1 Sept 2011

Mesyuarat Pemilihan Jawatankuasa Kavyan

Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Pemilihan Jawatankuasa Kumpulan Sasterwan Kavyan (Kavyan) akan diadakan pada 6 November 2011, jam 10:00 pagi (Waktu Kavyan) di Shah Alam, Selangor.

Antara perkara yang terkandung dalam agenda adalah:


1. Pemilihan Jawatankuasa Kavyan 2012-2014. Individu yang mencalonkan diri mestilah warganegara Malaysia, kaum India serta berminat menulis/membaca Sastera Kavyan. Amalan dalam Kavyan adalah individu yang berkelayakan menawarkan diri untuk bertanding; bukan dicalonkan orang lain.


2. Lantikan Penasihat Kavyan. Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said dijangka (hampir 100% pasti) terus kekal sebagai Penasihat Agung Kavyan; manakala Penasihat Kehormat dan Penasihat Perdana mungkin menyaksikan perubahan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.


3. Usul supaya keahlian Kavyan dibuka kepada semua rakyat Malaysia (tanpa mengira kaum); dengan syarat bahawa individu yang memohon menjadi ahli mestilah berminat membaca Sastera Kavyan.


Bagaimanapun, individu ‘Bukan Kaum India’ hanya boleh menjadi Ahli Kehormat iaitu tidak ada kuasa mengundi dalam Kavyan.


Pemilihan sebagai Jawatankuasa Kavyan pula secara eksklusif hanya daripada kalangan ahli ‘Kaum India’ selaras Perlembagaan Kavyan dan Objektif Penubuhan Kavyan.


Maknanya, terdapat usul bagi amalan inklusif (terangkum) bagi perkara tertentu sambil mengekalkan amalan eksklusif (unik, elit) bagi perkara tertentu; selagi tidak bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Kavyan.


4. Usul membolehkan Ahli Kavyan dan Ahli Kehormat Kavyan mendapatkan kebenaran untuk menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Kavyan sebagai pemerhati. Bagaimanapun, kedatangan mereka adalah atas tanggungan sendiri dan perlu akur pada Etika Mesyuarat Kavyan, termasuk patuh pada Waktu Kavyan.


Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila kirim e-mel ke alamat infokavyan@yahoo.com.my sebelum 5 November 2011. Setiap e-mel yang selamat diterima berhubung perkara ini sebelum 5 November 2011 pasti akan dijawab.