10 Aug 2020

Peluru Aksara: Antologi Karya Penulis Malaysia


Judul: Peluru Aksara
Kategori: Cerpen, Puisi, Esei
ISBN: 978-967-442-957-7 [22 Oktober 2020]
Penyelenggara: Uthaya Sankar SB
Terbit: 10 November 2020
Tebal: 176 halaman [termasuk prelim]
Harga Pasaran: RM25 senaskhah

Antologi ini lahir menerusi Projek Antologi Karya Penulis Malaysia dan merupakan kesinambungan kepada Vanakam (2002), Busana Bahasa (2019), dan Landasan Hidup (2020).

Sejumlah 16 penulis pelbagai kaum, agama, dan latar belakang bergabung menghasilkan 28 buah prosa (fiksyen dan non-cereka) dan 35 buah puisi yang menyumbang kepada usaha memperkaya bahan bacaan Bahasa Malaysia.


Para penulis terbabit ialah Anuradha Chelliah (2 prosa), Diviya Devaraj (2 prosa, 5 puisi), Jaymani Sevanathan (1 prosa, 5 puisi), Khairani Abd Samad (2 prosa), Mahamad Fauzi Ab. Razak (3 prosa), M. Mahendran (1 prosa), Navanitha @ Nitha Nairu (1 prosa, 5 puisi), Perevenia Shanmuganathan (3 prosa), Richard Ignacy (1 prosa, 5 puisi), Rupasree Ganesan (2 prosa), Salma Dhineswary (10 puisi), Santhiavathi Ramasamy (2 prosa), Thanusya Shanmuganathan (3 prosa), Uthaya Sankar SB (2 prosa), Wan Nurhidayat Wan Muhamad (2 prosa), dan Weng Poh Leng @ PL Weng (1 prosa, 5 puisi).

Orang ramai boleh menghubungi para penulis terbabit untuk membeli antologi Peluru Aksara sebagai tanda sokongan. Atau beli pada harga diskaun [di sini].


Projek seterusnya — Antologi Cerpen Penulis Malaysia.