Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan) mengucapkan tahniah kepada Datuk Dr Ahmad Kamal Abdullah (Kemala) yang diumumkan sebagai penerima Anugerah Sastera Negara ke-11.
Pengumuman itu dibuat Menteri Pelajaran, Tn Sri Muhyiddin Yassin di Putrajaya pada pagi, 3 Mei 2011.
Walaupun Kavyan melalui presidennya, Uthaya Sankar SB, mencalonkan Prof Madya Dr Lim Swee Tin sebagai penerima Anugerah Sastera Negara pada Mei 2010 [BACA DI SINI], Kavyan tetap menyokong pengumuman Datuk Kemala sebagai Sasterawan Negara Ke-11.
Kavyan juga menghormati keputusan panel yang terlibat dalam pemilihan itu serta meneruskan usaha menyaksikan Dr Lim Swee Tin muncul sebagai Sasterawan Negara Ke-12; dengan izin Tuhan.
Harapan Kavyan adalah agar nasib para Sasterawan Negara serta karya-karya mereka mendapat perhatian dan pembelaan sewajarnya daripada kerajaan menerusi agensi berkenaan. Tambahan pula, para Sasterawan Negara mendapat pengiktirafan berupa Anugerah Sastera Negara daripada Yang Dipertuan Agong.