10 Jul 2022

Sesi Diskusi Projek Antologi Kavyan

Tarikh: 30 Julai 2022 (Sabtu)

Masa: 9.00 – 10:30 malam

Pelantar: Google Meet

 

Sesi ini khusus untuk memperkatakan antologi Lakaran Diri yang baru terbit, serta membincangkan Projek Antologi Cerpen 2023.

Penyertaan terbuka kepada sesiapa yang berminat. Bagaimanapun, peserta perlu mendaftar sebelum 27 Julai 2022. Pada tarikh sesi, pautan (link) Google Meet akan dikirim kepada para peserta berdaftar menerusi WhatsApp.

Peserta sesi pada 30 Julai 2022

Pengisian sesi seperti berikut:

1. Para peserta memperkenalkan diri (maksimum 1 minit seorang).

2. Penulis antologi Lakaran Diri membaca petikan karya (sekitar 2 minit seorang).

3. Peserta bertanya dan penulis menjawab tentang antologi Landasan Hidup,  Peluru Aksara, dan Lakaran Diri (sekitar 20 minit).

4. Membincangkan Projek Antologi Cerpen 2023 (sekitar 20 minit).

5. Maklumat Sesi Bimbingan dan Bedah Karya (November 2022 – Mac 2023) (sekitar 20 minit).

 

Untuk mendaftar, sila kirim nama ke WhatsApp 011-11411952 (Uthaya) sebelum 27 Julai 2022.