencatat nota.
5.4 Sesi
1 (26 November 2022): Peserta perlu mengemukakan idea cerpen (Cerpen 1,
Cerpen 2). Manuskrip belum ditulis. Idea yang sudah diluluskan tidak boleh ditukar.
5.5 Sesi
1 (26 November 2022) wajib dan penting. Jika gagal sertai, maka tidak layak
menyertai projek antologi ini.
5.6 Sesi
2 (31 Disember 2022): Membedah draf Cerpen 1 oleh peserta. Jangan tulis keseluruhan cerpen. Hanya kirim
separuh cerpen. Selepas perbincangan dan bedah cerpen, barulah peserta siapkan
cerpen penuh.
5.7 Sesi
3 (28 Januari 2023): Perbincangan dan pembedahan manuskrip penuh Cerpen 1. Manuskrip dengan kesalahan
bahasa yang ketara akan ditolak.
5.8 Sesi
4 (25 Februari 2023): Membedah draf Cerpen 2 oleh peserta. Jangan tulis keseluruhan cerpen. Hanya kirim
separuh cerpen. Selepas perbincangan dan bedah cerpen, barulah peserta siapkan
cerpen penuh.
5.9 Sesi
5 (25 Mac 2023): Perbincangan dan pembedahan manuskrip penuh Cerpen 2. Manuskrip dengan kesalahan
bahasa yang ketara akan ditolak.
5.10 Kesemua cerpen bagi antologi ini wajib dibedah dan dibincangkan semasa
sesi.
5.11 Bimbingan tidak akan diberi
di luar waktu sesi.
5.12 Peserta diberi masa sehingga 15 April 2023 untuk mengemukakan manuskrip bersih
Cerpen 1 dan Cerpen 2 kepada penyelenggara.
5.13 Peserta yang menarik diri selepas manuskrip cerpen disemak dan dibedah
oleh pembimbing perlu membayar kos penyuntingan [rujuk di sini].
6.0 Hak Cipta dan Hak Penerbitan
6.1 Hak cipta dan hak moral karya asal dipegang oleh masing-masing
penulis.
6.2 Hak penyelenggaraan dipegang oleh penyelenggara.
6.3 Hak penerbitan antologi ini dipegang oleh penerbit.
6.4 Sekiranya karya dalam antologi ini mahu diterbitkan semula di mana-mana,
maka wajib mencatat sumber pada hujung karya selaras Akta Hak Cipta 1987 (Akta
332).
7.0 Honorarium Penulis
7.1 Bayaran honorarium (sagu hati) adalah 7% daripada harga jualan
(harga pasaran) antologi berkenaan.
7.2 Honorarium 7% itu akan dibahagi sama
rata mengikut jumlah cerpen dalam antologi.
7.3 Pembayaran honorarium akan diuruskan selewat-lewatnya dalam masa satu
(1) bulan selepas buku terbit.
8.0 Pembelian Buku Pada Harga Diskaun
8.1 Peserta/penulis tidak menerima
naskhah percuma.
8.2 Peserta wajib membeli minimum
10 naskhah antologi ini pada harga diskaun 55% daripada harga jualan (harga
pasaran).
8.3 Tarikh akhir membuat bayaran bagi pembelian ialah 31 Mei 2023.
8.4 Antologi dijangka terbit pada Jun
2023.
9.0 Biodata dan Foto
9.1 Penulis akan diminta mengirim biodata (150 - 200 perkataan) dan
foto untuk dimuatkan dalam antologi.
9.2 Biodata dan foto mestilah profesional; bukan swafoto dari media
sosial.
9.3 Biodata dan foto ini mungkin digunakan juga bagi tujuan promosi di
blog dan media sosial.
9.4 Contoh biodata dan foto boleh dirujuk dalam antologi Landasan Hidup
(2020), Peluru Aksara
(2020), dan Lakaran Diri
(2022). Boleh juga merujuk Biodata Sasterawan
Kavyan sebagai contoh.
10.0 Pertanyaan dan Pendaftaran